Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Friday, May 9, 2014

Keberkatan pendapatan

Salam,

Sesiapa yang bekerja mesti akan dapat hasilnya. Hasilnya ada yang berbentuk pendapatan. Iaitu duit. Kadang-kadang kita berasa cemburu dengan rakan apabila rakan kita tu mempunyai pendapatan yang lumayan. Setiap bulan pasti pendapatan dia 4-5 angka. Yang kita nie pendapatan 3-4 angka sahaja. Itu pun cukup-cukup makan. Yang paling teruk ada orang yang pendapatan tak cukup buat kerja part time yang menyalahi undang-undang atau menyalahi undang-undang agama. Dah la tak cukup duit tapi cari duit tambahan masih buat kerja-kerja yang di larang oleh ALLAH.

Aku ada dua orang kawan. Sorang tidak lah kaya yang aku gelarkan "A". Yang sorang lagi tu tak la kaya tetapi beliau sedang menuju kekayaan dan aku gelarkan "B". Si "A" ni walaupun tidak kaya tetapi dengan hasil pendapatan yang tidak seberapa masih hidup bahagia. Memang di ikutkan tidak cukup dengan perbelanjaan diri dan keluarga. Tetapi setiap bulan ALLAH sentiasa "cukupkan" segala keperluan dia sekeluarga.

Kawan aku si "B" nie, memang lah seorang yang baik cuma cara dia mencari duit itu mempunyai unsur-unsur yang boleh menyebabkan pendapatan dia tiada keberkatan. Duit memang banyak hasil daripada projek sana-sini. Kalau di hitung boleh tak payah kerja selama 20 tahun. Pendapatan tu masih boleh tanggung anak bini. Tetapi sayang kerana walaupun duit dia banyak. Tiada kebahagiaan pada dirinya. Selalu sakit. Kadang-kadang nampak kemurungan. Berkejar sana sini cari projek tetapi bila gagal mula lah menyalahkan diri dan orang lain. Boleh di simpulkan tiada kebahagiaan pada dirinya. Ada juga bila dia bekerja suka menipu. Kadang-kadang dengan aku sekali menipu.

Sebenarnya keberkatan pendapatan itu penting. Tak kira banyak atau sikit. Kerana dengan keberkatan itu, ia akan di kaitkan dengan persekitaran kita seperti keluarga, kesihatan diri dan hubungan dengan ALLAH swt. Sentiasa syukur atas segala pemberian yang allah kurniakan.

Siapa sangka akan rezeki yang akan ALLAH beri nanti. Dalam al quran allah dah nyatakan


Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaaq 65:3)


Jadi kalau kita rasa pendapatan kita sikit dan tak cukup jangan la bersedih. Yang penting tambah lah keimanan kepada ALLAH untuk bekalan kita di akhirat kelak. Biar ALLAH yang menentukan rezeki kita di muka bumi ini. Biar lah rezeki itu berkat.

No comments: