Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Thursday, March 6, 2014

Nasihat Rasulullah saw untuk sakit demam

Salam,

Aku sejak 2 hari lepas tak berapa sehat. Rasa nak demam dan badan terlalu letih. Nak buat kerja pun susah. Hari ni dah mula selesema. Selesema ni adalah salah satu tanda nak demam jugak. Cuma belum sakit tekak lagi. Kalau dah sakit tekak for sure demam pasti konfirm datang.

Tapi aku rasa demam aku ni punca dia adalah kepenatan. Dari last two weeks aku kurang rehat. Hujung minggu sibuk dengan job part time aku mengambil gambar kahwin. Esok dan lusa pun aku ada amik gambar kahwin. Cuma hari ahad ni sahaja ada sehari aku nak berehat.

Nak tahu apa nasihat Rasulullah saw tentang penyakit demam ? Mungkin ada yang sudah tahu dan belum tahu. Tapi aku nak share jugak la.


Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)

Jadi selain ubat demam seperti panadol dan sebagainya. Guna lah air. Basahkan kepala dengan air. Sentiasa letak kain atau tawel basah kat dahi. Minum air kosong sekerap yang mungkin. Rumusan dia, jangan di abaikan khasiat air kosong dan air biasa. Basahkan badan secara kerap. Ada juga petua orang tua minum air kelapa. Sejukkan anggota dalam badan.

Walaupun penat dan letih, aku gagahkan jugak nak siapkan kerja aku. Project banyak nak kena close kan. Kalau tak di setlekan banyak lagi kerja tertangguh nanti. Selagi hidup selagi itu kerja-kerja.

Cuaca sekarang pun panas dan kering. Kena banyakkan minum air. Badan kalau kurang air bahaya. Dengan jerebu lagi. Yang peliknya dalam keadaan cuaca kering macam nie, masih ada lagi yang buat pembakaran terbuka pulak. Aku tak tahu la fikiran diaorang ni letak kat mana ? Penting kan diri sendiri betul.

Ada satu hari aku pergi kerja luar kat pelabuhan kelang. Ikut jalan KESAS. Sepanjang jalan, jerebu amat lah teruk. Aku tak pasti macam mana orang-orang yang bekerja di tempat terbuka. Nasib aku baik sikit sebab kerja dalam air-cond. Kalau la aku kerja kat tempat terbuka, memang setiap minggu aku akan medical leave kot. Hehehe.

Ada sekali kawan aku pergi bercuti kat langkawi. Dia upload gambar kawasan air terjun. Air terjun pun kering. Perghhhh penangan dengan musim cuaca kering. Agaknya macam mana la kalau dunia ini tanpa air. Hmmmmm.


al-Anbiyak ayat 30 Allah berfirman, "Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup.

an-Nur ayat 45 Allah berfirman, "Allah mencipta kesemua jenis haiwan daripada air."

surah al-Anbiyak ayat 30 Allah berfirman, "Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup".


Daripada ayat al quran itu menunjukkan betapa pentingnya air dalam kehidupan.

Allah Maha Besar.



Wednesday, March 5, 2014

Tips memaksimumkan dan memenuhkan ASB

Salam,

Setiap rakyat malaysia bumiputera khasnya mesti ada akaun amanah saham bumiputera (ASB). Kalau takde memang pelik. Pelik bukannya apa, ASB ni adalah satu instrumen pelaburan yang berisiko rendah dan pulangan dia boleh tahan. Hehe. Jadi aku nak kongsikan tips nak memaksimumkan simpanan ASB.

Sebenarnya prinsip senang untuk memaksimumkan simpanan ASB adalah dengan menyimpan sebanyak mungkin setiap bulan dan setiap kali dividen dan bonus yang di umumkan jangan usik. Di biarkan sahaja ia membiak selama yang mungkin.

Ada juga tips untuk memaksimumkan akaun ASB dengan buat loan ASB. Kita boleh buat loan ASB semaksimum RM200K selama 25 tahun. Kita akan dapat dividen tahunan seolah-olah kita menyimpan RM200K dalam akaun. Dan dividen tersebut kita tak usik dan di biarkan sahaja dalam akaun.

Sebenarnya selain dari 2 tips di atas, yang penting kita kena ada ilmu. Ilmu yang membantu untuk menyusun strategi pelaburan ASB dan memaksimumkan akaun ASB kita tuh. Bagaimana nak dapat ilmu tu. Macam biasa kena ada internet. Macam aku, aku join group ASB di dalam facebook dan baca dalam forum. Bila kita join forum atau group ni secara automatik kita dapat membaca pengalaman mereka yang sudah buat pelbagai strategi untuk memaksimumkan akaun ASB kita.

Sila klik LINK berikut untuk ke laman group facebook amanah saham bumiputera




Dalam group ASB ni, banyak sungguh pandangan dan praktikal yang mereka dah buat dan apply. Ada saje idea dan kiraan yang boleh membuatkan kita rancang strategi menabung dan pelaburan kita dalam ASB.


Ada juga di bincangkan baik buruk dan pro and cons dalam strategi yang di bincangkan. Cuma kita sebagai pembaca kena lah pandai memilih dan berfikir dan bukan terima bulat-bulat apa yang mereka cadangkan. Kena la diri sendiri pandai timbang yang mana baik untuk di gunakan dan di praktikkan. Jangan sampai terduduk nanti.

Apa-apa pun yang penting untuk memenuhkan ASB korang adalah dengan menabung, disiplin dan ilmu. Insyaallah ASB tu akan penuh dan akan sedikit sebanyak membantu korang dalam keadaan kecemasan dan duit pencen korang jugak tu nanti. hehehe.

Selamat membaca !!

Monday, March 3, 2014

Masalah tiada air, cuaca kering, jerebu dan seumpama dengannya.

Salam,

Sekali lagi kita di duga dan di uji dengan masalah tiada air, hujan tersangat la jarang nak turun. Bila kurangnya hujan, cuaca jadi kering. Di tambah pulak dengan jerebu. Dan tambah lagi dengan pelbagai penyakit berkaitan seperti demam, batuk, asma dan sewaktu dengannya.

Bila takde air nie, susah la sikit. Nak mandi pun kena kawal. Nak buang air besar dan kecil tu yang payah. Kalau kat office lagi la payah. Kalau nak buang air besar mmg payah. Sebab satu kawasan takde air. Mana nak lari cari air ? Kalau nak balik rumah pun masalah jugak, sempat atau tidak je nak buang hajat. Kalau rumah tu dekat dengan sungai, boleh la terjah je terus masuk sungai. Hehehe. Nak harapkan sungai kelang ? Hmmmm kena fikir seribu kali. Kekekeke.

Banyak sungguh kesukaran bila takde air kan. Kalau takde elektrik pun takde la se"stress" macam nie. 

Sebagi umat islam, kita harus percaya dengan ujian dan dugaan allah. Ujian yang allah turunkan kepada kita umat manusia. Mungkin ada orang yang tak setuju dengan aku. Kalau ade mengucap panjang lah.


Aku ada terbaca satu buku yang amat popular yang bertajuk "bersyukur di saat di uji" . Buku ini mengisahkan seorang hamba allah yang sebelum ini seorang yang jauh meninggalkan segala suruhan agamanya tetapi beliau sedar dan kembali dan insaf. Beliau di duga dengan malapetaka banjir yang berlaku di kawasan rumah beliau. Beliau kerugian beratus ribu dan segala barang di dalam rumah boleh di katakan "hangus" .


Tetapi beliau sentiasa redha atas segala masalah yang bertimpa-timpa pada keluarga beliau. Di saat beliau menghadapi masalah, beliau melihat keadaan sekeliling jiran tetangga beliau. Beliau ingin melihat bagaimana jiran beliau menerima takdir yang menimpa mereka semua. Ada satu ketika ketika azan zohor berkumandang, tidak ramai jiran-jiran beliau yang berjemaah di surau. Mereka sibuk dengan masalah yang di hadapi di rumah masing2. Bagi beliau, allah menurunkan bala banjir di kawasan beliau hanya kerana ingin melihat sejauh mana keimanan hambanya apabila berlaku malapetaka terhadap mereka. 


Adakah mereka mengingati allah di kala sedih ?

Adakah mereka redha dugaan yang di timpa mereka ?

Adakah mereka berdoa memohon pertolongan dari ALLAH ?

Adakah mereka sepenuhnya beriman di kala kesusahan ?

Adakah mereka beriman hanya di kala kesenangan ?


Jadi betul la apa yang allah sebut di dalam al-quran. 

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah 2:214)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-'Ankabuut 29:3)

(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

Mari kita perbetulkan diri. Perbetulkan di mana perbuatan kita yang harus kita perbetulkan. Jika kita banyak membazir air, seharusnya kita berubah. Lebih berjimat cermat. Menghargai kurniaan allah kepada hambanya. Bukan kah membazir itu amalan syaitan ?

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Ar-Ruum 30:41)


Dalam walau keadaan apa sahaja, kita jangan la lupa akan allah swt. Walaupun dalam keadaan kita kaya atau miskin. Walau dalam keadaan kita senang atau susah.


Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (Az-Zumar 39:49)Katakanlah lagi: 


"Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?". (Al-Mulk 67:30)

Sunday, March 2, 2014

Perjalanan hidup dari 24.02.2014 - 02.03.2014

Salam,


Rumusan perjalanan hidup aku minggu ini. Apa yang menarik ? Hmmm Tiada apa yang menarik sangat cuma minggu ini banyak kerja dekat site. Satu hari setengah sahaja masuk pejabat. Hari lain aku di site.


Minggu ni aku ade job photoshoot (part time job) orang kahwin. Kawan lama adik aku. Dia dah booking aku lebih setahun. Selepas kakak dia kahwin dan guna perkhidmatan photography aku, dia terus book dan bayar deposit. Majlis nikah dia hari sabtu dan sanding dia hari ahad. Rancangnya nak buat outdoor dekat putrajaya. Ada port baru. Mesti menarik lah.


Alhamdulillah, jumaat lepas gaji clear. So ada la duit nak berjimba-jimba di hujung minggu. Bila dapat gaji mesti lah kena bayar hutang dan bil. Memang adat orang bekerja dapat gaji bayar hutang. Boleh ke hidup makan gaji tak bayar hutang ? Sila fikir sendiri. Hehehe.


Minggu ni asyik fikir pasal nak buat bisnes. Masih memikir untuk buat bisnes apa. Orang kata kalau asyik fikir tapi tak bertindak tak guna jugak. Itu orang kata kan. Tapi sebelum nak buat bisnes fulltime pun, banyak benda nak kena consider. Bukan memkhinzir buat je letak jawatan dan buat bisness. Aku nampak satu bisness aku naik buat. Insyaallah kena berguru dengan profesional dulu. Allah bagi petunjuk pada aku. Bulan ni kena start walaupun dengan modal kecil. Yang penting kena mulakan langkah. Senyum.


Baru-baru ni pergi KWSP sebab ada kerja. Tapi sempat curi masa sikit nak check baki simpanan KWSP untuk hari tua. Alhamdulillah dividen dan jumlah simpanan amat puas hati. Jumlah simpanan KWSP adalah dot dot dot. Mana boleh bagi tahu. hehehe. Tapi boleh aku katakan, kalau aku pencen umur 50 (umur panjang), aku dah tak perlu kerja. Makan duit KWSP je. Syukur. Boleh la mendekatkan diri pada ALLAH. Dah tua-tua elok fikir bekalan akhirat. Itu yang lebih lebih lebih penting !! So sekarang kena target kalau pencen umur 45 tahun. Berapa agaknya jumlah simpanan KWSP kena ada ? hmmmmmm


Aku rasa tu je cerita diari aku minggu nie. 










Saturday, March 1, 2014

Tips mudah untuk mengetahui bila tiket murah air asia

Salam,


Ni aku nak sharekan macam mana nak tahu dan dapatkan info bila tiket air asia murah dalam masa setahun dari bulan semasa. Dulu aku agak menyampah dengan cara nak cari tiket murah di website airasia tuh. Bagi aku tak user freindly sebab nak kena select atau click satu tarikh ke satu tarikh. Jadi cara tu agak membosankan dan lagi bertambah tak best bila line internet slow atau web air asia tu sibuk dengan traffik.







Jadi sini aku ade jumpa satu website yang aku jumpa jugak kat blog orang lain. Kalau pandai dan rajin search guna google pasti dapat info yang lebih menarik. Kat bawah ni gambar website untuk tahu bila dan tarikh tiket air asia murah. Website alternatif yang amat la berguna dan sangat mudah untuk kita plan.








Cara penggunaan dia senang sahaja. Korang just kena pilih lokasi untuk korang berlepas dan lokasi percutian korang. Lepas klik butang search. Jadi tunggu la sampai dia bagi graf seperti di bawah.










Seperti contoh atas tu, aku select nak pergi bercuti pulau langkawi. Dan aku akan naik flight dari kuala lumpur ke langkawi. So result dia akan keluar seperti di atas. Yang merah tu harga pulang. Yang biru harga tiket bertolak. Korang gerakkan la mouse pointer korang ke dalam graf tu, nanti automatik web ni akan bagi harga penerbangan pergi balik. So ko boleh merancang percutian korang dan korang boleh plan dan pilih tiket air asia murah pada bulan bila. Senang tak ? Hmmmmm


Harap website ni membantu korang memburu tiket murah air asia tu. Memang berbaloi-baloi. Tapi kalau website ni tak membantu dan menyusahkan korang, sory la erk. Bukan aku yg create web nie. Hehehe.


Adios.