Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tuesday, October 21, 2014

Pentingnya sedekah dengan murahnya rezeki.

Salam,

Saya mulakan dengan petikan dari AL QURAN.

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. 
(Al-Baqarah 2:268)

Ya, ini yang selalu di bisikkan dalam hati kita. Kadang sukarnya kita nak menghulurkan sedekah. Kita akan merasakan harta atau kewangan kita akan berkurangan selepas bersedekah. Kalau kita bersedekah pun mesti dengan jumlah yang kecil. Mungkin pelbagai alasan kita jadi begitu. Mungkin diri kita sendiri yang tak cukup duit. Atau kebetulan kita tiada duit yang besar dan sebagainya lah. Alasan sentiasa akan di beri.

Tetapi adakah kita sedar betapa besarnya balasan yang di beri ALLAH swt sekiranya bersedekah ? Maha suci ALLAH, memang besar. Kadang-kadang balasan bersedekah itu datang dari arah yang tidak di sangka-sangka.

Tapi bukan senang nak mendidik umat islam zaman sekarang. Kadang-kadang untuk meyakinkan mereka, perlu ada bukti yang menunjukkan amalan sedekah ini banyak fadhilatnya. Di bawah adalah screen short salah seorang yang mengalami masalah kewangan untuk memulakan perniagaan dan lihat apa nasihat dan tindakan beliau. Apabila anda dah baca, masih berpendapat sedekah ini mengurangkan harta anda ?






Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .” ( HR Muslim dan Tirmidzi )



Kalau kita dalam kesempitan, kita bersedekah sekadar yang mampu. Dah la kita kesempitan tetapi masih nak bersedekah lagi ? Kadang-kadang manusia sendiri takde jawapan kenapa kita perlu bersedekah walaupun poket sendiri  makin kering tetapi ini perintah ALLAH swt. Sebagai umat islam kita kena meyakini dan percaya akan suruhannya. Baca petikan di bawah.


Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan. (At-Talaaq 65:7)


Jangan lah kita takut kita kehabisan harta apabila bersedekah. ALLAH akan gantikannya. Kalau ALLAH tidak gantikan dengan rezeki wang ringgit, mungkin dia gantikan dengan perkara lain seperti kesihatan, keluarga bahagia, hati tenang dan sebagainya.

Bersedekah juga bukan sahaja untuk balasan dunia sahaja tetapi kita secara tak langsung mengumpul amal soleh untuk bekalan di akhirat kelak. Dengan bersedekah kita dapat 2 balasan iaitu balasan di dunia dan balasan di akhirat. Bukankah ia sesuatu yang indah untuk di laksanakan ?


Dari Ibnu Mas’ud, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Hendaklah seseorang diantara kamu memelihara dirinya dari api neraka, walaupun dengan memberikan sedekah sebiji kurma .” ( HR Ahmad dengan sanad sahih )



Jadikan lah amalan sedekah ini amalan yang WAJIB sahabat. Letaklah keyakinan kepada ALLAH. letakkan kepercayaan kepada ALLAH. Kita sebagai umat islam wajib mempercayai segalan urusan dunia ini terletak pada ALLAH.

Sila LIKE page ini "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI" dan lihat dan baca komen-komen dari mereka yang telah mengamalkan amalan sedekah ini. Ini sebagai satu kekuatan dan semangat untuk kita bersedekah. Saya tidak menceritakan pengalaman saya bersedekah kerana takut di salah ertikan dan takut timbul perasaan riak dan sebaginya tetapi apa yang saya lalui dan pengalaman dalam bersedekah memang sangat sukar di ucapkan. ALLAH MAHA BESAR. ALLAH MAHA SUCI.


Akhir tulisan saya. amati petikan AL QURAN ini. Sebagai menaikkan semangat dan keyakinan dan mendekatkan diri dengan ALLAH.


Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (Al-Baqarah 2:245)









No comments: