Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Monday, December 2, 2013

Review buku sham kamikaze "Tuhan, Aku Kembali"


Salam,


Sham kamikaze, dahulunya seorang pemuzik gitar yang terkenal dengan "gorengan" gitarnya. Sham kamikaze selalu muncul dalam mana-mana rancangan tv terutamanya melibatkan konsert. Tetapi sekarang Sham kamikaze sudah berubah. Sham kamikaze sudah berhijrah. Sham kamikaze sudah mendekatikan diri ke jalan ALLAH. Baru-baru ini aku ke mid valley dan singgah ke kedai buku MPH. Sambil belek buku-buku di sana, tertarik dengan buku Sham kamikaze ni.


Aku selak beberapa muka surat dan mendapat buku ini menceritakn sejarah perubahan Sham kamikaze dari awal beliau ceburi bidang muzik sehingga la peristiwa beliau berubah dan berhijrah dan mendekati diri kepada ALLAH swt.



Kulit wajah muka depan buku ini. Buku ini tidak mahal. Harga aku tak ingat. Tapi bawah RM20 kalau tak silap la.
Buku ini tak tebal dan tak nipis.


Secara ringkas sejarah hidup Sham kamikaze bermula dari muzik melalui bapanya. Beliau merantau ke kuala lumpur. Bermain muzik di kelab-kelab sekitar kuala lumpur. Mendapat peluang mengiringi band-band muzik terkenal pada zaman tersebut. Membuatkan ramai tertarik dengan Sham kamikaze. Melalui kerjaya muzik tersebut, beliau mempunyai duit yang banyak. Hidup bebas dan meninggalkan solat. Boleh beli apa sahaja yang di ingini. Boleh di katakan duit ini tiada masalah untuk beliau. Sehingga satu hari beliau berubah apabila menemui rakan lama beliau....Apa jadi seterusnya??  Sila la beli yea..hehehe


Buku ini sangat sesuai di baca oleh semua golongan peringkat. Dari golongan remaja kepada yang dah berumur. Aku sangat suka baca buku ini. Perubahan dan hijrah seseorang yang akan membuatkan kita terikut untuk mengikuti jejak beliau.


Jadikan buku Sham kamikaze "Tuhan, Aku Kembali" sebagai buku wajib di beli dan sebagai koleksi korang di rumah.

No comments: