Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, March 31, 2009

Makin 'Nakal' Dan 'Bijak'



'Nakal'....

'Nakal' ni bukannya bermakna anak buah aku nie buat jahat sampai buat benda yang tak elok tapi dia semakin aktif. Panjat sana sini. Lari sana sini dan macam-macam sana sini. Biasa aa budak umur begini memang aktif. Masa aku ambik gambar ni pun bukannya senang. Nak suruh dia pose punya la susah. Beberapa kali snap baru dapat gambar mcm nie. Bayangkan nak amik gambar ni sambil suruh dia pose disebalik langsir. Hehehe. Jenuh. Kejap dia menyorok, kejap dia lari, kejap dia kesana dan kejap dia kesini. Hehe. Kalau ade job ambik gambar portraiture budak2 yang aktif mcm nie, memang kena ade stamina kuat. Hehe. Skang ni anak buah aku nie dah berumur 2 tahun 3 bulan. Siap la bila umur 3, 4 tahun.......adus............



aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Sunday, March 29, 2009

Selamat Pengantin Baru.....Yusrina + Hidhir


Aku dan isteri ingin terlebih dahulu mengucapkan selamat pengantin bari, semoga berbahagia ke anak cucu kepada sahabat aku Yusrina yang telah melangsungkan perkahwinan pada 28.03.2009 di Setiawan, Perak. Yusrina nie adalah bekas anak didik aku di IBS Technology Sdn Bhd. Antara rakan - rakan (IBS dan x-IBS) yang hadir adalah Rashida, Firdaus, Faiz, Inajane, Abu, Yuniza, Yop, Firus dan Haji Edwan. Yang lain kalau aku tak sebut soryy. Aku tak tahu kehadiran korang. Salam. Enjoy the pics.




aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Thursday, March 26, 2009

Earth Hour 2009



Salam pada semua,

Dah hampir 3 hari aku tak update blog aku nie. Rasa tak best bila tak update blog dan tak selitkan gambar2 yang menarik untuk dikongsi bersama. Sejak hari selasa hari tue sehingga hari ini, aku terlalu bz sangat dengan kerja. Aku dipertanggungjawabkan untuk prepare demo (POC - proof of concept) untuk hari khamis di syarikat BERNAS bertempat di Damansara. Macam biasa, ade beberapa software yang perlu aku siapkan termasuk testing dan intergration. Bukan aku sorang jer yg kena buat, termasuk la budak2 staff yang dibawah jagaan aku nie. Jadi hari selasa dan hari rabu, aku dan budak2 aku kerja sampai pukul 1AM untuk memastikan software yang yang dikehendaki berjalan dengan lancar. Keesokannya kena datang awal untuk testing lagi. Jadi hari ni (khamis, 26.03.2009) adalah hari demo. Demo ni dari pagi sampai la ke petang. Perghhhh memang badan aku sangat letih sebab tak cukup tido dan satu lagi kepenatan masa family day last week masih ade lagi dalam badan nie. Ok tutup citer pasal demo nie.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kempen Earth Hour 2009.

Kebanyakan korang tahu, hari Sabtu ni adalah hari dimana seluruh dunia akan bergelap. Kenapa bergelap pula???? Semua penduduk dunia yang aware pasal kempen ini, akan menutup semua lampu dan barangan elektrik sebagai tanda sokongan. Sokongan ape??? Sokongan terhadap pengurangan tekanan pemanasan global. Ini sedikit sebanyak dapat membantu dan menyedarkan penduduk dunia bahawa keadaan dunia akan bertambah tenat sekiranya tiada tindakan yang perlu menyelamatkan dunia yang perlu dilakukan sekarang.

Jadi kepada blogger sekalian dan juga semua warga dunia. Padamkan lampu anda pada pukul 08:30pm sehingga 09:30pm pada hari Sabtu ini sebagai tanda kita sayangkan dunia ini.

Outing Photography - Info ni aku dapat dari laman web brother udeyismail. So kalau korang ade masa korang join. Aku tak dapat join sebab aku ade kat perak hari tue.

Photography Outing for Earth Hour 2009
Tempat : Bukit Langat, Ampang
Tarikh : 28 March 2009
Masa : 5.30 Petang
Apa yang perlu dibawa ?.
Apa yang korang kena bawak adalah seperti Kamera DSLR Atau PNS dan 1 Batang Lilin Setiap Orang.
Kenapa Perlu Lilin ?.
Pada pukul 8.15 Malam, Lilin akan dinyalakan dengan serentak. Tepat pada pukul 8.30 mlm lilin-lilin akan padan secara serentak, Lilin ini adalah 1 simbolik bagi menyokong kempan “Earth Hour 2009”
Siapa yang perlu Datang ?.
Semua dijemput datang,tak kira Had umur. Aktiviti ini terbuka kepada semua Bangsa.. Bagi yang Tak ada Kamera pon dijemput
Peringatan pada semua Aktiviti ini bukannya satu aktiviti yang berkaitan dengan pemujaan, dan sekali lagi saya terangkan,program ini bagi menyokong kempen “Earth Hour 2009”disamping itu kita dapat berkongsi pengetahuan berkaitan dengan Dunia Photography,aktiviti ini jugak dapat merapatkan Hubungan . Pada 8.30 Malam kita akan dapat lihat bangunan-bangunan disekitar Kuala Lumpur akan bergelap untuk seketika Waktu. Jika anda rasa program kami ini membuang masa dan tidak berfaedah sila abaikan, Jika anda berminat Kami alu-alukan kedatangan Anda Semua.


aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Monday, March 23, 2009

Day 1 : SCS Family Day

Tarikh : 20.03.2009

Family day kali ini berlangsung di A Famosa Resort Melaka. Pada hari pertama, dijadualkan semua staff perlu daftar chek-in sebelum pukul 7:30pm. Aku gerak dari rumah lebih kurang pukul 3pm. Wife aku pada hari tersebut dapat cuti (alhamdullilah) dan aku pula hanya bekerja separuh hari. Aku dan wife hantar parents aku kerumah adik aku kat Tampin dan kami sampai Tampin dalam pukul 4:30pm. Dalam pukul 6pm lebih, aku gerak ke A' Famosa Resort dan check-in dalam pukul 6:30pm.


Peta jalan ke A'Famosa resort. Rupanya tak jauh Tampin dengan A'Famosa Resort tue. Kalau dari highway PLUS, keluar exit simpang ampat. Dari exit tu ade roundabout dan amik simpang kiri (pukul 9) then terus sampai jumpa traffic light simpang empat. Disitu boleh nampak balai polis sebelah kiri dan amik simpan kiri lagi. Then drive terus dan akan nampak pintu gerbang A'Famosa resort di sebelah kanan jalan. Senang je perjalanan ke sana.


Acara pertama pada hari pertama adalah makan malam dan ber'pesta' di pekan koboi. Hehe. Ade mini fun fair kat dalam tue. Aku dan wife just main baling gelung besi dan campakkan sehingga masuk ke dalam paku. Ade la dapat souvenier seekor anak patung monyet. Hehehe. Di pekan koboi tu jugak ade hiburan yang dipersembahkan oleh 'artis' A Famosa dan ia agak menghiburkan. Aku dan wife melepak dan sambil2 tangkap gambar kenangan di dalam tue. Aku balik ke hotel jam 12 tengah malam dan pada keesokkan paginya, aku ade tugas yang perlu aku selesaikan. Esok-esok je la aku cerita. Ok. Enjoys the pics adn the slide show.







aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Thursday, March 19, 2009

Coming Soon : Family Day


Hujung minggu ini bermula pada hari jumaat, SCS Sdn Bhd, parent company aku menganjurkan hari keluarga syarikat yang ke berapa entah di A'Famosa Resort Melaka. Hari keluarga ini yang jarang dianjurkan oleh parent company aku diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara kakitangan subsidiri syarikat.

Seingat aku, kali terakhir dianjurkan family day adalah di port dickson Negeri sembilan iaitu kira-kira 5 tahun yang lepas. Alhamdulilah, walaupun jarang dianjurkan tapi kami happy juga lah. Dari takde kan.

So tunggu update seterusnya nanti. Akan ade gambar2 menarik untuk aku kongsi bersama. Salam.

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Tuesday, March 17, 2009

Hantaran...



Salam,


Walaupun aku dah berkahwin, tetapi aku nak story skit pasal barang hantaran..Dah mmg jadi kebiasaan dalam perkahwinan melayu, sebelah pihak lelaki ataupun perempuan akan bertukar - tukar barang hantaran samada sewaktu bertunang atau berkahwin. Ade yang memberi 7 hantaran dan dibalas dengan 9 hantaran, ade yang pihak lelaki hantaran 9 dan pihak pihak perempuan 11. Selalunya nombor ganjil dan jumlah hantaran pihak perempuan mesti melebihi hantaran perempuan.

Aku ade jugak bertanya kepada mak saudara aku kenapa bilangannya berbeza dan pihak perempuan mesti menghantar lebih hantaran dari pihak lelaki. Aku ni mmg tak tahu pasal benda ni dan aku tanya benda ni masa adik aku nak bertunang. Tapi korang mesti tahu kan..Hehehe..

Kalau setakat hantaran 7, 9, 11 hantaran ok lagi, tak de la pening sangat nak pikir ape yang diletak kat dulang tue.. Kalau jenis bilangan hantaran sampai 20 hantaran macam mana??? Banyak betul nak pikir ape yang patut diletak dalam hantaran tue. Pening siut.... Tak silap aku, kalau pihak lelaki/perempuan yang berasal dari Johor, bilangan hantaran dia mesti sampai 20 lebih. Sebab x-opis mate aku ade orang johor. Hehe..

Masa aku dulu 7 hantaran pihak lelaki dan 9 hantaran pihak perempuan. Itu pun pening jugak nak pikir nak letak ape dan kena budget kosnya juga. Kepada bakal2 pengantin, renung-renungkan dan selamat penagntin baru. Salam.


aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Saturday, March 14, 2009

Isteriku bekerja di hari weekend..


Salam,

Saje je nak citer.. Aku skang kat opis isteriku kat Maybank HQ, teman dia bekerja..Kat opis tu xde orang, so sebagai suami yang sgt bertanggungjawab aku teman dia..Hehehe..Kesian dia kena kerja weekend, dah nak buat mcm mana kan, dah nama kerja..Kang takde kerja kang susah la plak pada zaman gawat nie..Takpe, bulan 6 nanti kita plan pergi berehat yea sayang... kita g pulau perhentian...

After wife aku settlekan kerja dia, kami nak g MATTA fair kat PWTC. Nak usha package menarik untuk ke pulau perhentian. Dah lama gak tak snorkeling nie. Kali terakhir pergi kat Sabah.

Salam Weekend utuk semua sahabat blogger aku. Keep in 'touch'. ;)


aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Wednesday, March 11, 2009

Bertunang : Rashidah & Firdaus


Hari ini aku nak update cerita mengenai majlis pertunangan sahabat aku Rashidah Bt Mohd Rashid dan Firdaus Bin Ramly. Kedua2 adalah sahabat aku yang aku kenali dan rapat. Pada tanggal 08.03.2009, iaitu sehari sebelum hari maulidur rasul, pasangan ini secara rasmi telah diikat dengan tali pertunangan. Majlis yang diadakan secara sederhana dan meriah dan saudara mara dari kedua2 belah pihak hadir bagi memeriahkan hari bersejarah ini.

Aku pula gembira juga kerana berpeluang dan diberi peluang untuk mengambil gambar pada hari yang sangat di tunggu-tunggu. Oleh kerana mereka berdua ni sahabat aku, sesi mengambil gambar berjalan dengan lancar dan sempurna juga. Pelbagai ragam, posing dan kelucuan semasa mengambil gambar dan ini membantu dalam memberi mood sewaktu sesi shooting ini.


Gear yang aku gunakan semasa mengambil gambar pertunangan ini adalah D90, 11-16mmF2.8 Tokina, 50mmF1.8AF dan 18-135mmF3.5. Oleh kerana aku ade satu body, so bertukar2 jugak la lens. Nak buat mcm mana, setiap lens ade kelebihan dia sendiri. Tetapi kebanyakan gambar aku ambil guna 18-135mm. Wide dan zoom boleh cover. Hehe.


Dibawah ade 2 slide show yang ditujukan khas kepada pasangan ini. Semoga ikatan ini akan dibawa mereka ke jinjang pelamin dan melayari kehidupan berkeluarga sehingga akhir hayat. Amin.

Slide Show #1


Slide Show #2


Kepada rakan Tag aku Eshamz, tq kerana sudi berTAG dengan aku dan menjadi backup aku pada majlis itu. Dan pada masa yang sama kita banyak share ilmu tentang photography. Tq banyak2.

Click pada flickr aku untuk gambar yang lain. Salam. Enjoiceeee.

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Monday, March 9, 2009

Coming Soon : Rashidah & Firdaus

Coming Soon....
Rashidah Dan Firdaus.. Bertunang@Pandan Indah...

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Friday, March 6, 2009

Ini lah saatnya.....


_________________________________________________________________________
Ahad ni bersamaan dengan 08.03.2009 adalah hari bersejarah kepada rakan baik office aku kerana pada hari tersebut adalah hari pertunangannya dengan teman lelaki pilihan hatinya. Ini lah saat yang aku tunggu dan yang aku nanti. Dah lebih lapan tahun aku berkawan dan bekerja dengannya di dalam satu office dan aku tahu bagaimana rasa bahagianya dia di saat nie. Ini lah saat yang dia tunggu-tunggu dan nanti dan mr.right yang dia tunggu sudah jumpa.

