Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.
(At-Taghaabun 64:15)
Salam,
Semenjak dua menjak ini, aku berfikir, kenapa aku dan isteri belum di kurniakan anak setelah enam tahun kami kahwin ? Orang lain nampak bahagia dengan anak masing-masing. Aku kalau takde anak tidak boleh bahagia kah ? Orang melayu kita bila takde anak risau ke main. Kenapa kita perlu risau ? Sebab takut perkahwinan dan keluarga tak bahagia kah ? Takut generasi keturunan kita akan hilang ? Takut takde orang akan mendoakan kepada kita setelah kita mati ?
Entah la. Kalau di fikir-fikir itu dan ini, memang masalah takde anak tidak akan habis, sampai bila-bila takkan ada penyelesaianya. Kenapa aku cakap begitu? Ini kerana urusan kurniaan anak ini adalah urusan Allah swt. Aku dan isteri hanya lah berusaha sebaik mungkin.
Allah bagi kita akal fikiran. Allah suruh kita berfikir apa tujuan kita hidup ? Untuk dapat anak? Ya keluarga kalau ada anak baru nampak sempurna dan lengkap. Memang di akui tapi itu tak menjamin keluarga tak bercerai berai kan ? Sama juga kalau pasangan suami isteri takde anak yang boleh bercerai berai jugak. Jadi kenapa perlu risau kalau takda anak. Kita pun mampu hidup bahagia dengan takde anak tetapi cara kita mesti tak sama dengan orang yang ada anak.
Setiap kejadian dan susunan galur hidup kita allah dah aturkan. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Allah tahu kelemahan hambanya. Allah mahu kita berfikir, bila kita takde anak, apa yang perlu kita buat apabila kita takde anak? Kalau orang ada anak, segala urusan anak akan mereka jaga. Jadi apa yang patut kita buat bila kita takde anak?
Jawapannya Allah ingin kita mendekatkan diri padaNya. Masa yang sepatutnya kita luangkan untuk anak kita gantikan dengan beribadah dan mendekatkan diri padaNya. Bila kita takde anak, sure kita banyak masa sebab kita takde nak uruskan hal anak-anak. Jadi gunakan kelebihan anda memperbanyakkan ibadah pada Allah. Itu lah kelebihan yang Allah nak beri pada kita. Itu lah bahagian kita.
Bukan kah tujuan kita di jadikan oleh allah swt adalah untuk menyembah dan beribadah kepadaNya. Cuba baca firman Allah swt di bawah:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Adz-Dzaariyaat 51:56)
Pada masa ini lah kita kena mengambil peluang yang allah bagi untuk kita berusaha untuk mendapatkan rahmat dariNya. Kita ingin kekal hidup di syurga di akhirat kelak. Itu yang patut kita tumpukan dan usahakan. Cuba baca firman allah ini.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Al-Baqarah 2:155)
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Baqarah 2:156)
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
(Al-Baqarah 2:157)
Jadi kepada pasangan di luar sana yang masih belum ada rezeki di kurniakan anak. Jangan bersedih. Sedih tu memang akan wujud tapi jangan la kita bersedih sampai kita buta yang Allah memberi kita ruang dan peluang untuk kita lebih rapat kembali kepadaNya. Bukan kah itu kelebihan yang kita miliki ? Setiap orang akan ada kelebihan masing-masing tetapi kita jangan sibuk memikir kelebihan orang lain sehingga kita terlupa kelebihan yang kita ada bila takde anak.
Adakah Allah menzalimi kita bila kita tidak di kurniakan anak? Cuba renungkan firman allah di bawah lagi:
.....dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.
(Fussilat 41:46)
Last sekali, anak itu adalah ujian kepada manusia. Ujian yang akan menguji kesabaran dan keteguhan iman mereka pada Allah. Jadi paling tidak pun kita tidak akan di uji seperti mereka yang dah ada anak. Jadi jangan sedih-sedih. Ingat Allah. Hati akan tenang. Dekatkan diri padaNya. Syukur atas segala nikmat yang kita ada sekarang ni.
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. (At-Taghaabun 64:15)
1 comment:
Kita serupa Abu..... ada org rezeki cepat dan ada yg rezeki lambat tapi inshaaAllah masing-masing ada rezeki cuma kita perlu bersabar jer... :)
Post a Comment