Ada impian dalam hati ini.
Yang masih belum dapat.
Masih berusaha.
Masih bertawakal.
Masih berdoa.
Masih berharap.
Jika ditakdirkan.
Impian itu akan hilang.
Sungguh aku tak menyalahkan.
Ada hikmah di sebalik setiap kejadian.
Hanya kepada ALLAH ku memohon.
Hanya rahmatNYA ku harapkan.
Hanya belas kasihanNYA ku harapkan.
Aku bersyukur.
Atas segala nikmat di beri.
Pasti suatu hari nanti.
Aku akan bertemu tuhan ku.
Tuhan yang ku sembah.
Tuhan yang ku mohon pertolongan.
Hanya pada NYA.
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
(Al-Anfaal 8:28)
No comments:
Post a Comment