Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tuesday, September 1, 2015

"Menyesal tak kahwin dengan orang ? "



Brapa hari lepas,suami usap tgn saya pelan2 n tanya satu soalan. Dgn muka yg agak kesepian "Syg menyesal tak kawin dgn org?".

Terkejut. Saya tnya balik" kenapa tnya mcm tu?".

He said "org tak mcm org lain. Org lain kerja bagus,kerja krjaan,gaji tetap. Org tak. Kdg2 org tak bole beli apa yg syg nak."

Dalam hati kecilku berkata 'Sbb awk tak mcm org lain la saya kawin dgn awk. Klu sama mcm org lain,kawin dgn org lain la.'

Oh suami, kalau nak ikutkan nafsu duniaku,mmg takkan cukup. Bagi la 2.6 bilion skali pun,mmg tak cukup. Duit ni mcm 'success'. Duit tak pnh cukup. Success pun tak pnh cukup. Dah byk duit tp nak lebih. Mcm success jugak,dah ckup brjaya tp nak LEBIH berjaya dr smlm. Takkan pnah puas.

Suami,ada org yg usaha bpuluh tahun n dah brjaya pun di mata kita tp dia masih lagi kuat kerja n rajin usaha mcm tak cukup makan. Kita ni masih setahun jagung. Baru nak mula hidup sama2. Bulan ni genap 2 tahun company kita scara rasmi. Baru 2 tahun. Budak 2 tahun kalau berlari pun still jatuh2 lagi. Saba ye syg. Yg penting usaha dan sabar dgn rezeki Tuhan. Saya tau mcm2 kerja awak buat utk saya๐Ÿ˜˜

Jgn risau pasal saya,rezeki Tuhan tu luas. Bukan dr segi harta bnda yg mahal2 je. Dpt suami mcm awak pun satu rezeki. Dpt family n kwn2 yg super supportive pun dikira rezeki. Kita di kelilingi dgn org yg baik2,yg tak pnh amik kesempatan kt kita. Dan InsyaAllah kalau bkn dr harta,Tuhan kurniakan kita dgn anak2 yg sng dijaga n dgr cakap. Umur org tua kita yg pnjang. Tu pun rezeki.

Saya bukan anak manja. Saya di ajar utk usaha dan sabar utk dptkan sesuatu. Bkn minta dan terus dapat. Teruskan usaha syg. Jgn risau,bila dah penat usaha,balik je rumah. Sebab saya tak pegi mana pun,sntiasa ada utk awak. Sntiasa ada dlm rumah awak. Takkan lari

Tuesday, August 18, 2015

Emak dan ayah asyik pegang handphone sahaja.



Anak2 merungut...

"Abah ni asyik2 tengok telipon"..

Sepanjang hari saya sepasang suami isteri sibuk bekerja, anak2 semua di hantar pada pengasuh..

Balik sahaja ke rumah,waktu petang baru berjumpa dengan anak2. Time tu leh anak2 nk meragam dengan kita..

Masuk waktu malam macam2 yg anak2 inginkan dgn kita.. tp mak ayah asyik pengang hp.. maklum le semuanya ' smak phone' istilahnya.. bukan smart phone tp smak phone.. group whtsapp jgn cakaplah, penuh dlm tu. Dari group taman,group sekolah hingga group kerja.

Waktu malam je, whtsapp pun aktif le.. berbunyi x kira waktu... peluang untuk bersama anak2 seolah2 x ada.. anak2 nk bermanja, anak2 nk bermain dgn kita seolah2 tidak ada...adussss, pening2.

Group kerja pun satu hal juga, time tu le nk bg arahan itu dan ini, eh dh habis kerja tau..jika penting sgt2 call terus.. masa kat tempat kerja td x nk plan siap2 kerja yg nak...waktu mlm je baru nk berwhtsapp...

anak2 dan start komen... abah ni asyik2 tgk telepon... wah tersentap den...

Mula saat tu, saya mula plan untuk anak2, time malam je saya akan off data internet start pukul 0900 mlm dan akan buka semula 0800 pg esok..

Jika ada keperluan mendesak call terus ok...no whtsapp2..

Wah rasa aman...dapat penuhi hasrat anak2 tanpa gangguan... boleh pun..

Sebenarnya setiap perkara boleh di kawal oleh diri kita... secanggih mana pun teknologi ia tetap buatan manusia.

Monday, August 17, 2015

INGAT. ALLAH tidak menzalimi hambaNYA.

Itulah ayat-ayat keterangan Allah, kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar. Dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya.



Kasih sayang ALLAH pada hambaNYA sangat luas. Dengan sifat Ya Rahman dan Ya Rahim, sesungguhnya banyak NIKMAT yg di beri pada hambanYA.


Apabila hambaNYA di uji. Kita mula mengeluh dan putus asa. Kira rasakan yang ALLAH tidak adil sedangkan UJIAN dan MUSIBAH itu penghapus dosa dan mengangkat darjat bagi mereka yang sabar dan bersyukur.








Saturday, August 15, 2015

Kenapa putus asa kalau tak pandai baca quran? Ini kisahnya...



Curi2 candid gambar dia lagi..
Seusai sahur.
My Mr Hubby, saya kagumi you...

Asalnya dulu, Mr Hubby x pandai langsung mbaca Quran. Malah beliau x dapat pun mngenali sesetengah huruf di mukaddam.

Katanya masa kecil beliau x bkesempatan ke kelas ugama, or kelas mengaji, sbb sering kena tolong bapanya bniaga sayur di market.

Beliau sering bsedih & rasa rendah diri bila kami sefamily mbaca Yaasin. Beliau akn duduk jauh dr saya & anak2, mbaca seorang diri dgn sgt plahan..( hanya saya yg tahu ttg kkurgn itu, anak2 tidak tahu).

Dan beberapa tahun sudah, sebaik pulang umrah, Mr Hubby mmegang tgn saya, airmatanya bcucuran, dan dia bkata, mama i nak belajar mengaji. I dah cari ustaz datang rumah. I dah lama nak buat, tapi i malu kat u & anak2.. tapi now i nak lawan perasaan malu tu. I dah bdoa depan kaabah. I dah menangis minta dgn Allah, bagi lah i kekuatan unt i lawan rasa malu, dan pmudahknlah unt i, i nak sgt mbaca quran..

Saya ingat saya menangis mndgr itu. Saya peluk dia dan kata saya sgt bangga dgn dia, jgn ssekali malu unt bjuang mcari ilmu, apatah ilmu Allah.

Esoknya saya panggil anak2. Saya maklumkn hal itu. Saya explain supaya anak2 faham abah mereka tidak bnasib baik spt kita yg lain, yg bkesempatan ke kelas fardhu ain.
Saya minta anak2 bagi sokongan. Jgn ssekali pandang rendah & mmalukan abah. Dan Alhamdulillah, anak2 sgt mmahami..

Dan mulai esoknya, setiap hari, jam 7 pagi, seorang tahfiz muda, bermotosikal, datang ke rumah selama 1 jam mengajar Mr Hubby mengenali muqaddam, seterusnya Al Quran.

Dan mulai hari itu juga saya menyaksikan seorang ' pelajar' yg sgt bsemangat. Dia tidak pernah mahu ponteng. Malah jika cikgunya ada hal, tak dapat datang, Mr Hubby akan menghubunginya melalui talipun, dan akan belajar melalui talifon, begayut di talifon memperdengarkan bacaanya unt diperbetulkan, selama 1 jam !

Dan setiap waktu senggangnya, dia akan mengulangkaji pelajarannya, dan saya adalah cikgu ke dua yg akn mbantu mndengar & mbetulkan tajwidnya ( Alhamdulillah, saya 12 adik beradik masa kecil di ajar mengaji oleh ayah yg sgt garang. Bacaan Quran kami lengkap dgn ilmu tajwid. Ayah mngajar sambil pegang ranting asam jawa. By the time habis waktu mngaji, luruh semua daun asam jawa di libas ke badan kami. Kerana itu, sejak dr kecil pun saya dah boleh hafal seluruh Yaasin tanpa perlu merujuk buku unt mbacanya..)

Akhirnya, setelah 6 bulan bertungkus-lumus, Mr Hubby berjaya khatam Quran.

MasyaAllah, mulai saat itu, saya memiliki Mr Hubby yg baru. Yg hidupnya mula di selimuti ayat-ayat Quran. Bukan saja di rumah, malah di dlm kereta, hanya ayat2 Quran yg di pilih menemani dan mjadi halwa telinganya.

Saya sangat bersyukur. Saya di tunjukkan Allah kebesaranNya. Apabila Allah mahu mberi hidayah...,dan Mr Hubby adalah antara orang2 yg beruntung, yg dipilih Allah.

Alhamdulillah.

Berniaga tak cari untung banyak.



Kisah Kak Ros...
Kuih kat makcik ni masih 3 biji rm 1, saiz kuih pun besar, mcm kuih yg harga 40@50 sen kat kedai lain...
nasi lemak masih rm1, kalau ambik nasi lemak + telur mata harga baru rm1.50.
Dah lama dia berniaga sini setiap kali beli kat sini aku mesti tanya harga...walapun dah tau harganya...takut2 dia naikkan harga...
Alhamdulillah harga masih sama sejak dulu...
Dia belum datang bukak meja orang ramai dah tunggu,
kadang2 bila dia lewat sampai...customer yg tolong keluarkan barang2 dari kereta dia dan tolong set-upkan meja utk dia.
Dia berniaga pun tak lama...mula pkl 7.15 pagi- pkl 8.30 dah habis licin...
Lokasinya simpang masuk Taman Jasa Utama, Batu Caves.
Yg baju coklat belang2 tu suami dia...orangnya sentisa senyum dan ramah, dialek jawanya pekat...orang jawa Johor.
Kadang2 terfikir juga, kat mane relevannya berniaga mcm ni....mungkin dia berniaga lebih kepada bersedekah.
Semoga pakcik dan makcik ni boleh terus survive....
Benda yg baik apa salahnya aku sharekan smile emoticon
kalau nak oder, call makcik tu...namanya kak Ros 0169783197...(nama penuh bukan Rosmah)

Sekian dari aku
#orangjawaselangor