Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Monday, June 27, 2016

Anda ada emas dan ingin pajakkan emas, lelaki ini beri tips bila masa pajakan yang sesuai dan menguntungkan.

eat this google: pajakan emas, untung ke pajakan emas, tips pajakan emas, bila pajakan emas, lokasi mana pajakan emas, bagaimana pajakan emas, nasihat pajakan emas, tip menguntungkan pajakan emas, pajakan emas terbaru, pajakan emas terkini, beli jual pajakan emas, untung pajakan emas, rugi pajakan emas


BILA WAKTU SESUAI PAJAK EMAS?
-----------------------------
.
Salah satu kelebihan simpan emas, kita senang dapat pinjaman segera bila perlukan duit tunai. Tapi kena hati-hati, sebab kos pajakan bukan murah, iaitu sekitar 1.15% sebulan atau sekitar 14% setahun. Selalunya, ianya berbaloi kalau digunakan sebagai pinjaman jangka pendek.
.
Setakat pemerhatian saya, ada beberapa ketika yang sesuai memanfaatkan kemudahan pinjaman bercagarkan emas, antaranya;
.
1. ROLLING BISNES - Nak guna duit untuk rolling bisnes dalam jangka pendek i.e. kurang 12 bulan seperti peniaga yang dapat job "project basis".
2. ROLLING PELABURAN LAIN - Nak guna untuk rolling dalam pelaburan lain yang boleh cover kos pajakan 1.15% sebulan seperti peluang membeli hartanah jauh di bawah market value e.g. lelongan.
3. BACKUP BELANJA HANGUS - Dijadikan backup untuk belanja hangus supaya duit simpanan tak turut sama hangus. Sebelum pajak, kenalpasti dulu sumber duit untuk bayar pinjaman dan kos pajakan.
4. TAMBAH STOK PENIAGA EMAS - Bila harga emas jatuh mendadak, itu waktu bagus untuk peniaga emas tambah lagi stok emas mereka. Stok itu akan dijual bila harga emas kembali normal.
.
Selain daripada tujuan ini, kena hati-hati dan kena teliti sebelum gunakan kemudahan pajakan...
.
‪#‎tipspelaburanemas‬ ‪#‎tipspajakemas‬ ‪#‎pajakemas‬ ‪#‎simpanemas‬



Saturday, June 25, 2016

Adakah anda rasa bersedekah ini mengurangkan harta anda? Kisah wanita ini ada jawapannya.

sedekah, cerita sedekah, keajaiban sedekah, cerita benar sedekah, balasan sedekah, kisah benar sedekah, tauladan sedekah, kisah terbaru sedekah, cara sedekah, tempat sedekah, lokasi sedekah



[ ALLAH BAYAR 'CASH' ]
Beberapa hari lepas, saya poskan sedikit sumbangan untuk asnaf di Kelantan, yang akan disampaikan oleh sahabat di sana. Sumbangan kecil dan sedikit sahaja, iaitu pakaian raya kanak-kanak yang saya tidak habis jual dulu.
Selepas suami saya sakit, memang saya niat untuk sedekahkan sahaja baju-baju itu pada orang yang kurang berkemampuan.
Selesai sahaja proses pembungkusan dan poslaju, saya terima mesej dari seseorang.
"Uda, saya ada masukkan sedikit sumbangan untuk awak sekeluarga. Buat belanja raya ya"
Allahuakbar. Perasaan saya seperti 'meremang'. Saya baru sahaja sedekah sedikit, Allah sudah membalas tanpa lengah buat kami.
Tidak berapa lama selepas itu, seorang lagi sahabat menghantar mesej di Whatsapp.
"Askm kak odah...Ada duit raya sikit yg diberi di bulan ramadhan... Dari hb aku.. Aku masuk kat maybank ko..Utk anak2 ko"
Saya sudah sebak.
Dan Allah juga menyusun, selepas itu ada seorang lagi sahabat memaklumkan, dia telah masukkan sejumlah duit buat saya dan anak-anak.
Allahuakbar. Alangkah besar rahmatNya, mengurniakan orang-orang baik di sekeliling kami.
Sungguh malu rasanya. Saya hanya sumbang sedikit ya amat. Ibadah juga tidak banyak mana bulan ini. Tapi Allah membalas tanpa henti dan tanpa tangguh-tangguh kepada kami. Allahuakbar. Rasa seperti - tak tahu mana mahu letakkan muka di hadapanNya.
Saya terkenang pada Ramadhan tahun sudah. Waktu itu di masjid dengan anak-anak.
Saya sudah niat hari itu mahu bersedekah sedikit di masjid. Terus terang, waktu itu memang betul-betul 'bajet' segala-galanya. Saya niat mahu masukkan RM20 malam itu. Kemudian, entah kenapa rasa mahu beri RM50. Rasanya ada RM50 sahaja dalam dompet saya waktu itu. Saya buka beg duit, ada dua not RM50 rupanya.
Akhirnya, saya masukkan kedua-dua not RM50 itu ke dalam tabung masjid. Allahuakbar. Saya tidak fikir apa-apa. Waktu itu cuma berdoa, mudah-mudahan menjadi asbab Allah menurunkan rahmat kesembuhan buat suami. Saya hanya ada tawakkal, yang Allah akan mencukupkan semuanya bagi kami. InsyaAllah.
Esoknya di Bangi, ada kenalan datang berziarah.
Katanya, "Kak Uda, ini RM500 untuk Kak Uda. Ini semua untung saya meniaga semalam. Saya memang niat nak bagi Kak Uda dan Abang Wan semuanya."
Ya Allah. Bagaimana kami boleh menemui insan yang sebaik ini?
Dan petang esoknya, datang seorang kenalan lama bisnes kami dari Melaka. Kakak itu menghulurkan sejumlah wang dalam sampul surat.
"Buat belanja" katanya.
Saya membuka sampul itu setelah dia pulang. MasyaAllah. Di dalamnya ada RM1,000.00.
Sungguh, jika saya kenang-kenangkan, terasa meremang dan takjub dengan kuasa Allah. Jika orang kata, sekarang kalau buat jahat ke apa, Allah akan bayar 'cash'. Tapi sebenarnya 'cash' yang lebih berlipat ganda Allah beri pada kita, iaitu jika berbuat kebaikan, iaitu bersedekah.
Saya banyak sangat belajar dari bab sedekah ini. Walaupun saya sedekah hanya sedikit, tetapi Allah mengajar saya sungguh banyak. Saya percaya juga, ini hanyalah secebis kisah. Setiap dari kita pasti ada cerita masing-masing tentang keajaiban bersedekah ini.
Sememangnya Allah tidak pernah memungkiri apa yang telah disebutkan dalam firmanNya :
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” (Al Baqarah : 261)
Terima kasih membaca catatan ini. Mohon maaf jika ada tersalah kata.
Wallahu'alam
Raudzah Arippin
Catatan 20 Ramadhan 1437H

Tuesday, February 16, 2016

Maksud rezeki yang lebih luas.


Salam,


Ramai antara kita memahami maksud rezeki itu adalah banyak duit, bisnes untung dan maksudnya murah rezeki itu lebih kepada banyak nya harta.

Mungkin penerangan pemilik facebook di bawah lebih kita memahami konsep rezeki yang lebih luas.


Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?



Friday, February 5, 2016

Gambar terbaru perkahwinan akim dan stacy

PETALING JAYA: Penyanyi Akim Ahmad selamat bergelar suami kepada Stacy dengan dua kali lafaz  dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah kira-kira pukul  10.15 pagi Jumaat.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Akim Ahmad , 25, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 sementara wang hantaran tidak dinyatakan.

Akim dan Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, dinikahkan oleh jurunikah dari Jabatan Agama Islam Sabah iaitu Matlin Dimin.

Stacy berwalikan abangnya iaitu Mohd Adam Hakimi Adam.

Majlis resepsi di rumah pengantin lelaki akan diadakan di Johor Baru pada 26 Februari ini.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 26 September 2015 dalam sebuah majlis di Kuala Lumpur.

Stacy memeluk Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor pada 24 Ogos 2015.

Wednesday, February 3, 2016

Video pelajar jilat jalan pulak. Kena buli la nie.

PETALING JAYA: Sebuah video menunjukkan dua pelajar sekolah menengah dibuli oleh sekumpulan remaja menjadi viral di media sosial.
Video berdurasi 35 saat itu dimuat naik di sebuah halaman Facebook pada Sabtu lalu, memperoleh 45,325 'view' dan 541 'like', dengan sekurang-kurangnya 184 komen mengutuk tindakan tersebut.
Dalam video itu, sekumpulan remaja berpakaian biasa memaksa seorang pelajar sekolah menengah menjilat jalan, manakala seorang lagi mangsa dilihat berdiri berdekatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din yang mengulas mengenai laporan berhubung video itu berkata, enam remaja lelaki, berusia antara 18 dan 20 tahun, ditahan.
"Kesemua suspek ditahan pada Isnin. Kita turut merampas enam telefon bimbit.
"Mereka direman selama tiga hari sehingga Khamis ini," katanya.
Mohd Zaini berkata, berdasarkan siasatan, kedua-dua mangsa merupakan pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Sea Park di sini.
"Mangsa dipaksa menjilat jalan dan menyalak seperti anjing selepas mereka dituduh mengambil gambar perempuan tanpa kebenaran," katanya sambil menambah insiden berkenaan berlaku pada akhir bulan lalu.