Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Sunday, January 31, 2016

Duit keluar lagi banyak dari duit masuk



Keberkatan Rezeki
Kadang-kadang, lagi banyak kita usaha,
Lagi banyak duit masuk.
Lagi sempit hidup kita.
Yakinlah!
Ini antara penunjuk yang berkaitan dengan rezeki yang kita dapat.
Kadang-kadang Allah sempitkan hidup kita (rezeki banyak, tapi banyak musibah melanda hidup kita) adalah di sebab kan perbuatan kita sendiri.
Duit senang masuk, senang keluar.
Saya ingin berkongsi satu cerita.
Ketika saya bekerja dahulu, rezeki memang tidak pernah putus.
Gaji kerja, ribuan ringgit.
Gaji berniaga part time, ribuan ringgit juga.
Namun, peliknya. Hari ini dapat gaji. Tiba-tiba, esok kereta accident.
Tak semena-mena, orang langgar kereta. Kemek. Masuk workshop, melayang ratusan.
Kalau pun tak accident, tiba-tiba je kereta breakdown.
Nak kena tukar tu. Tukar ni.
Atau pun, dapat gaji hari ini, esok anak demam.
Pergi klinik, terbang ratusan ringgit.
Belum lagi campur dengan rumah kena masuk pencuri.
Hilang duit. Hilang kamera. Hilang itu. Hilang ini.
Adakah itu semua kebetulan? Tiba-tiba berlaku?
Tidak!
Ini kesan perbuatan saya membuat dua kerja dalam satu masa.
Masa untuk bekerja, di gunakan untuk berniaga.
Masa untuk bekerja, di gunakan untuk perkara lain.
Nah!
Allah tarik satu persatu rezeki yang ada.
Namun Yakinlah!
Allah sedang mendidik hati kita.
Muhasabah diri.
Fahami apa itu keberkatan rezeki.
Berkat - dapat sikit, tapi banyak.
Bukan dapat banyak, tinggal sikit.
Selepas antara insiden-insiden di atas,
Saya mula fahami apa itu erti rezeki.
Apa itu berkat.
Apa pentingnya keberkatan di dalam rezeki yang kita perolehi.
Dan ini sebesar-besar didikan Allah kepada hambaNYA.
Percaya yang rezeki itu maha luas.
Walaupun kini berniaga, yang masuk lebih banyak dari waktu bekerja, namun keluar juga banyak (menampung overhead), namun yang tinggal juga banyak.
Walaupun ada masa-masa yang tinggal cuma sedikit,
Namun ia mencukupi untuk menampung kesemuanya.
Tiada apa yang di cari.
Selain keberkatan rezeki.
Semoga kita terus mencari erti keberkatan walaupun di dalam kesibukan seharian kehidupan kita.

No comments: