Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tuesday, December 31, 2013

Bye 2013


Salam,


Lagi beberapa jam. Kita melangkah tahun baru iaitu tahun 2014. Kenangan manis pahit akan menjadi sejarah. Sejarah yang akan mengajar dan mematangkan kita untuk tahun 2014. Umur tambah 1. Kubur kata mari. Tanggungjawab bertambah. Harga nak hidup naik.


Tapi apa yang penting kepada kita sebagai umat islam bukan lah perancangan tentang kehidupan duniawi semata-mata. Tetapi yang lebih utama dan yang lebih penting adalah bekalan kita untuk alam yang lebih kekal iaitu alam akhirat kelak. Persoalan yang wajib di fikirkan.


BERSEDIAKAH KITA?


Bila di fikir-fikir kan kembali, macam tak cukup je bekalan nak di bawa sebagai bukti keimanan dan ketaqwaan bila berhadapan dengan keadilan Allah swt nanti. Apa akan kita rasai bila kita mengadap Allah swt nanti apabila bekalan yang kita bawa tak cukup? Aaarghhh bila di fikir memang rasa takut. Mengenang nasib diri apabila melalui siratul mustaqim.


Adakah kita akan merentasi siratul mustaqim seperti kilat? Berlari? Berjalan? Merangkak? atau jatuh ke dalam neraka jahanam yang di sediakan untuk hamba Allah yang tidak menyembahnya dan tidak mengikut suruhanNya.


Mari kita baca dan fikir sejenak firman Allah tentang kiamat.


(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, (Al-Qaari'ah 101:4


Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya), (Al-Mutaffifiin 83:5)

Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! - (An-Naazi'aat 79:5)

Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)! (An-Naba' 78:39)

Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), (Al-Qiaamah 75:7)

Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). (Al-Waaqi'ah 56:3)

Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat). (Al-Waaqi'ah 56:57)

(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar". (Al-Hadiid 57:12)

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Hadiid 57:28)

Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Mujaadalah 58:6) |

(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka? (Muhammad 47:18) |

Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu. (An-Najm 53:58)

(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit. (Al-Qamar 54:46)

(Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit. (Al-Qamar 54:46)

(Mereka yang menentang Nabi Muhammad) tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, dan dalam keadaan mereka lalai leka dengan perkara-perkara keduniaan. (Az-Zukhruf 43:66)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia akan mematikan kamu, setelah itu Ia akan menghimpunkan kamu (dalam keadaan hidup semula) pada hari kiamat - (hari) yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ketetapan itu)". (Al-Jaathiyah 45:26)

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi; dan ketika berlakunya hari kiamat, pada saat itulah ruginya orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah. (Al-Jaathiyah 45:27)


Ape perasaan kau apabila membaca tentang KIAMAT?


No comments: