Salam,
Cuti panjang baru-baru ni aku bawa anak buah aku sorang tuh mandi manda di afamosa water theme park di melaka. Sebab sebelum cuti sekolah yang panjang aku dah janji nak bawak dia mandi-manda. Sebelum ni kami pernah pergi gold coast morib water theme park. Masa kat gold coast morib water theme park memang dia enjoy sangat lah. Mandi 4 jam tanpa berhenti. Hehehe berhenti la jugak sekejap untuk minum air dan makan tengahari. Tipu la pulak kalau mandi berendam tak berhenti-henti. Bila tengok dia seronok benar mandi dan berendam, aku cadangkan mandi di a famosa water world melaka pulak. Di a famosa water world melaka, aku pernah datang ke sini sebelum ni masa family day company aku. So kali ni, ini kali kedua aku datang la. Jadi aku bawak isteri, parents aku dan anak buah aku tu mandi sana.
LINK: Bagaimana untuk kita keluar dari kesempitan hidup ?
Sampai a famosa water world melaka dalam pukul 12 lebih. Matahari dah terpacak atas kepala. Water park tu buka kul 11am (weekday), jadi takkan nak menapak pepagi buta kat depan water park tu. Sampai sana isteri beli tiket dan aku cari parking. Masa tu hari selasa. Weekday tak la ramai sangat orang. Kira bole seronok la mandi manda dengan tenang sikit. Hehehe. Harga tiket a famosa water world melaka total RM200. Harga untuk 2 orang dewasa + 2 orang warga emas + 1 budak. Siap dengan makan tengahari dan air kotak. Boleh la. Nak komen pun buat aper, masuk je la dan mandi puas2. Hihihi.
Sampai a famosa water world melaka dalam pukul 12 lebih. Matahari dah terpacak atas kepala. Water park tu buka kul 11am (weekday), jadi takkan nak menapak pepagi buta kat depan water park tu. Sampai sana isteri beli tiket dan aku cari parking. Masa tu hari selasa. Weekday tak la ramai sangat orang. Kira bole seronok la mandi manda dengan tenang sikit. Hehehe. Harga tiket a famosa water world melaka total RM200. Harga untuk 2 orang dewasa + 2 orang warga emas + 1 budak. Siap dengan makan tengahari dan air kotak. Boleh la. Nak komen pun buat aper, masuk je la dan mandi puas2. Hihihi.
Dah masuk dalam tu dan tiket pun dah di sahkan, kami gerak masuk dalam. Tiada perubahan ketara pada a famosa water world melaka sejak pertama kali aku datang dulu. Cuma yang aku perasan ada binanya macam khemah kayu atau rumah kayu untuk di sewa. Tak silap aku dulu kat situ hanya ada tempat duduk untuk pengunjung duduk meletakkan barang. Sekarang dah ade plak khemah kayu untuk di sewa oleh pengunjung. Mula-mula ingat khemah kayu tu free. Tetiba terserempak kena la plak bayar khemah kayu tu. Nak tahu berapa harga sewa dia?????? Kalau tak silap aku RM120-RM150. Dalam lingkungan harga itu lah. Mahal ke? Berbaloi ker? Cekik darah ker? Idea yang bodoh ke nak sewa dengan harga macam tu? Lu fikir la sendiri. Bagi aku tak bebaloi sebab takde air-cond. Kah kah kah. Bagi aku a famosa water world melaka mencekik duit pengunjung.
Di sebabkan aku tak sewa khemah kayu aku tu dan aku rasa satu pembaziran. Kalau ade aircond or tv dalam tu elok jugak aku sewa. Apa punya badigol buat khemah dan sewa mahal. Langsi punya a famosa water world melaka. Ok lupakan la. Itu hak mereka.
Di sebabkan takde tempat duduk yang sudah penuh, sebaik ada satu port batu yang redup bawah pokok kelapa. Kat situ free dan dekat dengan tempat mandi. Boleh la ade tempat duduk beralas batu. Sejuk plak tu sebab redup. Anak buah aku dan isteri tukar baju dan terjun mandi. Aku pun sama terjun.
Bila dah hampir 2-3 jam berendam dalam air, aku pergi amik makanan tengahari. Ada 5 bungkus. 2 bungkus lauk ayam kari + sayur . 2 bungkus ayam masak kicap. 1 bungkus ayam masak halia goreng. 3 kotak air ice lemon tea dan 2 air mineral. Boleh la sedap jugak. Harga makanan dalam tu mesti lah mahal kan. Boleh la alas perut. Lepas makan sambung mandi. Melayan air ombak dengan anak buah dan isteri. Kasi sampai gigil dan puas mandi.
Kami tak main air gelongsor kat kawasan dewasa sebab anak buah aku tak di benarkan naik sebab bebudak lagi. Jadi aku teman dia main air gelongsor dekat kawasan kanak-kanak. Dia yang main gelongsor tuh. Hehehe. Hampir 5 petang aku beredar. Puas mandi je lah. Ok lah dari tak puas.
Bagi pendapat aku a famosa water world melaka tu dah macam 'usang'. Macam flat perumahan yang usang. Tak ada benda baru yang boleh excited nak pergi lagi situ. Kecuali kalau takde tempat lain nak mandi manda. Baik mandi sungai je kalau semata-mata nak mandi kena air ajer. Mandi sungai free. Eh mungkin bayar parking kete sajer. Kalau setakat permainan yang sama je dari first time aku datang dulu dan sekarang, alahai boring. Cuma ada satu je permainan baru untuk budak dewasa. Yang lain masih sama. Bagi aku takde pembaharuan. Dah takde idea ke a famosa water world melaka nie? Macam dah nak tutup je. Masa aku drive dari pintu masuk a famosa water world melaka ke water theme park, kawasan-kawasan permainan outdoor macam kawasan lepas perang. Sunyi dan usang. Kalau macam itu lah gayanya, tak lama lagi jadi padang jarak padang terkukur la.
At least a famosa water world melaka mesti lah ada pembaharuan setiap setahun dua. Menambah baikan kawasan a famosa water world melaka. Bukan menyediakan kemudahan yang mencekik duit pengunjung lagi. Dah la masuk pun dah kena bayar. Tapi lantak la kan, itu hak famosa. Kalau di tutup nanti tu pun bukan aku yang rugi kah kah kah kah.Wujudkan suasana baru. Lama-lama nanti kalau takde pembaharuan orang pun tak nak datang lagi berulang kali.
So aku rasa malas dah nak pergi lagi di sana. Full stop.
So itu je la pengalaman aku. Takde gambar nak masukkan. Korang boleh google kalau nak tengok gambar a famosa water world melaka tu. Okeh.
Chow.
No comments:
Post a Comment