Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Wednesday, December 4, 2013

Contest SEO Eridy


Salam,


Hari ni mencuba nasib join Contest SEO Eridy. Kalau ada rezeki yang dah di tentukan oleh ALLAH mana la tahu aku dapat menang wang tunai dalam Contest SEO Eridy. Sebelum ni aku tak berminat sangat la nak join mana-mana contest kat blog. Si eridy ni pun aku tak kenal. Tapi bila blogwalking kat blog aku suka terjah, terus rasa nak join Contest SEO Eridy. Nak mencuba nasih tak salah kan. At least mencuba dari tak mencuba. Rezeki itu datang dari ALLAH bukan SEO google. Hehehehe.


Apa ada pada Contest SEO Eridy ni? Contest ini adalah contest ringan yang menguji 'kehebatan' blog korang dalam teknik SEO ? Apa itu SEO? Kalau tak tahu sila dapat details di pakcik google. Dengan ada SEO ini, blog korang akan jadi mesra google dan apabila ada pembaca mencari satu perkataan dalam google search, jika perkataan tu 'kena' dekat korang punya blog, blog korang akan berada dalam page google search yang pertama atau kedua.


Bila page korang berada pada page google search yang pertama, potensi pembaca klik amat lah tinggi. Bila dah sentiasa tinggi masa ni la korang boleh para pengiklan mengiklan product korang kat pembaca korang.


Sebab tu sesiapa nak jana pendapatan dengan berblogging, kena la belajar SEO. Nak tarik traffik. Dengan traffik korang boleh buat duit. Buat duit dari rumah atau secara part-time.


Join Contest SEO Eridy, jika kita menang kita dapat la hadiah tunai. Tempat pertama RM200. Boleh la guna duit tu bayar domain korang. Hehehehe. Aku join Contest SEO Eridy sekadar suka-suka dan mencari ilmu dalam belajar berblogging nie.


Tapi bila tengok blogger lain dapat hadian macam-macam, rasa macam nak join jugak la. Rasa cemburu pun ada sebab mereka menang hadiah. Rasa rugi pun kadang-kadang timbul bila tak join. So sekarang ini langkah pertama.


Kalau aku gagal, aku akan cuba lagi. Dan cuba dan cuba. Tak rugi pun kalau mencuba. Okbai.


Tuesday, December 3, 2013

Impian



Ada impian dalam hati ini.
Yang masih belum dapat.


Masih berusaha.
Masih bertawakal.
Masih berdoa.
Masih berharap.


Jika ditakdirkan.
Impian itu akan hilang.
Sungguh aku tak menyalahkan.
Ada hikmah di sebalik setiap kejadian.


Hanya kepada ALLAH ku memohon.
Hanya rahmatNYA ku harapkan.
Hanya belas kasihanNYA ku harapkan.


Aku bersyukur.
Atas segala nikmat di beri.
Pasti suatu hari nanti.
Aku akan bertemu tuhan ku.
Tuhan yang ku sembah.
Tuhan yang ku mohon pertolongan.
Hanya pada NYA.



Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. (Al-Anfaal 8:28)




(Sticky) Koleksi kesilapan dalam membaca surah al-fatihah





Monday, December 2, 2013

Review buku sham kamikaze "Tuhan, Aku Kembali"


Salam,


Sham kamikaze, dahulunya seorang pemuzik gitar yang terkenal dengan "gorengan" gitarnya. Sham kamikaze selalu muncul dalam mana-mana rancangan tv terutamanya melibatkan konsert. Tetapi sekarang Sham kamikaze sudah berubah. Sham kamikaze sudah berhijrah. Sham kamikaze sudah mendekatikan diri ke jalan ALLAH. Baru-baru ini aku ke mid valley dan singgah ke kedai buku MPH. Sambil belek buku-buku di sana, tertarik dengan buku Sham kamikaze ni.


Aku selak beberapa muka surat dan mendapat buku ini menceritakn sejarah perubahan Sham kamikaze dari awal beliau ceburi bidang muzik sehingga la peristiwa beliau berubah dan berhijrah dan mendekati diri kepada ALLAH swt.



Kulit wajah muka depan buku ini. Buku ini tidak mahal. Harga aku tak ingat. Tapi bawah RM20 kalau tak silap la.
Buku ini tak tebal dan tak nipis.


Secara ringkas sejarah hidup Sham kamikaze bermula dari muzik melalui bapanya. Beliau merantau ke kuala lumpur. Bermain muzik di kelab-kelab sekitar kuala lumpur. Mendapat peluang mengiringi band-band muzik terkenal pada zaman tersebut. Membuatkan ramai tertarik dengan Sham kamikaze. Melalui kerjaya muzik tersebut, beliau mempunyai duit yang banyak. Hidup bebas dan meninggalkan solat. Boleh beli apa sahaja yang di ingini. Boleh di katakan duit ini tiada masalah untuk beliau. Sehingga satu hari beliau berubah apabila menemui rakan lama beliau....Apa jadi seterusnya??  Sila la beli yea..hehehe


Buku ini sangat sesuai di baca oleh semua golongan peringkat. Dari golongan remaja kepada yang dah berumur. Aku sangat suka baca buku ini. Perubahan dan hijrah seseorang yang akan membuatkan kita terikut untuk mengikuti jejak beliau.


Jadikan buku Sham kamikaze "Tuhan, Aku Kembali" sebagai buku wajib di beli dan sebagai koleksi korang di rumah.

Sunday, December 1, 2013

Anda rasa rezeki anda sempit? Tidak cukup? Ingin lagi? Ini jawapannya

1) Dengan berinfaq (menafkahkan sebahagaian harta atau rezeki kepada yang memerlukan) :

Aţ-Ţalāq :7 
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.


2) Allah ganti balik


Saba' :39 - Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.  


3) Dengan minta pada Allah


Al-`Ankabūt :17 - Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu adalah berhala, dan kamu membuat dusta. Sesungguhnya yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezeki kepadamu; maka mintalah rezeki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada-Nya-lah kamu akan dikembalikan.


3) Selalu Baca Quran, Solat dan Infaq


Fāţir :29 - Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi,   

4) Zikir atau Ingat Allah banyak-banyak :

Al-Jumu`ah :10 - Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.   



Al-Jumu`ah :11 - Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhutbah). Katakanlah: "Apa yang di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perniagaan", dan Allah Sebaik-baik Pemberi rezeki.