Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Monday, March 3, 2014

Masalah tiada air, cuaca kering, jerebu dan seumpama dengannya.

Salam,

Sekali lagi kita di duga dan di uji dengan masalah tiada air, hujan tersangat la jarang nak turun. Bila kurangnya hujan, cuaca jadi kering. Di tambah pulak dengan jerebu. Dan tambah lagi dengan pelbagai penyakit berkaitan seperti demam, batuk, asma dan sewaktu dengannya.

Bila takde air nie, susah la sikit. Nak mandi pun kena kawal. Nak buang air besar dan kecil tu yang payah. Kalau kat office lagi la payah. Kalau nak buang air besar mmg payah. Sebab satu kawasan takde air. Mana nak lari cari air ? Kalau nak balik rumah pun masalah jugak, sempat atau tidak je nak buang hajat. Kalau rumah tu dekat dengan sungai, boleh la terjah je terus masuk sungai. Hehehe. Nak harapkan sungai kelang ? Hmmmm kena fikir seribu kali. Kekekeke.

Banyak sungguh kesukaran bila takde air kan. Kalau takde elektrik pun takde la se"stress" macam nie. 

Sebagi umat islam, kita harus percaya dengan ujian dan dugaan allah. Ujian yang allah turunkan kepada kita umat manusia. Mungkin ada orang yang tak setuju dengan aku. Kalau ade mengucap panjang lah.


Aku ada terbaca satu buku yang amat popular yang bertajuk "bersyukur di saat di uji" . Buku ini mengisahkan seorang hamba allah yang sebelum ini seorang yang jauh meninggalkan segala suruhan agamanya tetapi beliau sedar dan kembali dan insaf. Beliau di duga dengan malapetaka banjir yang berlaku di kawasan rumah beliau. Beliau kerugian beratus ribu dan segala barang di dalam rumah boleh di katakan "hangus" .


Tetapi beliau sentiasa redha atas segala masalah yang bertimpa-timpa pada keluarga beliau. Di saat beliau menghadapi masalah, beliau melihat keadaan sekeliling jiran tetangga beliau. Beliau ingin melihat bagaimana jiran beliau menerima takdir yang menimpa mereka semua. Ada satu ketika ketika azan zohor berkumandang, tidak ramai jiran-jiran beliau yang berjemaah di surau. Mereka sibuk dengan masalah yang di hadapi di rumah masing2. Bagi beliau, allah menurunkan bala banjir di kawasan beliau hanya kerana ingin melihat sejauh mana keimanan hambanya apabila berlaku malapetaka terhadap mereka. 


Adakah mereka mengingati allah di kala sedih ?

Adakah mereka redha dugaan yang di timpa mereka ?

Adakah mereka berdoa memohon pertolongan dari ALLAH ?

Adakah mereka sepenuhnya beriman di kala kesusahan ?

Adakah mereka beriman hanya di kala kesenangan ?


Jadi betul la apa yang allah sebut di dalam al-quran. 

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah 2:214)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-'Ankabuut 29:3)

(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

Mari kita perbetulkan diri. Perbetulkan di mana perbuatan kita yang harus kita perbetulkan. Jika kita banyak membazir air, seharusnya kita berubah. Lebih berjimat cermat. Menghargai kurniaan allah kepada hambanya. Bukan kah membazir itu amalan syaitan ?

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Ar-Ruum 30:41)


Dalam walau keadaan apa sahaja, kita jangan la lupa akan allah swt. Walaupun dalam keadaan kita kaya atau miskin. Walau dalam keadaan kita senang atau susah.


Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (Az-Zumar 39:49)Katakanlah lagi: 


"Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?". (Al-Mulk 67:30)

No comments: