Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Friday, June 13, 2014

Jangan kamu lalai dan bangga melampau dengan anak pinak dan harta benda

Zaman sekarang ini manusia bekerja tidak ikut waktu. Ada yang kerja dari pagi sampai ke malam. Ada yang kerja dari malam sampai ke pagi. Mencari rezeki untuk menampung kehidupan seharian. Tetapi kebanyakkan kita yang bekerja hanya bekerja untuk bayar hutang. Segala hutang bulanan dari rumah, kereta dan bil. Belum lagi perbelanjaan untuk diri dan keluarga.

Kadang terfikir, pada zaman nabi dahulu, nabi tidak lah mengumpul harta duniawi ini. Nabi mengumpul keimanan beriman pada ALLAH. Sahabat nabi yang dahulunya kaya raya, mereka tinggalkan kekayaan mereka semua dan hidup dengan penuh kesederhanaan.

Jadi persoalannya di sini. Adalah kita hidup dan bekerja penat lelah siang malam ini mengikut trend zaman ini ?


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Munafikun:9)
Dalam ayat ini Allah s.w.t. mengingatkan kita supaya tidak lalai daripada mengingatiNya kerana  urusan harta dan keluarga.
Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berpesan kepada para sahabatnya tentang pengaruh harta dalam urusan ibadat mereka:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw. melihat kepadanya, Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”.Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. (Riwayat Tirmizi)
Ada manusia yang memberi alasan dia sibuk kerana ada urusan kerja atau perniagaannya, tetapi tidak pula memberikan alasan dia sibuk kerana ingin bersembahyang jemaah di masjid dan menghadiri kelas agama atau mengingati Allah. Mereka memberikan alasan untuk tidak ke masjid kerana sibuk dengan urusan keduniaan dan ini adalah satu ketidakadilan.
Dalam sembahyang kita wajib mengingati Allah, kalau terlalai cepat-cepat kembali ingatkan Allah.
Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
Cubalah sedaya upaya untuk ingat kepada Allah ketika sembahyang. Kalau ada lintasan (teringat kepada perkara lain), cepat-cepatlah ingat semula kepada Allah. Walaupun tidak 100%, cubalah untuk “control” gangguan dalam hati semasa sembahyang (“control” supaya lebih banyak ingatkan Allah dari benda lain).
Buatlah jadual untuk mengingati Allah seperti amalan atau wirid harian yang tetap walaupun sedikit, misalnya 10 minit setiap hari untuk berzikir atau istigfar kepada Allah, atau zikir “Laila ha illallah” 100 kali setiap sehari. Isilah masa dengan jadual atau program zikir supaya masa tidak terbuang begitu saja walaupun sedikit. Sesungguhnya Allah suka dengan amalan yang berterusan walaupun sedikit.
Seseorang yang menyayangi sesuatu, dia akan sentiasa mengingatinya (melalui hati).Sesiapa yang menyayangi Allah, Allah menyayanginya. Sesiapa yang disayangi Allah diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga kerana syurga adalah tempat Allah SWT melahirkan perasaan kasih sayang kepada hambaNya yang mentaati perintahNya.
Majlis ilmu dan pengajian agama juga adalah majlis mengingati Allah. Adalah tidak wajar jika dipenuhi dengan lawak jenaka dan nyanyian. Ketika para sahabat r.a. duduk dalam majlis ilmu yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka mendengar dan menumpukan sepenuh perhatian hinggakan daun yang gugur pun dapat didengari.

sumber di SINI

No comments: