Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Sunday, October 19, 2014

Apabila kita mendahulukan perintah ALLAH.


Assalamualaikum Ustaz Fathuri.

Kisah yg ingin saya sampaikan ini berlaku pada tahun 2012.

Pada masa itu, seorang kenalan saya telah menawarkan satu watak pendek dalam drama tv kepada saya. Tetapi watak itu memerlukan saya berpakaian tidak mengikut syariat iaitu berstokin panjang/berlegging.

Saya menolak kerana saya tidak setuju berpakaian sebegitu. Kenalan saya ini bukan beragama Islam, jadi dia kurang faham dan terus memujuk saya menerima watak itu.

Katanya, saya dibolehkan pakai tudung semasa berlakon tu, cuma perlu dipadankan dgn legging je.. 
Adegan yg saya perlu lakonkan itu pun pendek sahaja, dan wajah tidak akan dipaparkan kerana hanya bahagian belakang badan akan dirakam ketika berjalan lenggang lenggok. 

Jadi dia tidak faham kenapa saya menolak sedangkan saya dibolehkan pakai tudung dan muka saya tak akan dipaparkan. Lagi pula, drama itu adalah utk paparan di luar negara, bukan di Malaysia.
Jadi katanya, tidak ada apa yang saya perlu malu. 

Oleh kerana dia bukan Islam, saya cuba menerangkan dgn baik kpd dia supaya dia faham. Saya menerangkan kepada dia, yang ini prinsip saya, dan saya wanita muslimah yang menutup aurat. 
Legging ketat tidak mematuhi syariat. 

Berjalan dgn punggung lenggang lenggok dirakam dari belakang pun salah juga di sisi Islam. 

Saya tekankan yg saya perlu jaga aurat saya walaupun tak siapa akan kenal wajah saya dlm iklan itu. 

Utk pengetahuan ustaz, jumlah bayaran yg dia tawarkan kpd saya ialah RM30,000.

Ia memang jumlah yg lumayan, tapi saya tak sanggup terima. Saya kata padanya, sebanyak mana pun wang yg dia tawarkan, saya tak akan terima watak berpakaian sebegitu. 

Saya nekad dengan keputusan saya.. dan akhirnya dia memilih wanita lain utk melakonkan watak itu.

Saya tak rasa rugi pun kehilangan tawaran lumayan itu sebab saya memang tak sanggup tanggung dosa berpakaian ketat sebegitu. Apatah lagi membiarkan suami saya menanggung juga dosa itu.
Saya taknak rezeki yg tak berkat. 

Saya yakin, rezeki akan dtg dlm bentuk lain. Yang penting adalah keredhaan Allah.

Selang beberapa minggu, saya menerima panggilan dari sebuah syarikat yg saya sertai peraduannya.
Sungguh tak sangka, saya dimaklumkan menang Hadiah Utama peraduan tersebut, iaitu wang tunai berjumlah RM30,000 !!!

Sungguh terkejut saya dibuatnya! Terus saya teringat peristiwa saya menolak watak drama tersebut . Akhirnya Allah gantikan dgn rezeki lain yg sama nilainya, Allahuakbar!

Syarikat itu memaklumkan, mereka menerima lebih 20,000 penyertaan utk peraduan itu. Nama pemenang dipilih secara rawak oleh komputer, dan nama saya yg terpilih sebagai pemenang utama. 
Alhamdulillah!

Benarlah, istiqamah mendapatkan keredhaan Allah dlm setiap perkara yg dilakukan, inshaAllah ada ganjarannya, di dunia dan di akhirat. 
Yang penting, rezeki kita perolehi itu berkat 

Peristiwa ini berlaku 2 tahun lepas, namun ia merupakan kenangan yg sangat manis buat saya. 
Banyak perkara berlaku selepas itu, peniagaan saya maju dan saya selamat melahirkan anak ketiga.

Ketika ini, sy sedang mengandungkan anak keempat pula. Perniagaan saya agak merudum skrg kerana saya sering sakit skrg. 

Tapi saya tidak risau pun. 

Saya yakin dgn janji Allah. Saya cuba dekatkan diri dgn Allah, bertawakkal dan memperbanyakkan amalan sunat. InshaAllah allah akan keluarkan saya dari permasalahan saya, sama seperti sebelum ini.

Saya yakin, apabila kita menjaga hubungan dengan Allah, Allah akan menjaga urusan dunia kita.
Kejarlah akhirat, dan kita akan dapat 'dunia' sekali 

No comments: