Blog Widget by LinkWithin

Monday, September 29, 2008

0.LastMinute.Shoping

Last Minute shoping - Shoping di waktu last minute ni mmg best. Lebih2 lagi kepada 'kaki' shoping di Kuala Lumpur nie. Kenapa? Sebab pada masa ini lah kebanyakan harga barang2 jualan raya seperti kuih raya, kerepek, baju raya dan etc akan mengalami kejatuhan harga yang mendadak. Tak percaya? Pergi la sendiri, malam raya esok selepas pukul 10, harga akan jatuh kepada harga yang tidak dapat dibayangkan. Kalo tak silap kebanyakan harga akan dijual dengan harga borong. Peniaga cuba cari modal balik daripada rugi pada barang yang tidak dijual. Pada masa ini lah, masa yang terbaik utk mereka yang ingin shoping raya lagi dan terus memborong sebanyak yang mungkin.

Lokasi seperti jalan TAR, sekitar jalan chowkit, down town, uptown mmg akan dipenuhi dengan manusia walaupun di malam raya. So kepada mereka yang tak balik kg lagi atau pada mereka yang beraya kat KL, elok g ke tempat ini. Tak rugi beli dengan harga borong. Barang2 nya masih dalam keadaan elok. Ok.

Syokknyaaaaaaa Shoping......



Gambar Sisipan.Photographed By Atan.First time dapat DSLR - terus g putrajaya buat test shot.


Gambar Sisipan.Photographed By Atan.Ni kat tanjung lumpur perak. Suasana cool but facility 'kurenggg'


Gambar Sisipan.Photographed By Atan.Si kecik Nana - Kagum tengok bunga merah-merah. First time tengok kot. Tengok tangan dia. Gerammm..


Gambar Sisipan.Photographed By Atan.Si kecik Nana - 'SALOMA" malaysia - Hehehe - Gambar kat jeti Lumut - Nak ke pulau pangkor


Gambar Sisipan.Photographed By Atan.Si Kecik Nana - Wajah ayu 'Gadis' melayu


Gambar Sisipan.Photographed By Atan.MakYun - Gaya model terkini


Gambar Sisipan.Photographed By Atan.Si kecik Nana - Sebelum makan nasi aYam

ATAN AHMAD
As Photographer As Hobby
None Company Registered
Tel / Fax 03-41426062/ 012-3039685
Email : atanahmad@gmail.com
Official Website : http://www.atanahmad.blogspot.com

Thursday, September 25, 2008

0.Mood Kerja Vs Mood Raya

Dah tak sampai lagi seminggu kita akan menyambut Syawal. Tup tap tup tap dah nak kita menyambut raya aidilfitri. Segala persiapan raya masih dalam progress (malam raya baru accomplish kot) dan masih lagi byk persediaan yang perlu disediakan. Dalam otak nie dah start mula terbayang suasana hari raya nanti, otak dah tak pikir lain selain dari hari raya. Pandang kiri pk raya, pandang kanan pk raya dan pandang kemana2 pun pk raya. Dengan disebabkan pengaruh raya yang hebat, mood untuk buat KERJA makin lama dah makin terhakis.. Hehehe.. Termasuk la aku nie, mmg tiap2 tahun menjelangnya hampir nak raya, mood kerja aku makin 'DOWN'. Semua kerja yang ingin dilakukan akan di carry foward after raya kelak. Huhuhu...


Gambar Sisipan.Photographed By Atan.Gambar kucing dekat rumah. Cari makanan kat tong sampah


Gambar Sisipan.Photographed By Atan.Gambar dekat taman tasik Titiwangsa.

Yang peliknya tahun nie, makin dekat nak raya makin banyak la plak task2 yg perlu dibereskan. Mood kerja dah la hilang, lagi nak kena buat kerja yang melambak2 yg perlu diselesaikan sebelum raya. Belum dikira task after raya yang nak kena completekan. Perghhhhhhh..............


Gambar Sisipan.Photographed By Atan.Dekat titiwangsa.


Gambar Sisipan.Photographed By Atan.Dekat titiwangsa juga

Tapi mcm biasa task yang senang untuk dibereskan sebelum raya akan aku settlekan juga supaya lepas raya tak jadi kelam kelibut. Sana sini akan terkejar2 mcm 'monyet makan cili' huhuhu.. Biar bila kita menyambut raya nanti, kepala tak pusing2 sebab lepas cuti raya banyak majlis open house akan menjelma. Jangan disebabkan kerja yang melambak dengan due date yang hampir2, kehadiran ke open house terpaksa CANCEL. Rugi maaaa.. Makan Freeee...


Gambar Sisipan.Photographed By Atan.Limau kasturi kat dapur mak aku

Oleh itu, kepada employee kolar putih, biru dan pelbagai warna yang ade kat Malaysia nie, plan la tugas anda dengan betul sebelum dan selepas raya nanti. Jangan jadi kelam kelibut. Peace....



Gambar Sisipan.Photographed By Atan.Gambar benang dalam bilik jahit mak aku


ATAN AHMAD
As Photographer As Hobby
None Company Registered
Tel / Fax 03-41426062/ 012-3039685
Email : atanahmad@gmail.com
Official Website : http://www.atanahmad.blogspot.com

Wednesday, September 24, 2008

0.Duit Raya

Ni nak citer pasal duit raya. Macam biasa bagi kita yang dah bekerja, penyediaan duit raya tidak lari dari keperluan dalam budget raya kita. Almaklum la, dulu kita dapat duit raya, skang kita kena bagi duit raya. Bagi mereka yang mempunyai anak sedara, sepupu, adik beradik yang masih di peringkat umur belajar dan belum belajar, mesti tengah berkira2 berapa budget duit raya tahun nie. Hehehe. Bagi aku, acapkali masuk raya, aku akan sediakan budget RM300 utk diberi kepada kanak/student yg bertandang ke rumah aku. Siapa yg datang awal, mmg bernasib baik sebab mesti dapat duit raya lebih skit. Bagi yg datang lewat, maybe dapat kurang dari yg datang awal.



Tapi aku masih ingat lagi tahun pertama aku kerja dan tahun pertama aku kena bagi duit raya kat sepupu sepapat aku. Budget utk sepupu masa tu dapat sorang RM5 sahaja. Jadi pagi raya tu mereka datang la ke rumah wan (tempat berkumpul adik beradik belah ibuku) so bersalaman la kita org. Aku bagi la duit raya RM5 kat sepupu aku tue. Nak tahu ape yg dia komen bila dapat duit raya tue??

"Aikla, takkan kerja Engineer bagi RM5 ajer kot??!!" - Kata sepupu aku tue.

Hampeh betul budak nie, baru setahun jagung yg belum masak dah banyak komen. Tu kira Ok la aku bagi. Kang aku tak bagi baru tau. Hehehe. itu la ragam bebudak zaman IT nie. Yer la awalaupun aku kerja engineer dan gaji ribu (kecik je ribu tue), tapi mana cukup. Kena ade jugak budget utk beli baju raya adik beradik2, parents, duit raya atuk/nenek.. Kalo aku dapat bonus tahun tu takpe la jugakkan.

Wife aku sediakan Rm150 untuk sebelah keluarga dia. Dia dapat la bonus tahun nie. Kencang jugak bonus dia tue. Tapi tak sehebat bonus tahun lepas yang dia dapat. Tapi kencang jugak la. Banding dengan aku, batang hidung bonus pun tak kemana. Hehe. Nasib dan rezeki kita kena redhaaa... Jadi aku tumpang 2 kaki la kat bonus dia.. Hehe

Ok. Jangan pening2 kira duit budget raya tahun nie. Jgn nak korek tabung plak kalo tak cukup. Orang lain tak sakit kepalo, kito yang sakit kepalo lak nanti.

Salam..

Monday, September 22, 2008

0.TheRedDevils Vs TheBlues

Semalam perlawanan yang dinantikan antara ManUtd and Chelsea. Ia berkesudahan dengan 1-1. Walaupun ManUtd hampir memenangi perlawanan ini, goal dari Salomon Kalou telah mengikat ManUtd dengan seri. Tetapi itu adalah point yang berharga buat ManUtd yang bertandang ke Stamford Bridge. Dekat Old Trafford nanti, kita akan balas dendam. Hehehe.



Saturday, September 20, 2008

0.Break.Fast.Asam.Pedas

Tarikh 19.09.2008, ina a.k.a zurina (hehehe) plan berbuka pose dengan geng2 IBS dekat restoran ASAMPEDAS@Setiawangsa. Ahli2 geng yang hadir Abu,Yun,Shida,Lis,Faiz,Ina,Hizam. Ade beberapa geng2 yang tidak dapat hadir seperti Matyan, Masyitah, Yusrina, Firdaus.

Macam biasa la bila berkumpul, mcm2 cerita yang dibualkan. Pasal raya la, pasal shoping la, gosip opis la dan bla bla bla bla.. Hehehe. But dah lama tak berkumpul mcm nie. Sejak ramai geng2 yang resign dari IBS, acara2 berkumpul dan borak2 dah lama tak dibuat. Dulu awaktu semua geng ader, byk aktiviti yang dibuat. Main bowling, tgk wayang, bercuti, melepak kat mamak dan mcm2 lagi. Semua tinggal kenangan. Masing2 busy dengan komitment masing.



Rasanya kita patut buat REUNION dengan semua geng. Tak perlu buat majlis2 besar2, buat kat NANDOS ke, KFC, McDonald ke atau etc laa. Ni asyik SMS, email tak syok aaa sangat. Hehehe. Kalau nak berkumpul balik pun kena tunggu majlis kawin geng2, masa tue la boleh jumpa dan borak2 lama.

Bercerita balik pasal buka pose tue. Secara keseluruhan, makan OK. Ade satu, dua makan yang sedap dan ade yang tak sodap. Cuma tak puas hatinya, air adalah air sirap, teh tarik dan air kosong yg disediakan utk package buffet tue. Buat la air yang besh2 skit seperti tembikai, mangga dan etc laaa...

But gathering semalam enjoy sgt2, mcm2 cerita yang diborakkan. Tapi masa tak cukup sebab ade yang dah ngantuk (aku la tue). Hehehe. Raya nanti boleh plan buat open house. Ok enjoys the pic.


ATAN AHMAD
As Photographer As Hobby
None Company Registered
Tel / Fax 03-41426062/ 012-3039685
Email : atanahmad@gmail.com
Official Website : http://www.atanahmad.blogspot.com


Friday, September 19, 2008

0.Shoping.Raya

Hari nie dah masuk ke hari 19 hari kita berpuasa. Dalam keadaan sedar atau tak, terasa terlalu cepat ibadah berpuasa berlalu. Seperti biasa, di penghujung hari berpuasa, hari raya pula akan menjelma dan pada masa ini, umat islam akan sebuk dalam persediaan hari aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi.




Bagi aku, persediaan seperti baju raya untuk parents aku, isteri aku dah hampir 80% siap dan sedia. Sebelum puasa lagi aku dah start beli baju raya bagi mengelakkan pembeliaan saat2 akhir di bulan puasa.




Sebelum ini aku jarang shopping baju raya sebelum puasa dan selalu shoping seminggu sebelum aidilfitri. Tapi tahun ni aku lakukan sebaliknya. Faktor ini disebabkan dengan keadaaan kuala lumpur yang terlalu ramai lautan manusia yang membeli belah, dengan keadaan panas terik, dengan keadaaan trafik jem dan parking. Shoping dalam keadaan begini bagi aku tidak besh dan feel 'shoping raya' akan berkurangan disebabkan faktor begini.
Jadi masa yang sesuai perlu diplan dengan betul agar shoping raya ni berjalan dalam suasana yang meriah, seronok dan sebagainya.




Tapi setiap orang mempunyai plan yang tersendiri. Jadi ikutlah kesesuaian masa yang betul agar setiap pembeliaan yang kita lakukan akan lebih bermakna, berbaloi dan tidak membazir.

Sekian.

ATAN AHMAD
As Photographer As Hobby
None Company Registered
Tel / Fax 03-41426062/ 012-3039685
Email : atanahmad@gmail.com
Official Website : http://www.atanahmad.blogspot.com

Wednesday, September 17, 2008

0.Musim Durian.Photostream

Gambar ni sewaktu musim buah durian kat rumah mertuaku. Waktu ni durian dah mula gugur dan rasanya enak sekali. Tak silap aku ade 7 pokok durian disekeliling kawasan rumah dan ade pokok rambutan dan ade pokok langsat dan ader pokok kelapa dan pokok manggis - Kawasan rumah tu luas so banyak jugak buah dan jenuh jugak la nak makan.

Abang ipar aku siap boleh jual berbakul2 lagi kat KL. Mmg puas makan. Untungnya pun masyuk.








Tapi aku je yang tak puas makan sebab masa tu aku dah mula kena chicken poax.. Waaaaaa.. Sodih bonar.. Tertelan air liuq..

Enjoy the pics..

ATAN AHMAD
As Photographer As Hobby
None Company Registered
Tel / Fax 03-41426062/ 012-3039685
Email : atanahmad@gmail.com
Official Website : http://www.atanahmad.blogspot.com

Tuesday, September 16, 2008

0.Cucu Atuk + Wan

Beginning....

Just nak share story dengan you all mengenai keistimewaan cucu pertama. Cucu pertama atau kedua atau ketiga adalah sama sahaja. Cuma dari sudut 'phsykologi' dan 'metologi', cucu pertama ni ade kelebihan yang tersendiri. Terutamanya layanan dan penerimaan dari sudut atuk/nenek dan mak/bapak sedara.

Hehe mungkin ada yang bersetuju dan ade mungkin yang tak bersetuju. Mungkin yang tak bersetuju tu bukan dari kalangan cucu pertama. Dan mungkin yang bersetuju tue adalah dikalangan cucu pertama dan mungkin cucu nombor lain yang mengakui 'kehebatan' cucu pertama. Hehehe.

Cucu pertama nie dari segi layanan yang diterima mmg besh, sebab kadang2 ape yang diminta akan dapat dan akan dilayan. Kadang2 benda yang tak diminta pun akan dapat juga. Itu lah dikatakan cucu pertama. Hampir 90% (fakta berdasarkan assumption sendiri) perkara yang cucu pertama nak akan dapat. Itulah kehebatan 'penangan' cucu pertama.

Tetapi cucu pertama ni kena juga menjadi contoh kepada cucu2 yang lain. Kadang2 kena tunjuk contoh yang baik kepada cucu2 yang lain. Yer la kan, bila org tengok cucu pertama ni sebagai yang istimewa, perangai dan pelajaran mesti istimewa la jugak. Jangan jadi hampeh. Mmg kena kutuk tak ingat la..

Dari segi pelajaran, cucu pertama mesti tunjukkan prestasi yang membanggakan dan ini sekali gus ia akan menjadi 'rujukan' kepada cucu2 yang lain. Kalau cucu lain dapat skor lebih dari cucu pertama, ia tak menjadi hal.

Bila dah dewasa cucu pertama ni mesti bertanggungjawab sikit pada atuk dan nenek meraka sebab dulu masa kecik kita ni dah ditatang bagai minyak yang penuh. So pepaham je la kan...

So itu lah ragam CUCU pertama

Sebab ape yang aku cerita semua ni kerana AKU ADALAH SALAH SORANG CUCU PERTAMA... Yeahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Peace

ATAN AHMAD
As Photographer As Hobby
None Company Registered
Tel / Fax 03-41426062/ 012-3039685
Email : atanahmad@gmail.com
Official Website : http://www.atanahmad.blogspot.com

Saturday, September 13, 2008

0.Proton.MPV

Gambar ni aku dapat dari laman web http://gayaruangkepelbagaian.com/spy-shot-2009-proton-mpv/

So aku save image tu dan aku upload dalam blog ni utk tatapan anda semua.. Nampak cool jugak MPV nie.. Design nampak mcm Honda stream + Toyoto wish..

So tunggu kemunculan MPV ni di pasaran. Ewahhhh mcm proton marketing executive la plak..

Enjoys ..



Sunday, September 7, 2008

0.Berbuka.Rendang.Ketam

Hari ni jamuan berbuka keluarga aku adalah ketam masak rendang. Perghh dia punya bau sangat menyelarakan diwaktu pose nie. Terganggu aroma hidung aku dengan rendang nie. Rendang ni kalo org negeri sembilan masak mmg besh. Tapi aku belum lagi rasa rendang negeri org lain. Sebab setiap orang ade style masak rendang dia yang tersendiri.

Additional info:
Penyediaan bahan: Ibuku
Masak (1st phase) : Ibuku
Masak (2nd Phase) : Isteriku
Final : Isteriku


Enjoy the pics.




Saturday, September 6, 2008

0.Pangkor.Family Trip

Percutian di Pangkor.. Bulan 5 lepas..





0.Ape benda yang tergantung tue??


Gambar diatas diambil di rumah mertuaku kat RANTAU.. Masa aku tgh ronda sekeliling kawasan rumah, aku ternampak satu benda yang bergayut dan tercangkuk kat belakang rumah.. Aku pun amik shot tue tanpa syak aper2.. Aku pun tak tanya pada wife dan mak mertuaku, ape kah kebendanya yg tergantung tue.. Last sekali aku tahu ape benda yg tergantung tue..

Kalau anda bijak, cuba teka ape kah bendanya itu.. Hehehe...



Ni gambar limau masa mak aku tgh masak.. Nampak unik gambar nie..

Thursday, September 4, 2008

0.Shot Kanak2 Mandi

Gambar spontan kanak2 kalau diambil dengan DSLR camera mmg best. Action2 yang terjadi di 'freez' dengan sharp sekali.. Bila tengok mmg best.. Sebab tu aku mmg suka sangat hobi amik gambar nie.. Kalo dengan camera biasa mmg tak dapat gambar shot mcm ni..

Gambar ini diambil dalam mode MANUAL.. Setting lain aku lupa plak..

Note utk Mazian/Lis/Shida->>> Hehehe.. Ape lagi, GRAB la satu DSLR.. Kui kui kui..





Info model 'sambilan' gambar...

Nick Name : Nana
Age : 1 tahun 3 bulan
Yang lain2 info... RAHSIA

Wednesday, September 3, 2008

0.Nukilan.Untuk.Isteri



Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Tuesday, September 2, 2008

0.Motor.Klasik.Ayahku

Lens aku nak 'story' skit..

Gambar ni dah lama aku amik. Cuma ia menjadi simpanan dalam laptop aku jer. Gambar ni aku amik semasa aku duk umah sorang2. Dah takde keje nak wat. Tengah melepak2 depan umah dengan cuaca petang yg menarik, aku dapat shot motor klasik ayahku nie.

Nak cerita sikit pasal motor2 ayahku nie. Ayah ade 3 biji motor, 1 motor klasik honda kapcai, 1 yamaha kapcai dan satu lagi RG Sport. Ayah aku mmg sayang motor dia nie sama dengan sayangnya aku pada camera DSLR aku. Hehehe.

Ayah mmg jaga motor nie. Rosak skit je mesti dia yang sendiri repair atau kalo ayah malas, ayah hantar kedai. Aku pun kadang 'pow' motor ayah aku nie. Kadang2 bawak pergi kedai jer dan kadang pergi amik wife aku dan kadang2 bawak nana g jejalan sekitar rumah.

Salah satu motor adalah kepunyaan arwah pak rodi dan satu lagi RG sport adalah kepunyaan asal arwah pak su. RG spot tu arwah atuk bagi aku masa aku study kat UTM Skudai.

Bawah adalah 'sneak-preview' gambar motor ayah aku. Keep viewing huh... Peace..





0.Bunga Api. Before Merdeka

2 hari sebelum merdeka. Ajak wife pergi tengok pertandingan bunga api kat PUTRAJAYA. Final day event ni berlangsung. Tapi aku tak dapat 'port' yg menarik utk amik gambar nie. Ini yang terbaik lokasi utk shot gambar nie.

Enjoy!!...

















0.Ayam Di Kampung

Kisah ayam belaan dirumah mertuaku RANTAU.. Banyak ayam belaan yang dijaga oleh mak/ayah mertua aku.. Seingat aku dulu la, ini dulu project belaan ayam abg ANGAH. Tapi skang ayah/mak mertua aku yang amik alih. Skang ayam ni banyak dah. Asyik bertelur dan menetas. Tak terkira la skang. Tapi kalo nak dikira bole je cuma amik masa la nak kira. hehehe.

Semalam puasa pertama aku amik gambar ayam ni dalam longkang. Tapi aku tak duk dalam longkang la masa amik gambar nie. Kamera aku je masuk longkang. Ade la skill tersendiri. hehehe.

Nak bela ayam ni kena ade modal gak. Sebab makanan ayam mahal lor. Sebelum kenaikan minyak, harga seguni makanan ayam dalam RM40 ke Rm50. Skang dah jadi harga M70. Patut la harga ayam kat pasar mahal. Dia punya makanan pun mahal.

So sebagai pengguna kita kena la pk sebelum kita nak beli/boikot ayam. Bak kata NABIL " LU PIKIR LA SENDIRI" - Peace..






0.Port Dickson.Berkelah

Plan berkelah sewaktu hari kemerdekaan. Satu family pakay planning berkelah di sana sebelum Ramadhan menjelang tiba. Berikut adalah beberapa photo shot yang diambil. Salam..
















0.Wajah Isteriku Sehari Sebelum Merdeka

MERDEKA.. MERDEKA.. MERDEKA..

Shot ni diambil sehari sebelum merdeka. Aku plan nak pergi sambut merdeka kat dataran tetapi terpaksa dibatalkan sebab aku pergi Port Dickson dengan family. So aku and wife pergi dataran amik gambar sehari sebelum merdeka. So ade la rasa seoronok amik gambar walaupun takde ape yg menarik lagi kat sana.

So selamat MERDEKA.. Semoga kita kekal MERDEKA sehingga penghujung dunia.

SALAM...








0.Wajah Kanak2 Riang

Berikut adalah wajah kanak2 yang riang.. How my shot?? Hehehe..









0.Ramadhan yang tiba

Assalammualaikum...

1. Hari kedua Ramadhan, tadi baru sahaja habis sahur dengan family aku. Semalam aku sahur dengan keluarga wife aku. First time sejak kawin aku sahur dengan keluarga lain. Hehehe. Berpuasa kali ini tiada beza dengan puasa aku yang lain. Cuma yg beza skit aku berpuasa dengan wife aku. Tetapi pada hari pertama dia dah 'CUTI'. Pepaham je la. Hehehe.

2. Masa hari pertama berbuka, aku dan wife pergi pasar kat area pekan RANTAU. Nak beli ikan dan barang keperluan untuk berbuka nanti. Semangat dah berkobar2 nak pergi sana. Hehehe. Sampai sana sahaja, mula la kami usha kedai-kedai ikan yg ade kat situ. Pusing2 area situ dah banyak kali tapi ikan belum beli lagi. Yang pening nyer tak tahu nak masak ape lagi, so mcm mana nak beli ikan.

3. Yang sebenarnya kami sampai pasar tu dalam pukul 10AM. Semua ikan dah hampir habis dijual. Yang cuma tinggal ikan yang lama2. Tue yang pening dan berpusing byk kali kat paa tue. Last kali aku dan wife decide beli ikan kembung sahaja. Buat masak asam. Beli sayur sawi utk buat goreng. Jadi pengajaran pertama hari pertama pose ialah, bangun awal pergi pasar beli ikan. Hehehe.

4. Bangun lambat sebenarnya badan dah letih. Hari ahad ari tu, dah pergi port dickson. Sampai ke petang duk sana. Itu yang letih gamaknya.

Ok. Salam ramadhan utk semua. Semoga dengan kedatangan Ramadhan kali ini, kita dapat banyak buat kebaikan. Jgn boros sgt berbelanja sewaktu berbuka nanti. Semoga jumpa lagi. SALAM....