Terkejut. Saya tnya balik" kenapa tnya mcm tu?".
He said "org tak mcm org lain. Org lain kerja bagus,kerja krjaan,gaji tetap. Org tak. Kdg2 org tak bole beli apa yg syg nak."
Dalam hati kecilku berkata 'Sbb awk tak mcm org lain la saya kawin dgn awk. Klu sama mcm org lain,kawin dgn org lain la.'
Oh suami, kalau nak ikutkan nafsu duniaku,mmg takkan cukup. Bagi la 2.6 bilion skali pun,mmg tak cukup. Duit ni mcm 'success'. Duit tak pnh cukup. Success pun tak pnh cukup. Dah byk duit tp nak lebih. Mcm success jugak,dah ckup brjaya tp nak LEBIH berjaya dr smlm. Takkan pnah puas.
Suami,ada org yg usaha bpuluh tahun n dah brjaya pun di mata kita tp dia masih lagi kuat kerja n rajin usaha mcm tak cukup makan. Kita ni masih setahun jagung. Baru nak mula hidup sama2. Bulan ni genap 2 tahun company kita scara rasmi. Baru 2 tahun. Budak 2 tahun kalau berlari pun still jatuh2 lagi. Saba ye syg. Yg penting usaha dan sabar dgn rezeki Tuhan. Saya tau mcm2 kerja awak buat utk saya๐
Jgn risau pasal saya,rezeki Tuhan tu luas. Bukan dr segi harta bnda yg mahal2 je. Dpt suami mcm awak pun satu rezeki. Dpt family n kwn2 yg super supportive pun dikira rezeki. Kita di kelilingi dgn org yg baik2,yg tak pnh amik kesempatan kt kita. Dan InsyaAllah kalau bkn dr harta,Tuhan kurniakan kita dgn anak2 yg sng dijaga n dgr cakap. Umur org tua kita yg pnjang. Tu pun rezeki.
Saya bukan anak manja. Saya di ajar utk usaha dan sabar utk dptkan sesuatu. Bkn minta dan terus dapat. Teruskan usaha syg. Jgn risau,bila dah penat usaha,balik je rumah. Sebab saya tak pegi mana pun,sntiasa ada utk awak. Sntiasa ada dlm rumah awak. Takkan lari
No comments:
Post a Comment