Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Sunday, March 9, 2014

MH370 : Semoga Allah permudahkan mereka




Salam,

Kejadian kehilangan pesawat MAS yang dalam penerbangan ke China hilang dan gagal di kesan mengejutkan ramai rakyat malaysia. Kejadian malapetaka yang melibatkan kapal terbang dan MAS amat jarang sangat berlaku. Ia sesuatu kenyataan dan kejadian yang sukar di terima dan dipercayai oleh rakyat malaysia. Kita selalu di hidangkan dengan malapetaka pesawat dari luar negara. Sekarang ia berlaku kepada penerbangan MAS milik Malaysia.

Sekarang ini masih lagi berlaku operasi mencari di mana pesawat tersebut berada. Banyak berita dan spekulasi yang berlegar di media sosial. Sedangkan aku pun tidak tahu yang mana sahih atau palsu.

Terdapat juga komen-komen yang berbaur tidak sehat. Yang cuba di kaitkan dengan politik semasa negara ini, ada yang komen melibatkan sensitiviti agama lain. Padahal itu semua tiada kena mengena langsung dengan kejadian MH370 ini.

Mari kita berdoa dan memohon pertolongan dari ALLAH supaya segala operasi mencari dan menyelamat akan membawa sesuatu berita yang melegakan. Hanya pada ALLAH kita mohon pertolongan dan tawakal. Kita hanya berusaha dan berdoa.

Kepada keluarga mangsa yang terlibat. Semoga tabah dan redha. Sesungguhnya ia ujian ALLAH kepada hambanya. Menguji tahap keimanan dan keredhaan hambanya. Semua benda hidup akan mati jua. Yang hidup kena teruskan hidup.


Sesuai dengan ayat firman ALLAH di bawah. Allah maha berkuasa. Dia yang maha mengetahui. 


Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;

Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.

Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -

Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.

Saturday, March 8, 2014

Dah beli tiket filem 300: Rise of an empire. Adakah kesinambungannya sehebat filem 300 part 1 ?

Salam,

Semalam sempat booked dan beli tiket wayang filem 300 Rise Of Empire. Beli guna GSC application mobile. Terus booked dan terus bayar. Aku amik pukul 5 petang kat mid valley. Tak sabar nak tengok kesinambungan filem ini. 

Filem 300 keluaran filem awal dulu memang best. Aku rasa dah 20 kali aku ulang filem yang pertama dulu.

Harap filem kedua 300 ini tidak mengecewakan. Tapi dengar suara-suara kat luar macam kurang best berbanding filem 300 yang dahulu.

Takpe lah asalkan dapat tengok filem ni. Boleh la dating dengan isteri esok. Hehehe.



Friday, March 7, 2014

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim.

Akhirnya anwar ibrahim bakal di penjarakan. Anwar ibrahim bersalah dalam kes rayuannya hari ini. Anwar akan di penjarakan selama 5 tahun. Ini kes liwat kali kedua anwar di tuduh meliwat.

Dulu aku penyokong kuat anwar. Zaman reformasi tahun 1998. Masa tu aku belajar di universiti. Biasa lah darah muda dan mempercayai kata-kata anwar. Tetapi aku sekarang bukan penyokong kuat dia dan bukan juga anti dia. Cuma aku dah "tawar" hati dengan dia. Kerana apa ? Tak guna aku ceritakan di sini. Baik aku simpan untuk pengetahuan aku sendiri.

Bagi aku, anwar ibrahim sepatutnya berundur dari politik sejak dia di bebaskan dari penjara dari kes liwat pertama beliau. Kenapa aku rasa begitu ?

Bagi aku jika seseorang di katakan di iniaya oleh orang lain, lebih baik kita berserah pada Allah swt. Bukan kah jika kita rasa kita telah di iniaya, kita patut bersyukur kerana kita ada "bekalan" yang sungguh besar untuk kita di hadapkan kepada ALLAH swt nanti ?

Mungkin bagi anwar, beliau ingin "membalas dendam" di sebabkan dia rasa tidak bersalah. Tetapi dalam hal ini, hanya ALLAH dan anwar dan mangsa sahaja yang tahu. 

Aku sebagai orang luar dan penyokong masa tu hanya mempercayai kata-katanya walaupun aku tak percaya tuduhan anwar. Masa tu kita taksub. Dan sekarang bukan aku kata memang anwar buat liwat tu, tapi aku takde hak untuk menyata sokongan atau tidak kerana aku tidak ada bukti.

Bagi aku umur anwar pun dah lanjut. Aku rasa lebih baik dia menghabiskan sisa hidup dia dengan keluarga dan beribadah kepada ALLAH. Kes dia dianiaya dan di tuduh kita serahkan pada ALLAH.

Jika ia berlaku pada aku, aku akan rasa bersyukur kerana semua tuduhan aku itu fitnah. Aku ada "bekalan" untuk aku tuntut di akhirat kelak.

Aku senyum.

Cuma dengan kes saiful bukhari ni kenapa anwar tidak mengambil pengajaran dari kes pertama liwat dia. Sekiranya dia takut di fitnah atau di konspirasi, mengapa dia tidak menyuruh ahli keluarganya mengikut/menemani sahaja kemana dia pergi dan mengelakkan beliau di tuduh berdua-duaan dengan lelaki lain ? Bukan kah pengalaman pertama mengajar kita supaya lebih berjaga dengan musuh ???? 


Aku berfikir sejenak.


Okbai.


Thursday, March 6, 2014

Nasihat Rasulullah saw untuk sakit demam

Salam,

Aku sejak 2 hari lepas tak berapa sehat. Rasa nak demam dan badan terlalu letih. Nak buat kerja pun susah. Hari ni dah mula selesema. Selesema ni adalah salah satu tanda nak demam jugak. Cuma belum sakit tekak lagi. Kalau dah sakit tekak for sure demam pasti konfirm datang.

Tapi aku rasa demam aku ni punca dia adalah kepenatan. Dari last two weeks aku kurang rehat. Hujung minggu sibuk dengan job part time aku mengambil gambar kahwin. Esok dan lusa pun aku ada amik gambar kahwin. Cuma hari ahad ni sahaja ada sehari aku nak berehat.

Nak tahu apa nasihat Rasulullah saw tentang penyakit demam ? Mungkin ada yang sudah tahu dan belum tahu. Tapi aku nak share jugak la.


Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)

Jadi selain ubat demam seperti panadol dan sebagainya. Guna lah air. Basahkan kepala dengan air. Sentiasa letak kain atau tawel basah kat dahi. Minum air kosong sekerap yang mungkin. Rumusan dia, jangan di abaikan khasiat air kosong dan air biasa. Basahkan badan secara kerap. Ada juga petua orang tua minum air kelapa. Sejukkan anggota dalam badan.

Walaupun penat dan letih, aku gagahkan jugak nak siapkan kerja aku. Project banyak nak kena close kan. Kalau tak di setlekan banyak lagi kerja tertangguh nanti. Selagi hidup selagi itu kerja-kerja.

Cuaca sekarang pun panas dan kering. Kena banyakkan minum air. Badan kalau kurang air bahaya. Dengan jerebu lagi. Yang peliknya dalam keadaan cuaca kering macam nie, masih ada lagi yang buat pembakaran terbuka pulak. Aku tak tahu la fikiran diaorang ni letak kat mana ? Penting kan diri sendiri betul.

Ada satu hari aku pergi kerja luar kat pelabuhan kelang. Ikut jalan KESAS. Sepanjang jalan, jerebu amat lah teruk. Aku tak pasti macam mana orang-orang yang bekerja di tempat terbuka. Nasib aku baik sikit sebab kerja dalam air-cond. Kalau la aku kerja kat tempat terbuka, memang setiap minggu aku akan medical leave kot. Hehehe.

Ada sekali kawan aku pergi bercuti kat langkawi. Dia upload gambar kawasan air terjun. Air terjun pun kering. Perghhhh penangan dengan musim cuaca kering. Agaknya macam mana la kalau dunia ini tanpa air. Hmmmmm.


al-Anbiyak ayat 30 Allah berfirman, "Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup." 

an-Nur ayat 45 Allah berfirman, "Allah mencipta kesemua jenis haiwan daripada air."

surah al-Anbiyak ayat 30 Allah berfirman, "Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup".


Daripada ayat al quran itu menunjukkan betapa pentingnya air dalam kehidupan.

Allah Maha Besar.



Wednesday, March 5, 2014

Tips memaksimumkan dan memenuhkan ASB

Salam,

Setiap rakyat malaysia bumiputera khasnya mesti ada akaun amanah saham bumiputera (ASB). Kalau takde memang pelik. Pelik bukannya apa, ASB ni adalah satu instrumen pelaburan yang berisiko rendah dan pulangan dia boleh tahan. Hehe. Jadi aku nak kongsikan tips nak memaksimumkan simpanan ASB.

Sebenarnya prinsip senang untuk memaksimumkan simpanan ASB adalah dengan menyimpan sebanyak mungkin setiap bulan dan setiap kali dividen dan bonus yang di umumkan jangan usik. Di biarkan sahaja ia membiak selama yang mungkin.

Ada juga tips untuk memaksimumkan akaun ASB dengan buat loan ASB. Kita boleh buat loan ASB semaksimum RM200K selama 25 tahun. Kita akan dapat dividen tahunan seolah-olah kita menyimpan RM200K dalam akaun. Dan dividen tersebut kita tak usik dan di biarkan sahaja dalam akaun.

Sebenarnya selain dari 2 tips di atas, yang penting kita kena ada ilmu. Ilmu yang membantu untuk menyusun strategi pelaburan ASB dan memaksimumkan akaun ASB kita tuh. Bagaimana nak dapat ilmu tu. Macam biasa kena ada internet. Macam aku, aku join group ASB di dalam facebook dan baca dalam forum. Bila kita join forum atau group ni secara automatik kita dapat membaca pengalaman mereka yang sudah buat pelbagai strategi untuk memaksimumkan akaun ASB kita.

Sila klik LINK berikut untuk ke laman group facebook amanah saham bumiputera




Dalam group ASB ni, banyak sungguh pandangan dan praktikal yang mereka dah buat dan apply. Ada saje idea dan kiraan yang boleh membuatkan kita rancang strategi menabung dan pelaburan kita dalam ASB.


Ada juga di bincangkan baik buruk dan pro and cons dalam strategi yang di bincangkan. Cuma kita sebagai pembaca kena lah pandai memilih dan berfikir dan bukan terima bulat-bulat apa yang mereka cadangkan. Kena la diri sendiri pandai timbang yang mana baik untuk di gunakan dan di praktikkan. Jangan sampai terduduk nanti.

Apa-apa pun yang penting untuk memenuhkan ASB korang adalah dengan menabung, disiplin dan ilmu. Insyaallah ASB tu akan penuh dan akan sedikit sebanyak membantu korang dalam keadaan kecemasan dan duit pencen korang jugak tu nanti. hehehe.

Selamat membaca !!