Salam,
Ini pertama kali aku datang taman tasik taiping. Tengok gambar taman tasik taiping ni, sungguh cantik dan aman je suasana sini. Sebelum ini aku pernah datang di taiping, aku pergi safari night kat zoo taiping. Pergi waktu malam. Aku tak tahu la plak masa tu ada tasik yang begitu cantik dekat taiping nie. Selepas aku jadi wedding photographer, aku follow facebook dan instagram photographer lain. Dia orang pernah shoot kat sini. Memang cantik la pokok-pokok nie.
Subhanaallah !! Indah ciptaan Allah swt.
Aku datang taiping waktu ni ade majlis kenduri kahwin kawan isteri. So selepas datang hadiri majlis kahwin kawan isteri tu, aku plan datang taman tasik ni. Malas nak balik awal sebab esoknya bukannya kerja. Walaupun aku datang taiping balik hari sahaja tapi ada sedikit masa untuk aku singgah taman tasik nie.
Kat taman tasik taiping ni selain ada tasik, ada jugak tempat makan. Hotel untuk menginap pun ada di sini. Tak ingat pulak nama hotel tetapi korang boleh google la. Sini ada juga permainan air yang "ringan-ringan". Takde la jet ski air dan sewaktu dengannya. Food court pun ada. Mcdonald pun ada. Sini ada tandas awam. Free je tandas awam tu. Tapi kalau korang nak bayar pun boleh. Ada di sediakan tabung. Elok juga untuk berjogging di waktu pagi dan petang.
Masa ni air tasik kelihatan macam kurang. Mungkin musim kemarau agaknya taiping nie. Selalunya hujung pangkal pokok tu hampir mencecah air tasik tapi ni tidak. Nampak pulak kesan air kering kat sekeliling tasik.
Selain dari aktiviti sehat, ada jugak aktiviti tak sehat di dalam taman tasik taiping nie. Pasangan melayu islam yang berdua-duaan walaupun dalam kawasan terbuka. Memang terbuka tapi melepak berdua-dua di bawah pokok. Memadu kasih sesama mereka. Aksi ringan-ringan tak pasti la pulak kan. Aku nampak dari jauh. Takkan nak skodeng plak. Kikiki. Aku citer ni bukan untuk buat promotion port untuk memadu kasih tetapi jangan lah jadikan taman tasik ni sarang maksiat. Elok la kahwin. Kalau takde duit, nikah sahaja dulu. Kalau belum bersedia, jangan la bercouple. Kan mudah.
Aku tak pusing satu taman tasik ni, besar sungguh luasnya. Tak larat nak pusing satu tasik nie. Ade tempat sewa basikal. Isteri aku nak sewa basikal tapi aku tak bawak baju lebih. Takut berpeluh kang payah plak. Berbau mashem nanti.
Kalau korang ada masa singgah la taman tasik taiping nie. Zoo taiping pun dekat dengan taman tasik taiping nie. Memang tempat yang merilek kan. Kalau datang pada hujung minggu, mungkin korang boleh tengok banyaknya pengantin buat outdoor photofraphy kat taman tasik ni. Hehehe.
Hayati firman Allah swt nie.
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. "
(Al-Baqarah 2:164)
1 comment:
Huyoooo... pokok2 tu kalau shoot outdoor tu mesti smart tuuuu... :D
Post a Comment