Salam,
Gambar di atas adalah kereta impian aku jika aku decide nak tukar kereta. Kia optima k5 2014. Entah macam mana kereta ni menjadi idaman aku, menjadi wish list aku. Dulu sebelum kia optima k5 ni muncul, aku target nak tukar kereta toyota wish atau honda stream atau mitsubishi lancer. Tapi kia optima ni lagi menarik perhatian aku.
Kenapa aku minat kereta kia optima k5 nie? Entah la. Tapi design dia menarik minat dan perhatian aku. Harga kia optima k5 nie? RM149,888. Phewwww berpeluh beb nak keluar duit downpayment dan bayar bulanannya.
Tapi impian jadi impian sahaja. Bukan tak mampu nak bayar ansuran bulanan RM1400++ (kalau downpayment di bayar minimum) tapi belum ada keperluan nak tukar kereta sedangkan kereta sekarang masih elok dan belum mendatangkan masalah besar pada aku. Aku bezakan keperluan dan kehendak dan di dapati kehendak melebihi keperluan. Alhamdulillah aku tak beli atau tak plan nak beli kereta ini. Sekadar jadi penonton di jalan raya la nanti.
Rasa menyesal tak tukar kereta ? Takde rasa menyesal cuma tak dapat rasa nak bawak dan merasai kehebatan kia optima k5 ni. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Harap-harap kia optima k5 ni di jadikan teksi di bandar kuala lumpur. Boleh la rasa naik jugak nanti. Kekekeke.
Ok chow.
No comments:
Post a Comment