Salam,
Kalau tak silap aku, hari ni masuk hari kelima operasi mencari kehilangan pesawat MH370. Banyak bantuan yang datang dari luar negara membantu dalam operasi ini. Tetapi kecanggihan alatan dan ketinggian sains masih tidak dapat mengesan dan masih buntu mencari di mana pesawat MH370. Aku sebagai rakyat malaysia hanya mampu berdoa pada ALLAH supaya segala operasi yang di lakukan dan di usahakan di permudahkan.
Itu saja doaku untuk mereka yang terlibat secara langsung.
Sambil menunggu perkembangan terkini operasi #MH370 , kita di sajikan dengan gelagat rakyat malaysia response tentang issue ini. Ada yang komen tak guna akal. Ada yang komen nak buat lawak. Ada yang komen konspirasi. Ada yang komen mengaitkan dengan kes politik dan sebagainya.
Jadi apa yang aku cuba fikirkan ?
1. Kuasa ALLAH swt.
Aku dapat rasakan Allah ingin menunjukkan kepada mereka yang berakal bahawasanya kecanggihan sains dan teknologi yang kita cipta tidak mampu menandingi kekuasaan ALLAH swt yang meliputi langit dan bumi. Kita agaknya secara tidak langsung mengagungkan ciptaan sains dan teknologi buatan manusia tetapi kita alpa dan lupa akan kekuasaan ALLAH swt. Kita lalai dalam kehidupan seharian kita betapa besarnya kekuasaan allah pada hambanya.
2. Ujian terhadap rakyat Malaysia. Terutama umat islam.
Aku dapat rasakan ini sebagai tanda atau ingatan ALLAH pada umat islam malaysia. Adakah kita umat islam sudah jauh menyimpang dari ajaran islam. Atau banyak sudah kerosakan yang umat islam lakukan di bumi malaysia ini. Bergaduh sesama sendiri dan tidak bersatu padu. Nikmat keamanan dan kesejahteraan yang allah beri pada negara ini tidak di jaga dengan betul. Islam hanya atas nama tetapi jiwa dan roh islam tiada dalam diri. Bercakaran sesama sendiri yang dalam hal politik dan sebagainya.
Tidak kita sedar bahawa kita adalah negara yang di beri allah nikmat yang terlalu banyak. Masih kah kita lalai? Masih kah kita tidak bersyukur ? Kita tidak di landa masalah yang besar sehingga kita menderita dan merana. Kita hidup dalam pelbagai kaum tetapi sekarang lihat sendiri bagaimana islam itu di permainkan oleh orang bukan islam. Kita seperti di cucuk hidung oleh mereka hanya kerana ingin mengekalkan kuasa.
Kita negara islam. Di iktiraf sebagai negara islam yang semakin maju. Tetapi adalah kemajuan itu seiring dengan jiwa islam yang di serap di dalam setiap umat islam di malaysia ini ? Cuba lihat keliling kita contoh2 yang mudah yang membuat kita berfikir, apa sudah jadi dengan umat islam di negara ini ?
Cuba kita lihat golongan alim ulama, dari satu sudut mereka membawa mesej kebenaran berdasarkan al-quran dan hadis tetapi adakah umat islam ini dapat di satukan dengan satu persamaan atau satu perbezaan. Apabila perbezaan itu wujud, akan jadi lah balas membalas secara terbuka dan akan mewujudkan percakaran antara penyokong. Adakah kita berbangga apabila kita bercakaran hanya kerana ingin menyokong satu pihak sahaja dan menolak pandangan yang satu lagi ? Jadi bukan hendak menyalahkan alim ulama, tetapi mungkin cara dan gaya penerangan mestilah menuju kearah perpaduan dan bukan boleh bawa percakaran.
Cuba lihat bagaimana umat islam menyelesaikan isu agama islam tu sendiri. Hudud/Nama ALLAH. Lihat bagaimana umat islam menyelesaikan masalah tersebut. Adakah masalah itu sudah selesai ?
Cuba lihat umat islam sekarang. Adakah memenuhi masjid setiap kali solat fardhu ? Atau hanya pada hari jumaat sahaja masjid penuh. Atau bila kedatangan penceramah agama yang popular baru penuh satu masjid sampai luar, tetapi bila solat subuh, hanya satu saf sahaja yang ada itupun tak penuh. Jadi di mana kefahaman islam itu di semai dalam jiwa umat islam ? Adakah mereka hanya mengikutinya di sebabkan ikutan orang atau dengan niat ikhlas kerana ALLAH ? Bukan aku nak perlekehkan tetapi ini terjadi depan mata.
Aku khuatir apabila ALLAH menarik nikmat yang di berikan kepada kita semua. Banyak musibah dan masalah akan berlaku. Sudah bertahun-tahun kita hidup aman. Apa akan jadi nikmat tersebut allah tarik di bumi malaysia ini.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (Ar-Rahmaan 55:13)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (Ar-Rahmaan 55:13)
Aku ingin mula dengan diri aku dulu. Aku hanya ingin menyatakan pandangan dan sedikit sebanyak kalau ia dapat membantu umat islam untuk sedar dan berpijak pada bumi yang nyata.
Dengan kejadian MH370 ini, ini akan membuka minda kita yang di beri allah untuk berfikir lebih jauh agar kita tidak lalai dan jauh tersimpang.
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)
No comments:
Post a Comment