Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Saturday, May 10, 2014

Kelebihan menyimpan emas dari wang kertas secara ringkas.

Amalkan satu dinar untuk setiap 4 bulan pun OK. Mulakan dari sekarang. Tidak rugi beli emas dan simpan emas. Ia masih bernilai. Kalau nasib baik harga emas dunia naik, anda boleh dapat untung.
Kalau beli handphone harga RM2000 boleh ini kan emas. Sedangkan handphone tu makin lama makin jatuh harga.


Salam,

Bila kita di nasihati untuk tukar wang kertas kepada emas bukan bererti kita suruh anda tukar semua wang simpanan anda kepada emas. Itu bermakna anda cuba mencari masalah dan bukan menyelesaikan masalah. Saya selalu menasihati kawan-kawan agar menukar wang kertas kepada emas tetapi menggunakan duit yang tak pakai selama setahun atau guna sejumlah wang simpanan di antara 10%-30% sahaja dari jumlah wang simpanan.

Sebagai contoh dalam bank ASB ada wang simpanan RM50,000. Katakan kalau anda masih kurang yakin untuk beli emas, anda boleh keluarkan RM5000 iaitu 10% dari RM50,000 tu beli emas. Ataupun kalau masih lagi takut atau tak percaya, keluarkan RM600 untuk 1 dinar (harga semasa sekarang). Bila dah beli simpan sahaja. Percaya atau tak lama kelamaan anda akan rasa tertarik dengan sendiri beli emas lagi dan tambah simpanan lagi.

Terpulang kepada anda sebenarnya. Saya hanya menjalankan tanggungjawab untuk menyedarkan saudara islam kita tentang kepentingan menyimpan emas di zaman ini dan akan datang. Kita tidak tahu apa akan jadi pada ekonomi malaysia dan dunia akan datang. Kita tidak tahu wang kertas kita ni masih bernilai atau tidak. Tapi yang pasti emas itu akan bernilai sepanjang zaman. 

Kalau masih kurang percaya kelebihan beli emas,  apa beza emas zaman nabi dahulu dan zaman sekarang. Beza dia takde sebab ia kekal sebagai emas. Emas yang bernilai sepanjang zaman.

Di bawah adalah secara ringkas nya kepentingan menyimpan emas dari wang kertas. Tepuk dada dan tanya selera anda yea.

1. Wang kertas akan susut nilai untuk jangka masa panjang.
- Apa maksud susut nilai ? Maksudnya kita memerlukan banyak wang untuk membeli sesuatu barang pada kuantiti yang sama.
- Sebagai contoh, tahun 1990 , kita beli roti canai dengan hara RM0.60. Tapi sekarang 2014 untuk kuantiti roti canai yang sama kita perlu bayar RM1.50. Jadi kita memerlukan wang yang bertambah tetapi kita dapat kuantiti yang sama.

2. Wang kertas mengalami inflasi.
- Kalau kita selalu beli barang, makin lama harga barang akan meningkat. Bila meningkat kita memerlukan duit yang banyak tetapi kita dapat barang pada kuantiti yang sama. 

3. Wang kertas boleh di cetak sesuka hati.
- Wang kertas boleh di cetak sesuka hati tanpa berdasarkan sesuatu. Sesebuah kerajaan boleh mencetak wang kertas sebanyak yang mungkin dan menyebabkan wang tersebut melambak di pasaran dan menyebabkan nilai wang makin susut.

4. Wang kertas mudah terbakar.
- Walaupun alasan nampak mudah tetapi realitinya memang duit kertas itu mudah di jilat api dan tak laku. Cuba dalam rumah kita ada emas dan wang kertas. Yang mana masih bernilai selepas terbakar.

Tidak di nafikan memang pada zaman ini wang kertas kita perlu ada tetapi cukuplah untuk sebagai medium penukaran beli barang on the spot dan bukan untuk simpanan jangka masa panjang.

No comments: