Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Wednesday, January 27, 2016

Tips mantap untuk uji anda samada anda layak jadi bisnesman atau tidak !!

Tips untuk mula berniaga cara saya.
Saya mula berniaga pada tahun 2000. Jika Tuan Puan memang nekad nak berniaga buat ini
+ kerja sebagai salesman atau salesgirl dulu
+ gaji hanya pada komisen 100%
+ pilih industri mana yang ingin ceburi
Contoh kerja sales yang boleh dicuba
+ Salesman Kawalan Serangga
+ Salesman Laminated Flooring
+ Salesman Penapis Air
+ Salesman Pakej Percutian
+ Salesman Kereta Bas Lori Kapal
+ Salesman Motor
+ Salesman Tayar
+ Salesman Aircond
+ Salesman Tinted Kereta dan Rumah
+ Perunding Renovasi Rumah
+ Perunding Perkahwinan
+ Perunding Mak Andam
+ Perunding Spa
Semua contoh diatas, saya pernah tanya kawan saya bangsa Cina komisen dia jadi Salesgirl Laminated Flooring berapa ?
Selamba dia cakap paling rendah sebulan
RM 12,000 sahaja... haha
Miss Kwan pula, jual tinted cermin kereta mewah sales dia sahaja sebulan min target RM 150,000 bayangkan komisen 10%...
Masalahnya kebanyakan orang nak berniaga bila suruh jadi salesman tidak mahu.
Bila sudah mahu ditanya pula gaji basic berapa pula sebulan
Bila sudah diberi gaji basic ditanya pula elaun elaun lain
Buat kerja salesman salesgirl dulu minimum 6bulan tengok anda layak atau tidak berniaga.


No comments: