Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Thursday, January 28, 2016

Cerita terbaru tentang penyanyi ben nathan

Assalamualaikum Sahabat
Sy Syed Amran Al-yahya berasa sedih & kecewa serta ingin memohon jasa baik anda semua utk tidak mengecam & menuduh sahabat artis kita Ben Nathan sebagai seorang penagih dadah atau pun sebagainya.
Adalah lebih baik kita ini yg mempunyai akal fikiran yg waras, menghulurkan bantuan & memanjangkan perkara ini kpd pihak2 berwajib agar beliau akan di pulihkan & di beri rawatan.
Sama2 lah kita membuka minda & mencari berita yg sahih sebelum membuat sesuatu komen di media sosial.
Marilah bersama2 sy membantu beliau agar dapat kembalikan semangat baru kpdnya utk meneruskan kehidupan di atas muka bumi yg sementara ini.
Terima Kasih semua.
Syed Amran Al-Yahya



Nasihat bekas isteri di zaman mudanya seorang pemalas. Kesannya ia di ceraikan.

cerai
Assalamualaikum. Aku ina. Aku baru bercerai talak satu seminggu lepas. Aku baru je berumur 22 tahun.
Punca aku cerai sbb bekas suami aku curang. Tapi aku tak salahkan dia. Dia stress tgk aku yg pemalas. Tak jalankan tanggungjawab.
Betul, bila dah cerai ni. Aku muhasabah balik. Siapa boleh tahan dgn bini mcm aku? Bygkan masa anak dara. Bangun tido lambat, masak tak reti, kerja tgk korea, main handphone je. Kemas rumah,jarang2 sekali. Kerja melepak.
Masa bercinta. Mmg seronok lah. Sweet2 je .jumpa . Dating. Msg2 fon. Kita nampak tu adalah lakonan. Bila dah kawin . Episode yg bermula adalah tanggungjawab.
Masa mula2 kawin. Boleh lah aku hipokrit. Rajin masa 2 3 hari. Sbb menjadi pemalas dah jadi satu kebiasaan kan. So lama2 habit lama tu terserlah masa kawin. Mungkin kat situ suami aku stress, baik bela biawak kan. Kat situ bermulalah episod dia cari perempuan lain. Katanya lebih matang. Bertanggungjawab.
Dulu, aku nak sgt kawin. Sbb masa bercinta sweet2. Ingat kawin nak halalkan hubungan. Betul kata tulisan Adnin Rosli dalam tarbiah sentap. Niat kawin kalau setakat nak "halalkan" tak cukup. Perkara pertama mesti kerana Allah dan kene tau kahwin adalah amanah.
Pesan aku, buat wanita2 di luar sana. Yg pemalas mcm aku. Berubahlah. Bnda malas ni bukan boleh berubah sekelip mata. Didiklah diri dari skrg supaya buang sifat malas. Jadilah wanita yg serba boleh. Bukan hidup hanya bermalas2 malasan lps tu bercinta tanpa fikir bnyak tanggungjawab dalam hidup in future.
Plus, bila fikir balik. Laki aku ceraikan aku sbb bnda2 mcm ni padahal usia mahligai kami baru masuk setahun. Dah tak tahan. Kesian mak ayah aku selama ni bela aku yg pemalas. Maaf mak ayah. Lepas ni aku akan cuba jadi anak yg bertanggungjawab.
Doakan aku kuat. Aku syg dia. Tapi dia ada perempuan lain. Doakan aku jumpa org yg baik. Aku nak berubah. Tapi aku nak berubah untuk mak ayah dan Allah dulu. Kawin? Nanti2 nantilah buat masa ni. Aku nak kutip ilmu. Supaya bila dah kawin nanti ada ilmu nak didik anak. Supaya tak jadi mcm aku.
Buat lelaki. Kahwini perempuan bukan sbb kecantikan je. Cantik tak reti buat keje tak ada makna. Mcm aku( eh cantik ke? Hehhe) sbb tu org zaman dulu kalau kawin dari A-Z dia siasat pasangan tu dari jiran2 sebelah, kawan2 saudara mara. Bukan main sapu je nak kawin.
Semoga perkhawinan adalah satu ibadah . Bukan kerana nafsu. Kita nak melahirkan generasi hebat. Kalau takde ilmu .kawin. keluarlah generasi2 baru yg sampah . Mcm aku. frown emoticon
‪#‎TarbiahSentap‬


Wednesday, January 27, 2016

Tips mantap untuk uji anda samada anda layak jadi bisnesman atau tidak !!

Tips untuk mula berniaga cara saya.
Saya mula berniaga pada tahun 2000. Jika Tuan Puan memang nekad nak berniaga buat ini
+ kerja sebagai salesman atau salesgirl dulu
+ gaji hanya pada komisen 100%
+ pilih industri mana yang ingin ceburi
Contoh kerja sales yang boleh dicuba
+ Salesman Kawalan Serangga
+ Salesman Laminated Flooring
+ Salesman Penapis Air
+ Salesman Pakej Percutian
+ Salesman Kereta Bas Lori Kapal
+ Salesman Motor
+ Salesman Tayar
+ Salesman Aircond
+ Salesman Tinted Kereta dan Rumah
+ Perunding Renovasi Rumah
+ Perunding Perkahwinan
+ Perunding Mak Andam
+ Perunding Spa
Semua contoh diatas, saya pernah tanya kawan saya bangsa Cina komisen dia jadi Salesgirl Laminated Flooring berapa ?
Selamba dia cakap paling rendah sebulan
RM 12,000 sahaja... haha
Miss Kwan pula, jual tinted cermin kereta mewah sales dia sahaja sebulan min target RM 150,000 bayangkan komisen 10%...
Masalahnya kebanyakan orang nak berniaga bila suruh jadi salesman tidak mahu.
Bila sudah mahu ditanya pula gaji basic berapa pula sebulan
Bila sudah diberi gaji basic ditanya pula elaun elaun lain
Buat kerja salesman salesgirl dulu minimum 6bulan tengok anda layak atau tidak berniaga.


Sunday, January 24, 2016

Tips penting apabila di berhentikan kerja !!!



Nota maghrib....
Ekonomi lembap sekarang ini dijangka akan terus lembap sepanjang tahun 2016.
Kepada tuan yang mungkin hilang pekerjaan, ini beberapa tip survival:
+ Jangan usik duit pampasan yang diterima. Pegang kuat-kuat pesan ini!
+ Simpan duit pampasan jauh-jauh dari tangan kita.
+ Mula kurangkan kos gaya-hidup.
+ Jika mahu bekerja, buatlah apa-apa sahaja pekerjaan. Jangan fikirkan sangat gaji dan lain-lain. Yang penting, setiap pagi kita keluar rumah dan pergi bekerja. Ini penting demi menjaga maruah kita di depan anggota keluarga.
.
NOTA Tambahan:
+ Jangan sekali-kali membuka bisnes francais.
+ Jangan sekali-kali membakar duit dengan mengeluarkan produk OEM.
+ Jangan sekali-kali masuk apa-apa jua skim-skim sontot.

Saturday, January 16, 2016

Terbukti !! Tips terbaru nak cepat kaya dan banyak harta.




Saya berjumpa seorang sahabat saya berbangsa cina yang berniaga. Dia cakap dengan saya...
.
" bahar, ...lu tahu ke? . Mana ada benda ajaib dalam dunia. Nak kaya kena kerja kuat lah.
.
Keluarga gua, buka kedai runcit. Buka kedai cermin mata. Buka jam 9 pagi tutup jam 10 malam. Tujuh hari kerja, jaga bisnes sendiri.
Kumpul duit sikit- sikit ada peluang mereka beli emas. Ada peluang besar mereka jual emas beli tanah.
.
Bila bisnes teruk....kami pergi bank re-loan tanah cairkan aset.
Mana ada orang kata kami bangsa cina ...senang berniaga. Mana kalau nak kaya kerja sampai jam 5 je....mana boleh"
.
Saya mendengar dengan teliti. Saya memang tahu hanya kerja keras sahaja anda akan berjaya menguasai. Bisnes dan kerja tak boleh main-main, kena bermati-matian untuk berjaya.
.
Dia cakap lagi...
.
" itu bukan lama, bila semua dah ok...anda boleh relax. You tak payah kerja....orang lain kerja ..beri duit untuk you"
" you faham ke bahar. "
.
Saya menganggukkan kepala..