Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Monday, December 16, 2013

Duduk kampung


Salam,


Semalam balik kampung arwah nenek. Dah lama tak balik kampung sejak arwah nenek sakit. Arwah nenek semasa hayatnya tinggal di ampang. Jadi balik kampung tu samada hari minggu atau cuti atau masa musim berbuah atau lalang dan tumbuhan liar dah meliar sampai ke pangkal leher aku. Itu maknanya kena la tebas tumbuhan liar tu. Tapi sejak arwah nenek sakit, memang dah tak balik kampung dan tengok kebun nenek tu.


Kat kebun tu ada pelbagai buah yang di tanam dari zaman arwah moyang. Ada durian, rambutan, langsat. Kalau musim durian memang cukup berbaloi. Terlebih dari cukup buah durian menjadi. Kalau ade lebihan durian, macam biasa akan di buatnya tempoyak. Memang yummmyyyy lah.


Semalam aku balik kampung. Setelah sekian lama tak balik. Kat kampung ada mak saudara dan bapak saudara. Tinggal di rumah peninggalan arwah nenek aku. Sejak mereka duduk kampung, ada orang jaga kebun arwah nenek. Ada orang membersihkan kebun arwah nenek. Jadi musim buah tahun nie, aku dan family berkesempatan balik. Merasai memetik buah yang dah lama di tinggalkan sejak arwah nenek sakit dulu.


Berpeluh habis baju aku. Memetik buah rambutan. Mencantas dahan-dahan rambutan. Supaya pokok rambutan boleh berbuah lagi pada musim akan datang. Aarghh dah lama tak buat kerja macam nie. Rasa seronok kembali. Di gigit semut ketika membersihkan kebun. Di cucuk nyamuk. Habis merah kaki aku. Yang aku ni pun pakai seluar pendek. Hehehe. Ini lah kesan bila dah lama tak buat kerja kebun. Mengumpul ranting-ranting pokok. Menebas tumbuhan liar. Sambil mengumpul rambutan, sambil tu makan rambutan. Enak sekali makan dalam kebun. Ada pulak ais kosong. Legakan tekak aku yang kerap kering.


Habis aktiviti di kebun. Lepak belakang rumah plak. Belakang rumah pun ada kebun. Ada sangkar arnab. Pokok pisang elok tumbuh belakang rumah. Pemandangan belakang rumah sungguh best. Rindu akan suasana kampung. Hidup di bandar lama sangat. Bila duduk kampung sekali sekala, terasa tak nak balik bandar. Tak nak tempuh mengejar masa pejabat. Mengejar dateline. Mengejar traffik jem. Semua itu menyesakkan. Dah lebih 10 tahun. Aaarghhhhhhhhhhhh. Stressss.


Settle down kat kampung? Yurp satu hari nanti. Menghabiskan masa di kampung. Meninggalkan bandar sejauh yang boleh. Hidup sederhana. Bekerja apa sahaja yang ada di kampung. Meninggalkan segala kemodenan di bandar.


Tapi masih adakah kampung di masa hadapan???




No comments: