Friday, January 15, 2016
Pengalaman penumpang menaiki kapal terbang Rayani Air
First time naik Rayani Air Pepatah Melayu berkata "Indah Khabar dari Rupa" namun ia tak sesuai untuk Rayani Air. Yang sesuai adalah "Seindah Khabar dan Seindah Rupa" dan Memang hebat. Cabin Crew yg berpakaian sopan menyambut kami dengan salam dan senyuman. Sgt sopan dan sejuk mata memandang.
Saya yg mmg batuk telah disapa oleh seorang cabin crew wanita dgn sopan sambil menawarkan air kosong utk mengurangkan batuk saya. Anak2 kecil juga dihadiahkan cup cake dgn penuh kasih sayg juga.
Setiap pengumuman dimulakan dgn salam dan yg amat mengharukan apabila DOA dibacakan oleh kapten sebelum berlepas.
Makanan ringan yg dihidangkan secara percuma juga amat menarik apabila setiap penumpang diberikan satu kotak yg berisi air epal mcm pek ribena serta satu pek kacang dan satu cup cake. wah ini lebih bagus dari MAS !!!!
Pendek kata service yg diberi oleh penerbangan Rayani Air adalah yg terbaik utk katagori penerbangan Domestik. Cuma Sayang penumpang tidak full board mgkn kerana tidak tahu bahawa @Rayani Sudah membuka jualan tiket onlinenya. Saya membeli secara online dgn Harga RM70 utk penerbangan dari KL ke KB.
Tahniah Rayani Air dan cabin crews terutama Cik Norhidayah yg sgt baik hati dan suka membantu.
#RayaniAir
Tips menangani masalah kewangan atau sebelum kena buang kerja
Cukupkah pengetahuan kewangan kita untuk menempuh tahun mencabar ini?
Saya yang baru sahaja masuk ke kapal terbang untuk penerbangan balik ke tanah air tertarik dengan tajuk akhbar hari ini setelah diberikan surat khabar oleh pramugara Malaysian Airline yang segak tadi.
Harga minyak jatuh lagi. Apa yang terjadi andai harga minyak terus menjunam? Adakah kerajaan akan "revise" belanjawan negara? Mampukah Petronas bertahan dalam situasi ini? Apa akan jadi dengan matawang negara? Apakah kerajaan akan meningkatkan lagi cukai? Apakah lebih ramai orang akan dibuang kerja tahun ini? Dan bermacam-macam persoalan lagi yang timbul dalam pemikiran ini sementara "ground crew" membuat persediaan untuk berlepas.
Pada saya, kita beri perhatian pada perkara yang dalam kawalan kita dahulu. Semua persoalan diatas tidak dalam kawalan kita. Apa yang dalam kawalan kita adalah kewangan peribadi kita dan kewangan syarikat kita.
Izinkan saya untuk berkongsi sedikit pandangan dan pengalaman saya tentang kewangan baik untuk peribadi mahupun syarikat sebagai seorang lulusan Actuarial dan pengarah urusan untuk D'yana.com.my dan beberapa syarikat lain untuk mengisi masa penerbangan selama 4 jam ini.
1. MASUK LEBIH DARI KELUAR
Kembali pada asas. Apa juga yang berlaku, prinsip asas kewangan masih "Belanja kurang dari pendapatan". Memang itu sahaja yang diceritakan dalam hampir semua buku kewangan. Memang itu pun di ajar dalam semua seminar atau kelas. Kenapa? Kerana memang itu kebenarannya!
Terdapat dua kaedah untuk mencapai matlamat ini: mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan. Dengan menumpu pada 1 atau kedua-dua aspek ini membolehkan kita untuk membesarkan jurang antara 2 angka ini. Dan jurang itu adalah tiket kita untuk "kebebasan kewangan" atau "financial freedom".
2. TINGKATKAN PENDAPATAN
Bagaimana untuk tingkatkan pendapatan? Ramai yang akan cakap tiada 1 cara umum untuk tingkatkan pendapatan. Benar.... Sesetengah dari kita dilahirkan dengan DNA usahawan dan sesetengah dari kita berfungsi degan lebih bagus dalam pejabat. Ada orang yang yang mempunyai kreativiti yang tiada batas, ada sahaja idea dia. Ada orang pula memang tidak kreatif tetapi jika diberi senarai tugas yang banyak, beliau mampu untuk selesaikan semuanya. Setiap dari kita dilahirkan dengan kelebihan tersendiri. Tidak semestinya menjadi usahawan lebih baik dari yang makan gaji. Ramai sahaja yang berniaga berpuluh tahun tetapi tidak maju maju berbanding yang makan gaji. Ooopppssss, jadi topik lain pulak nanti.
Tetapi jika kita kaji betul2, terdapat beberapa perkara umum yang sesiapa sahaja boleh buat tidak kira apa situasi kewangan mereka atau apa pekerjaan mereka untuk menambah pendapatan.
2a. TAMBAH PENGETAHUAN
Tidak bermaksud balik ke sekolah... Maksud saya, terus menerus belajar! Belajar perkara baru! Baca buku berkenaan bidang yang anda minati. Ambil peperiksaan profesional atau sambung master. Tak kira apa jua yang sedang kita usahakan pasti ada bende baru yang boleh kita belajar dan pertingkatkan nilai diri kita.
2b. TAMBAH ALIRAN TUNAI
Sentiasa cari cara untuk duit bergolek masuk poket kita dari pelbagai cara. Andai anda suka menulis, anda boleh hantar artikel pada majalah dan ada majalah yang membayar untuk artikal yang berkualiti. Anda juga boleh tulis ebook. Atau menjadi pemandu Uber. Ia juga sebagai langkah menyahut seruan kerajaan untuk melakukan 2 pekerjaan. #2kerja. Secara ringkasnya, maksud saya dalam menambah aliran pendapatan ialah jika anda kehilangan pekerjaan anda yang sekarang ini impaknya kurang dan pendapatan keseluruhan anda bertambah.
Saya dulu pernah ambil upah "tolong" fotostatekan buku. Juga pernah ambil upah perbaiki komputer contohnya.
2c. Jaga silatulrahim sesama manusia
Kita tidak tahu hubungan yang kita bina pada masa lalu mungkin akan membantu kita dimasa depan. Kadang-dkadang dari orang yang tidak pernah kita jangka. Oleh itu jika ada orang yang telah lukakan hati kita atau kita terasa berdendam dan terasa mahu cakap buruk tentang orang itu, TAHAN! Sabar! Anda akan perasan, saban hari kita akan terserempak dengan orang yang pernah kita kenal. Maka, jangan sekali-kali putuskan mana-mana silatulrahim. Ia tidak membantu. Dan sentiasalah hubungi kawan-kawan lama. Facebook kan ada.π
3. KESEDERHANAAN DALAM HIDUP
Kebanyakan orang salah anggap antara kesederhaan dengan kedekut. Kesederhaan bukanlah sehingga memakai pakaian yang lusuh penuh bertampal, bawa kereta cabuk yang boleh mati enjin bila-bila masa atau memakai kasut yang bunganya pun sudah tiada.
Penuhi keperluan, tangguhkan kemahuan.
Saya pernah jumpa ramai jutawan senyap yang tidak mewah langsung. Tidak pakai baju berjenama mewah, pakai telefon yang baling orang boleh koma atau beg-beg yang overprice. Namun, wang tunai dalam bank boleh buat anda juling mata mahu kira, hartanah banyak, tidak lemas dengan pinjaman bank dan mereka hidup dalam kenidupan yang berpandukan peraturan mereka.
Berikut adalah cara saya berjimat
3a. Memaksimumkan setiap wang ringgit
Buat keputusan setiap kali anda berbelanja adakah berbaloi nilai yang anda dapat dengan harga yang anda bayar? Kuncinya adalah, apakah nilai yang anda dapat dengan setiap ringgit yang anda belanjakan. Contohnya, ada situasi kita yang kita sedar kita tidak berapa perlu bende itu boleh buat keputusan untuk tidak beli atau belilah versi yang murah dahulu untuk tengok keperluan. Jangan takut untuk membeli.
3b. Habits yang merbahaya
Ramai orang mempunyai rutin membeli latte yang overprice, beli surat khabar yang tidak pernah dibelek atau makan ditempat yang sama setiap hari. Belanja RM 5 lebih sehari pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) jika dicampur-campur akan menjadi RM 1300 setahun. Itu sudah bayaran bulanan loan rumah untuk kebanyakan orang. Periksa kembali semua bende yang kita buat setiap hari terutama yang berkaitan dengan wang ringgit. Tanya diri samada itu adalah keperluan atau kemahuan.
3c. Prinsip 10 saat
Setiap kali mahu membeli barang atau membayar bill berhenti 10 saat dan tanya diri samada kita memang mahu bende yang kita akan belanjakan duit ini? Kita perlukah bende ini? Contoh, perlukah kita ambil package yang unlimited SMS bila sebulan kita mungkin hanya hantar SMS 5 SMS. Teknik ringkas ini akan selalu tunjukkan arah berbelanja kurang.
3d. Janganlah sampai diri sengsara.....
Kebanyakan masa apabila kita potong perbelanjaan kita, kita tak perasan pun kekurangan itu. Andai kata ada perbelanjaan yang lepas kita potong menyusahkan kita, maknanya ia tidak berbaloi untuk dipotong. Berjimat tidak boleh disamakan dengan kesusahan, ia cuma bermakna anda potong yang tidak perlu.
Saya selalu bersorak gembira andaikata saya tahu saya berjaya untuk berjimat. π
4. URUS KEWANGAN ANDA
Apabila anda berjaya meningkatkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan, anda akan dapati anda mempunyai lebihan tunai setiap hujung bulan. Lebihan tunai itulah tiket anda kepada kebebasan kewangan. Lagi banyak anda dapat lagi cepat anda mencapai matlamat. Tetapi! Sentiasa ingat "Penuhi keperluan dan tangguhkan kemahuan". Gunakan lebihan itu untuk stabilkan masa depan. Apa yang patut dilakukan dengan lebihan tunai itu? Begini caranya...
4a. Selesaikan semua hutang yang interestnya tinggi seperti kad credit.
Diri saya sendiri guna kad kredit seperti wang tunai. Sebab malas nak bawa tunai banyak ke hulu ke hilir. Tetapi saya tahu ramai yang guna kad kredit untuk berhutang. Selesaikan itu dahulu. Selesaikan interest yang paling tinggi dahulu kemudian ke interest yang lebih rendah.
4b. Bina dana kecemasan
Dana kecemasan ini adalah duit yang disimpankan dalam akaun simpanan yang bertujuan HANYA untuk digunakan semasa kecemasan seperti kehilangan pekerjaan, kemalangan kereta dan macam macam lagi. Ukur dana kecemasan ikut belanja kehidupan bulanan. Saya cadangkan simpan minimum 6 bulan punya belanjawan kehidupan. Kalau boleh adakan simpanan cukup untuk bertahan 2 tahun untuk selesa. Mahu berhenti kerja dan mula berniaga? Adakan dana ini dahulu
4c. Melabur
Jika ada lebihan lagi, melaburlah. Pelaburan bukan kepakaran saya lagi kerana masih mencari rentak dan cuba-cuba, jadi saya tidak mahu tulis banyak.
5. TENTUKAN HALA TUJU HIDUP ANDA
Do you live your life by default or live your life by design?
Kebanyakan orang melihat tujuan semua ini adalah untuk jadi kaya. Semua orang mahu jadi jutawan kan?
Objektifnya begini... Ia bukan untuk menjadi kaya, tetapi ia tentang kebebasan. Kebebasan dari hutang. Kebebasan untuk mencuba bende baru dalam hidup. Kebebasan masa untuk beribadah. Kebebasan untuk melancong ke mana sahaja yang kita mahu pergi.
Itu yang kebanyakan orang mahu. Sekurang-kurangnya itu yang saya mahu.
Fuuuhhh... 3 jam menaip sebab sejam makan..hahaha
Jika anda rasa penulisan saya ini memberi kesedaran dan manfaat, haruslah di kongsikan bersama orang lain supaya lebih ramai yang mendapat manfaat.
Jangan lupa Share and Tag.π¬
Kakak ipar yang tidak di sukai tetapi
Kakak iparku
Salam. Tahun lepas aku dapat seorang lagi kakak ipar. Abgku yg ke5 berkahwin. Dalam ramai2 abg aku, dia la yg paling hensem. Tapi isterinya bagi aku biasa2 saja. Tak cantik, kulit agak gelap. Dr mula bertunang lg, aku mcm frust jugak la. Ingtkn kakak ipar ni cantik lawa la sampai abg aku tu beriya2 suruh ummi aku pergi meminang sampai ke pantai timur kami pergi. Kawan2 aku excited nk tgk gmbr kakak ipar aku, tp aku malu sbb kakak ipar aku biasa2 je. Abg aku jumpa dia dua kali je lepas tu terus pinang. Bertunang dalam 3bulan mcm tu terus nikah.
Lepas kawin, kakak ipar aku ni, kakna duduk dgn kami. Gayanya agak kasar, dan dia mmg lasak mcm jantan. Aku sendiri kadang hairan knp abg aku syg sgt dekat dia. Pernah sekali, aku nampak dia pnjat tangga, tukar lampu dapur sorang2. Pokok rambutan belakang rumah aku pn selamba sahaja dipanjatnya. Masa tu aku ingat lagi, aku geleng kepala dan ckp kt ummi, kakna dh serupa beruk. Dia xdela pandai sgt masak, tp dia selalu tolong ummi kt dapur. Kdg2 dia tlg ambil adik aku kt asrama, adik aku bgtau kakna bawak kereta mcm org gila, laju mcm bwak ferrari. Tp kakna dlm kasar2 dia, suara dia agak lembut walaupun nyaring sikit. Kalau anak2 saudara aku dtg, dia mmg suka melayan.baca buku cerita, main colour2 dan lukis,smpai kadang ada yg taknak balik, nk tido dgn kakna. Kakna pandai layan kerenah budak2.
Kakna ni jenis yg happy go lucky jgk la. Kalau tengok tv sorang2 pn dia boleh gelak mcm langsuir. Tak pernah aku tengok dia ada masalah.kdg2 kalau org tanya dh berisi ke belum, air mukanya berubah jugak, tp lepas tu kakna sengeh saja. Ada sekali tu aku baru balik rumah dgn abg aku, tengok kakna tgh pnjat bumbung. Punya la cuak aku menjerit kakna dh gila ke apa. Masa tu abg aku pn melaung sama marahkn dia. Rupanya dia nk ambik anak kucing kt atas bumbung, katanya kesian dr td mengiau xreti trun. Abg aku marah2 smpai menangis kakna. Itulah pertama kali aku lihat dia menangis. Tp dlm sedu tangisan sempat dia jawab, abg ingat ana boleh tido ke kalau kucing ni mati sbb jatuh dr bumbung?
Baru2 ni, ummi aku sakit trgelincir dlm blik air. Kakna la siang mlm jaga ummi. Kakna aku ni ada lulusan ijazah nurse,walaupn x kerja tp skill dia cukup mantap bg aku yg xpernah jaga org sakit ni. Mandi, tukar lampin, suap makan,semua kakna buat. Sampaikan aku sdri segan dgn dia. Aku sdri ni pn rasa agak kekok nk uruskn ummi, mujur ada kakna. Pernah aku slow talk ngn ummi, mintak maaf sbb xdpt jaga ummi sepenuh masa. Ummi ckp xpe, kakna ada. Ummi tau aku xsuka kakna, ummi ckp jgn nilai org luaran sahaja. Tengok dlm ramai2 kakak ipar kamu yg lawa2 tu, ada ke diorg sanggup tggu ummi kt hospital dlu. Aku rasa bersalah sgt kt kakna. Teringat dlu pernah aku ckp2 belakang pasal kakna. Jahatnya aku. Skrg ummi dh boleh bjalan balik, guna tongkat. Kakna masih duduk dgn kami, walaupn abgku dh beli rumah lain. Kata kakna, nk jaga ummi dlu. Rumah tu xpe, xlari pun. Hubungan aku dgn kakna pn semakin baik. Beberapa hari yg lalu aku sempat tanya abgku, knp syg sgt dgn kakna? Abg aku jawab, mula2 jatuh cinta dgr suara. Lepas tu abg uji sikit2, alhamdulillah abg yakin dgn pilihan abg. Aku tnye la, abg xrasa ke kakna tu kasar sikit? Abg aku jawab, dalam bilik lain. Hahahahaha. Bongok gak abg aku ni.
- Maya
Pilu apabila seorang suami yang kehilangan isteri dan "anak-anak"
Izzati, i think you should take a day off today.
flash back 3 months,
A patient was transferred to my ward from HDW then subacute ward(admitted in july 2015). Severe sepsis, complicated with huge cerebral infarct, oxygen dependent trachymask. Thats 'normal'.She was accompanied by her 80 years old husband.
That was the start of our long relationship.
After reviewing the patient for the first time, my houseman approached me,
''Dr izzati, tau tak, pak cik tu tak makan pun. Kadang-kadang kalau lapar, dia makan magi saja. Dia tinggal dekat hostel dekat hospital, sebab tak nak susahkan anak ulang-alik hantar dia. Saya tak pernah nampak anak dia datang''
Ok..lets give them a few days, maybe they'll come and visit. Lets see if uncle really not eating. Lets see if he will go back home, take turn to take care of aunty.
True enough,he didnt eat.
I setup a 'tabung makanan', so that those who went to canteen can buy extra food for him, they can later take money from tabung to make sure that people don't feel burdened. Started with rm4 and I left the money jar on staff nurse counter, by the end of 5pm that day, we collected almost rm90 few days later, hundreds. Everyone from doctors, nurses, sisters, cleaner,were eager to help. Blessed them.
We bought food for him. Sometimes the food spoilt as he only ate at night time. He was so reluctant to accept free food. He even bought a few nasi ayam for the staff with whatever few money he have, as payback.
He, the 80 years old uncle, never left her side. His back looks like they will break anytime despite lumbar brace given by k.ida.
One day, my consultant insist on uncle to be sent to clinic and to be reviewed by me as he suspected career stress. Thou i tried to push the case to my colleague, God have greater plan, i ended up reviewing him.
'Pakcik ok? etc etc etc (I'm pretty good at digging deep emotion heh)
1 hour later...
Pakcik cried,
I cried (snot and all)
My clinic nurse cried.
''pak cik tak makan sebab pakcik kesian dekat makcik. nanti makcik kau nampak, makcik teringin. kalau pakcik keluar bilik kejap, nanti makcik tanya kalau pakcik pergi makan, pakcik tak sanggup. kesian''
''Pak cik dah belajar cara jaga makcik. tapi kalau nak tukar pampers, rasa tulang nak patah dua''
''Pakcik tau, pakcik tak kuat kadang-kadang tak sanggup, tapi siapa nak jaga makcik? sapa nak buat semua ni?..''
''anak?...tak pa lah depa tu, depa ada keluarga sendiri. Kadang-kadang depa bagi duit''
''Pakcik susah payah dengan makcik dari dulu lagi. Hidup memang susah, tapi makcik buat sama-sama. Duit tak cukup nak bagi sekolah, kami tanam sayur keliling rumah, jual kuih sikit-sikit''
This 80 years old husband, for the past 6 months
Have been sleeping on the hard chair,
Hardly eat daily
Recycling the same 3 shirts
swallowing the back pain to position his wife, change her diapers,
Even went to settle social welfare by public bus.
He was too scared to ask help from his children.
Scared to be nagged, scared he'll be a burden.
So he did everything on his own and with help of nurses.
His son? God knows where, doing what.
''Fzul, since we're not using this duit tabung for his food, can you help by buying him some t-shirt for a change?'' Pakcik was very thankful for the blue and grey t-shirt. Even wore it quite frequently.
And suddenly, today, the wife heart stop beating.
Im sure pakcik heart pause for awhile then.
He's alone now and deeply crushed.
Death pronounced.
3 hours later, a lady with pretty white kebaya came( I later found out that she's the daughter in law). 30 minutes later, the overseas educated son arrived. My 2nd time meeting him throughout her whole admission...
She've left us. Uncle,for sure have done his best, loving her unconditionally. Inshallah May Allah grant him the highest Jannah.
But the children? I was too mad, too emotional on behalf of their mother and father to face them.
A mother/father can take care of 10 children. but there's no guarantee that the children can take care of the parents. It's a sad sad world we live in.
Kisah seorang pensyarah yang hidup seperti pengemis.
Sedang aku masuk gate ktm dia berenti berjalan dan tegur aku dengan bahasa inggeris fasih sekali. Cuak aku ingat seorang gila yang menegur. Selepas pandang betul-betul wajah beliau, masyaAllah Dr. Saiful Ad-Daulah. Pensyarah i'jazul quraan fakulti quraan dan sunnah. Beliau yang ingin ke port klang mengambil bagasi2 untuk dibawa pulang ke khartoum. Aku mencium tangan beliau depan orang ramai hingga semua kaget, ya, semua menganggap beliau seorang india gila. Padahal didalam dada beliau penuh ilmu usul quraan dan hadis. Tanya sahaja makna pada perkataan-perkataan hadis, beliau akan menerangkan dengan cukup terperinci.
Pensyarah yang tidak punya kenderaan kecuali kedua kakinya. Aku bertanya, kenapa beliau berpakaian begini apabila keluar? Beliau berkata, aku hanya berpakaian kemas di hadapan pelajar dan universiti, diluar universiti, aku manusia biasa. Semua mata tertumpu pada kami hingga bikin beliau malu. Masakan tidak, orang menyangka seorang india gelandangan sedang fasih berbahasa arab. Beliau sempat menghuraikan kepadaku beberapa hadis dan athar sahabat dengan penuh ilmu sambil aku membiarkan tren aku berlalu begitu sahaja kerana aku takut tidak punya emas seperti itu lagi bersama beliau.
Beliau lansung tidak memandang kearah perempuan malah jalannya sentiasa menunduk. Jika pelajar yang rajin ke surau anggerik, beliau adalah jemaah tetap harian di situ. Beliau kata, "aku tak pernah menaiki kenderaan ke surau malah aku ingin sentiasa berjemaah disana tetapi apakan daya zohor dan asar memaksa aku berjemaah di surau fakulti". MasyaAllah, tak tinggal solat jemaah.
Beliau memberitahu bahawa kontrak beliau dengan usim sudah tamat dan akan pulang ke khartoum selepas mengambil bagasi di port klang. Hilang seorang alim mutiara ilmu di usim.
Subscribe to:
Posts (Atom)




