Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Wednesday, September 2, 2015

Pakcik tua dan anak-anak pandai.


Pakcik tua dan anak-anak pandai.

Petang tadi jumpa seorang lelaki tua di luar kaunter zakat yang telah ditutup. Aku berborak-borak dengan beliau sementara menunggu anaknya sampai.

Terkesan dengan kata-katanya.

"Anak ramai pandai-pandaipun kadangkala tak membantu juga. Kadangkala anak yang tak pandai tulah yang paling membantu mak bapa bila dah tua.

Anak pakcik semua 6 orang belajar universiti kecuali seorang. 3 orang belajar luar negara. 2 orang dari mereka memang menetap kat luar negara bersama keluarganya sampai sekarang.

Tapi anak yang seorang tu lah yang menjaga pakcik ngan makcik. Anak lain semua duduk jauh-jauh. Berkerjaya dan selalu sibuk.

Anak sorang itulah yang bawa ke klinik bila pakcik sakit. Boleh diharap membantu di rumah. Kemas rumah, tolong tukar tong gas, beli barang. Tolong drive ke sana sini.

Nak kata anak-anak lain membantu kewanganpun tidak juga. Kalau tak, takdelah pakcik kena minta zakat camni.."

Panjang lagi keluhan beliau sebenarnya. Tapi cukuplah setakat itu untuk renungan kita bersama.
Sesuatu yang boleh kita semua fikirkan bersama.

No comments: