Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Wednesday, April 9, 2014

Kenapa kita mudah terpedaya dengan orang yang tidak di kenali di online ?


KUALA LUMPUR: “Saya tidak tahu nak kata apa apabila tahu wanita yang saya jatuh hati itu sebenarnya lelaki Afrika,” kata seorang lelaki yang kerugian lebih RM100,000 akibat terperangkap dalam sindiket cinta Internet atau ‘love scam’ didalangi warga Afrika.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azhar, 28, berkata, dia kini hanya mampu menangis selain menyesali kebodohan diri gara-gara kemaruk cinta terhadap wanita bernama Alina yang dikenali menerusi kiriman e-mel pada Julai tahun lalu.

“Dalam e-mel dikirimnya, Alina memberitahu, dia tinggal di United Kingdom (UK). Bapanya rakyat Malaysia manakala ibunya warga Eropah dan sekarang dia mahu datang ke negara ini untuk mencari keluarga bapanya.

“Dia turut memberi satu alamat yang kononnya alamat terakhir keluarga bapanya. Saya membuat pemeriksaan di Internet dan mendapati alamat itu wujud menyebabkan saya menyambut salam persahabatannya,” katanya, semalam.

Pada mulanya, Azhar yang juga seorang kakitangan awam sekadar mahu berkawan sebelum jatuh hati dengan cara wanita itu berkomunikasi dengannya selepas sebulan berkenalan.

"Menerusi e-mel, dia mengaku suka pada saya dan memberitahu ada menghantar jam dan buku sebagai tanda menghargai persahabatan yang mencecah sebulan.

"Tidak lama selepas itu, Alina menghantar satu lagi e-mel mengatakan dia ada memasukkan sejumlah wang dalam bungkusan itu tetapi tidak diisytiharkan menyebabkan ia ditahan pihak kastam," katanya.

Menurutnya, seorang lelaki kemudian menghubunginya mengaku sebagai ajen kurier tidak lama selepas dia memberikan nombor telefon kepada Alina untuk menyelesaikan masalah itu.

"Ejen kurier itu meminta saya membuat pembayaran RM3,800 bagi pelepasan kastam dan sijil bebas cukai.

"Atas alasan duit tidak isytiharkan, ada lelaki mengaku pegawai kastam menghubungi saya meminta bayaran RM50, 000. Saya memasukkan RM25, 000 masing-masing pada dua akaun nama tempatan yang berbeza untuk itu.

"Tidak lama selepas itu, saya diminta sekali lagi membuat pembayaran RM5, 000 kononnya untuk beli sijil antipenggubahan wang haram," katanya.

Pelik kerana kerap dihubungi beberapa individu tempatan yang mahu dia membuat pelbagai pembayaran, Azhar berkata, dia mula mencurigai Alina dan menulis e-mel meminta bertemu dan meminta semula wangnya.

"Dia bersetuju membayar semula semua wang saya dan meminta bertemu dengannya di sebuah hotel di sini, selepas mengaku sudah sampai di Malaysia.

"Bagaimanapun Alina tidak muncul, tetapi yang datang ialah dua lelaki warga Afrika yang mengaku sebagai rakannya. Mereka berjanji membayar semula kerugian saya.

"Pada masa sama, mereka membuat demonstrasi 'mencuci' kertas kosong menjadi wang menggunakan sejenis bahan kimia dan saya terpegun apabila melihat bagaimana kertas biasa bertukar menjadi wang," katanya.

Azhar berminat membeli cecair kimia itu dan dua lelaki terbabit memintanya RM5, 000 sebagai pendahuluan.

"Saya memasukkan pula wang RM38, 000 ke sebuah akaun bank," katanya.

Menurutnya, dia hanya tersedar diperdaya selepas bahan kimia yang dibelinya tidak dihantar pada September lalu.

Sunday, April 6, 2014

Tempat makan menarik di Bintulu, Serawak

Salam,

Alhamdulillah aku dah menjejaki kaki di kuala lumpur semalam. Perjalanan yang selamat dan tiada masalah. Syukur pada yang maha esa. Ini aku nak ceritakan kisah apa yang aku makan dekat tempat menarik bintulu ni. Sebenarnya aku tak berkesempatan nak cari lokasi menarik port makan kat bintulu ni kerana aku bz kerja sampai malam. So lepas balik kerja dah lewat. Tempat makan menarik kat bintulu ni kebanyakkan tutup pukul 10 malam. So memang takde masa sangat la nak cari tempat makan menarik kat bintulu ni.




Cuma ada beberapa kedai kawan sepejabat bawak. Iaitu satu kedai ni dekat kawasan perumahan. Sup kawah. Alahai memang sedap. Aku tak tahu mana lokasi ni, sebab kat kawasan itu line internet maxis memang enam jahanam. Poor sungguh. Tetapi dua hari berturut-turut aku dan kawan sepejabat makan kat situ. Marveles !!!!. Gambar pun memang tak dapat nak amik sebab kelaparan menguasai diri dari amik gambar makanan. Hehehe.

Tapi kalau korang sampai bintulu tanya la orang sana kot. Nama dia sup kawah. Buka antara 7malam sampai 11 malam je. Memang lain kan. Bukak kejap je. Sup kawah tu mcm biasa korang makan dengan nasi ke, mee ke or beehoon ke. Ada banyak menu. Hari kedai sup kawah ni tutup aku tak pasti plak.

Hari terakhir aku kat bintulu. Member opis bawak makan pagi kat satu kedai yang agak jauh skit dari tempat hotel aku menginap. Nama kedai aku lupa. Hahaha. Selalu pagi kitaorang sarapan kat kedai sebelah hotel tu je. Makan roi canai telur yang biasa-biasa sajer. Kat bawah ni ada gambar makanan yang kita orang order. Aku belasah mee sup special dan nasi lemak daging. Member aku makan roti canai upm. Semuanya sedap. Berbaloi baloi . hehehehe.





Jadi aku takde la banyak info sangat lokasi menarik tempat makan kat bintulu. Itu sahaja yang aku mampu kongsikan. Masa membataskan aku untuk mencari lokasi menarik tempat makan dekat bintulu.

Okbai.





Friday, April 4, 2014

Tempat menarik di Bintulu, Serawak

Salam,

Aku akan berada di bintulu serawak selama seminggu. Bila dah ada peluang pergi Bintulu Serawak nak jugak tahu tempat-tempat menarik di bintulu yang boleh di lawat dan terjah. Selain dari tempat menarik untuk di lawat, nak tahu jugak tempat-tempat makan menarik di sana. Mana la tahu kalau ada masa selepas kerja nanti, ada masa nak pergi berjalan-jalan atau cuci-cuci mata kat bintulu nanti. Hehehe.

Pergi bintulu serawak selama seminggu tu adalah urusan kerja. Jadi kalau berkesempatan nak jugak ronda-ronda sekitar bintulu. Itu pun kalau ada masa la kan. Tapi kalau kerja sampai malam, memang la tak dapat nak meronda-ronda.

Ini first time aku pergi serawak dan bintulu. Jadi agak teruja walaupun pergi sana atas kapasiti kerja. Tetapi alang-alang akan sampai sana selama seminggu, why not aku ambil kesempatan jalan-jalan kan. If ada masa dan keadaan mengizinkan boleh la jalan-jalan nanti. Yang penting tugasan perlu di bereskan.


Kalau la dapat jumpa pantai macam nie. Memang syok.
Menyenangkan dan menenangkan.
Kan best kalau di kuala lumpur itu ada pantai yang real. Bukan pantai dalam.
Hahaha.

Thursday, April 3, 2014

Masalah dan ujian yang sungguh berat. Berdaya kah kita ?





Tuesday, April 1, 2014

Berhutang dengan bank sebab nak kahwin

Salam,

Dua minggu lepas dalam channel astro oasis, ada satu rancangan "salam muslim". Tajuk kali nie kalau aku tak silap berkenaan dengan kos perkahwinan. Melibatkan pasangan yang nak kahwin tetapi bermasalah dengan duit. Ada dua pasangan yang mereka temubual. Pasangan pertama, tiada buat sebarang pinjaman bank untuk kahwin. Dan satu lagi pasangan ada buat pinjaman bank untuk kahwin.

Cerita pasangan pertama.

Hantaran yang telah di persetujui antara pihak lelaki dan perempuan adalah RM10,000. Lagi beberapa bulan nak kahwin si lelaki mintak jumlah hantaran di kurangkan kepada RM5000. Lelaki itu tak cukup duit. Tetapi untuk adil kedua-dua belah pihak, pihak wanita tu mintak RM7000. Maka hantaran dah jadi RM7000 dari RM10,000. Si lelaki bekerja dan jawatan dia tak tinggi. Kerja si lelaki biasa-biasa sahaja. Si lelaki pandai berjimat dan kadang2 terpaksa ikat perut di sebabkan nak simpan duit nak kahwin. Si lelaki tak nak pinjam bank semata-mata nak kahwin. Tetapi si lelaki selepas kahwin menyesal kerana beliau sebelum kahwin beliau tidak menyediakan rumah dan kereta untuk keluarga baru dia.

Cerita pasangan kedua.

Si lelaki memang nak kahwin. Tetapi duit takde. Jadi nak taknak beliau terpaksa pinjam loan bank sebanyak Rm40000. Duit loan tersebut telah di belanjakan untuk kahwin hampir RM20,000 lebih. Lepas kahwin dia terpaksa bayar duit loan tu bertahun-tahun lamanya. Nak tak nak dia kata kena pinjam duit bank jugak. Tapi si lelaki ni lepas kahwin memang disiplin dalam kewangan dia. Jadi dia takde masalah untuk langsaikan hutang tersebut selagi dia disiplin.

Cerita pasal anak muda nak kahwin tetapi takde duit memang banyak kali di dengar. Sehingga masalah ini menjadi isu hangat di kalangan rakyat malaysia. Macam-macam nasihat dan panduan yang di berikan. Antaranya, dari muda kena simpan duit. Disiplin dalam menguruskan duit. Bersederhana dengan ukur baju badan sendiri. Harga barangan untuk kenduri semua mahal-mahal. Di salahkan kerajaan jugak sebab harga barangan mahal. Dan macam-macam tips yang di beri kepada anak muda nak kahwin.

Tetapi sebagai umat islam, kita ada idola kita sepanjang zaman yang boleh di jadikan ikutan sehingga hari ini. Nabi muhammad saw telah ajar kita perkara-perkara yang wajib di dalam mengurus alam perkahwinan. Dari pernikahan sampai lah kenduri kendara.

Tetapi kita rakyat malaysia ni memang sentiasa nak kenduri mereka nampak sempurna di mata masyarakat sekeliling. Tak kisah la terpaksa berhutang sekeliling pinggang asalkan kenduri mereka sesempurna mungkin di pandang oleh orang keliling. Itu lah masalahnya bila nak jaga pandangan orang lain sedangkan yang menanggung beban akan di tanggung oleh pihak pengantin sahaja.

Mentaliti orang malaysia ni perlu di ubah dan di didik bermula generasi sekarang.

Banyakkan la membaca sirah nabi muhammad saw. Nasihat - nasihat baginda yang sangat relevan sehingga hari ini. Segala nasihat dan ucapan nabi muhammad saw adalah untuk kebahagiaan kita dunia dan akhirat. Jangan lah kerana adat dan budaya kita berhabis menanggung hutang. Sedangkan kewajipan yang di tuntut dalam islam dalam hal perkahwinan dan pernikahan kita abaikan.