Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Monday, October 13, 2014

Kelebihan sembahyang dhuha yang kita tidak tahu.


Salam,

Sembahyang dhuha. Ramai yang sedia maklum tentang solat dhuha ini. Tapi tak ramai yang amalkannya terutama mereka yang bekerja di pejabat. Walaupun ia hanya solat sunat sahaja tetapi ia tergolong dalam amalan solat sunat yang di tuntut.

Nabi Muhammad saw sentiasa mengerjakan solat dhuha ini. Ia di buat secara solat rutin setiap hari. Kenapa kita perlu solat dhuha dan kenapa ia di tuntut mengerjakannya walaupun ia hanya lah solat sunat sahaja. Berikut adalah jawapannya.


Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

 يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى. 

 Maksudnya: Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

Kelebihan lain apabila amalan solat dhuha di dititikberatkan.

Allah Azza Wa Jalla berfirman:
 يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.
 Maksudnya: Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
 Maksudnya: Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.


Umat nabi muhammad saw di beri peluang dari ALLAH swt dengan pelbagai pahala yang mudah kita perolehi dan juga senang untuk di buat. Tetapi zaman sekarang, perkara perkara begini sukar bagi mereka untuk mengerjakannya.

Cari lah masa. Rancang la masa. Usahakan untuk sembahyang dhuha yang hanya dua rakaat sedangkan fadhilatnya sangat la besar. Niatkan untuk mendapat keredhaan dan rahmat ALLAH swt. Serahkan kepadanya segala URUSAN harian kepadaNYA.

No comments: