Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Sunday, March 9, 2014

MH370 : Semoga Allah permudahkan mereka




Salam,

Kejadian kehilangan pesawat MAS yang dalam penerbangan ke China hilang dan gagal di kesan mengejutkan ramai rakyat malaysia. Kejadian malapetaka yang melibatkan kapal terbang dan MAS amat jarang sangat berlaku. Ia sesuatu kenyataan dan kejadian yang sukar di terima dan dipercayai oleh rakyat malaysia. Kita selalu di hidangkan dengan malapetaka pesawat dari luar negara. Sekarang ia berlaku kepada penerbangan MAS milik Malaysia.

Sekarang ini masih lagi berlaku operasi mencari di mana pesawat tersebut berada. Banyak berita dan spekulasi yang berlegar di media sosial. Sedangkan aku pun tidak tahu yang mana sahih atau palsu.

Terdapat juga komen-komen yang berbaur tidak sehat. Yang cuba di kaitkan dengan politik semasa negara ini, ada yang komen melibatkan sensitiviti agama lain. Padahal itu semua tiada kena mengena langsung dengan kejadian MH370 ini.

Mari kita berdoa dan memohon pertolongan dari ALLAH supaya segala operasi mencari dan menyelamat akan membawa sesuatu berita yang melegakan. Hanya pada ALLAH kita mohon pertolongan dan tawakal. Kita hanya berusaha dan berdoa.

Kepada keluarga mangsa yang terlibat. Semoga tabah dan redha. Sesungguhnya ia ujian ALLAH kepada hambanya. Menguji tahap keimanan dan keredhaan hambanya. Semua benda hidup akan mati jua. Yang hidup kena teruskan hidup.


Sesuai dengan ayat firman ALLAH di bawah. Allah maha berkuasa. Dia yang maha mengetahui. 


Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;

Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.

Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -

Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.

No comments: