Aku rasa bersalah.
Atas kejadian semalam.
Kenapa aku mudah sangat di kuasi syaitan.
Aku bukan begitu.
Berbelas tahun aku tak pernah buat begitu.
Aku rasa bersalah.
Meninggikan suara pada mereka yang tidak sepatutnya aku marah.
Aku seorang yang bersabar.
Aku tidak mudah marah.
Aku lebih diplomasi.
Aku rasa bersalah.
Tidak hormat pada orang yang lebih tua dari aku.
Kekesalan yang aku rasa sungguh berat.
Kekesalan yang harus aku tanggung.
Aku rasa bersalah.
Ingin saja melarikan diri.
Kerana malu melihat diri yang kurang ajar.
Akan hilang kepercayaan orang pada aku.
Aku rasa bersalah.
Aku perlukan masa.
Ya ALLAH.
Bimbing lah aku di jalan lurus mu.
No comments:
Post a Comment