Aku pun bangga kerana dia sudi menjemput aku dan menyuruh aku mengambil gambar di majlis pertunangannya ahad nie. Insyaallah, gambar terbaik akan aku shot. Kepada rakan ku, Rashidah Bt Mohd Rashid, selamat bertunang dan semoga dengan pertunangan ni membawa kau ke jinjang pelamin dan kekal sehingga akhir hayat. Dan selamat menempuhi alam baru walaupun baru bertunang. Hehehe

Kepada rakan2 blog aku sekalian, tunggu gambar yang aku shot dan post dalam blog ni. Tunggu yea. Salam.


aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com




Wednesday, March 4, 2009

Happy Besday.. Emak


_______________________________________________________________________


Tanggal 25 February 2009, adalah hari jadi emak aku yang ke 54 tahun. Seperti biasa orang pertama yang wish besday mak adalah adik bongsu aku AZURA, then adik aku nombor dua AZNOM N FAMILY dan aku yang terakhir ATAN AHMAD DAN ISTERI. Aku sengaja wish lambat sebab nak kasi peluang adik aku wish besday kat mak sebab sebelum nie dia org mmg lambat wish. Hehehe.

Tahun ni takde kek, but aku plan nak bawak satu family pergi makan chicken chop lagi kat area AU 2 Keramat. Kedai tu direkomen oleh kawan mak aku dan dikatakan sedap. Mmg dari segi kuah memang terasa dan sedap rasaya. Cuma yang kurang skit, tempat makan limited. Masa aku pergi tue ramai jugak orang datang tapi tak dapat tempat duduk. Kalau hujan, lagi la limit tempat duduk. Sometime ade jugak orang sanggup berdiri untuk tunggu giliran.



To my mum, we all (apak-suami mak, atan-anak lelaki mak, niza-menantu perempuan mak, anom-anak pompuan mak, fendi-menantu lelaki mak, nana-cucu mak, azura-anak pompuan bongsu mak, ???-menantu lelaki-akan datang) LOVE U SO MUCH, harap mak sehat, murah rezeki dan hidup dirahmati...Amin.....Berikut ada sikit slide show gambar2 semasa majlis makan2 kami malam itu.... Enjoy...


aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com




Monday, March 2, 2009

2 Cerita Berbeza...


____________________________________________________________________
Cerita #1
Man Utd Juara Carling Cup, walaupun piala ni dianggap bukan piala rebutan tetapi memiliki dan menjuarai piala ini akan menambahkan lagi koleksi kemenangan sesebuah pasukan. Walaupun menang dengan sepakan penalti, ia memberi makna kepada Man Utd yang mengidamkan kemenangan 6 trophy musim ini. Adakah 6 trophys ni akan tercapai. Semoga dengan kemenangan ini menjadi pembakar semangat kepada anak2 buah alex ferguson.

Gambah Ehsan ESPNSoccertNet.



Cerita #2
Kekalahan Liverpool pada Boro. Adakah dengan kekalahan ini, Rafa benitez mengakui Juara Liga EPL adalah hak milik Man Utd musim ini untuk kali kedua berturut-turut. Mungkin penyokong Liverpool tidak senang duduk dengan catitan blog ini. Tapi ape yang aku nak katakan ... You'll walk alone this season... Peace



aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com




Promosi Pakej 2009.. Diskaun 20%


Sempena awal tahun 2009 dan kegawatan ekonomi yang melanda, sudah tentu tempias kemelesetan ekonomi yang melanda terutama penduduk Malaysia akan memberi impak kepada perancangan kewangan samada yang dah berkeluarga atau bakal mendirikan keluarga.

Oleh itu, sekiranya terdapat bakal pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan atau pertunangan boleh menghubungi saya melalui email/SMS (seperti gambar dibawah) untuk mendapatkan harga pakej dengan diskaun 20%. Ini bertujuan meringankan beban bakal pasangan dalam persediaan perkahwinan atau pertunangan. Kualiti photography sama seperti harga pakej sebelum diskaun.

Sekiranya anda bernasib baik, anda akan dapat perkhidmatan 2nd photographer di majlis anda tanpa sebarang bayaran tambahan. Hubungi saya melalui email atau SMS untuk mendapatkan tawaran yang eksklusif ini. Sertakan tarikh dan lokasi majlis anda sekali.

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com