ALLAH beri kita akal. Tiada makhluk lain selain manusia yang ALLAH beri akal. Itu sebab manusia ini sangat istimewa dari makhluk ALLAH yang lain kerana akal yang di beri. Akal untuk kita beriman kepada ALLAH. Memikir kekuasaan dan kebesaran ALLAH. Memikir segala ujian dan dugaan yang berlaku pada diri dan orang di sekeliling kita.
Dalam kehidupan ini, manusia akan berubah berdasarkan perubahan yang berlaku pada diri dia. Dulu dia miskin dan hidup susah, tetapi selepas berkerjaya dan berharta, ia menyombong diri. Siap menghina orang lain yang lebih bawah dari dia. Sombong tidak bertempat dengan tanpa alasan dan memandang dengan pebuh kebencian. Adakah kerana kejayaan dan nikmat yang di kecapi menyebabkan dia berubah kepada seorang yang meninggi diri.
Sebelum kahwin kehidupan dia senang. Bangga dengan apa yang di miliki. Bersosial dengan teman-teman sehingga lalai dengan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH. Selepas kahwin, nikmat itu semakin hilang dan di tambah dengan dugaan yang besar. Dugaan yang besar itu menyebabkan dia hampir tersungkur tetapi ALLAH masih mengasihaninya dengan memberi dia kesabaran yang tinggi walaupun masih ada dugaan yang perlu di lalui.
Masa berjawatan, sibuk mengatur langkah dan membina kerjaya dan mencari pendapatan sebanyak mungkin untuk masa depan diri dan keluarga. Aturan kehidupan di bina dengan teliti agar segala yang di rancangkan akan berjalan dengan jayanya. Tetapi dia lupa akan harta yang banyak tidak memberi makna kepada alam kubur dan akhirat.
3 cerita di atas berlaku di depan mata ku.
ALLAH kurniakan akal untuk kita melihat orang sekeliling kita. Menjadikan mereka sebagai pengalaman dan panduan dalam melayari kehidupan yang tidak kekal ini. Menjadikan mereka sebagai pengajaran agar sentiasa bersederhana dan tidak lalai dengan duniawi. Menjadi diri sentiasa bersedia dengan kematian yang tidak tahu bila akan di ambil oleh ALLAH.
Mengajar aku erti bersyukur dengan nikmat yang ada samada ia banyak atau sedikit. Menguatkan lagi jiwa ini agar dapat menempuhi ujian dan dugaan mendatang. Dan yang paling penting mengajar aku sentiasa sembahyang walau apa keadaan sekali pun kerana dengan sembahyang ALLAH akan bersama dan menolong kita di kala kita memerlukan pertolongan dariNYA.
"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya."
(Hud 11:15)
No comments:
Post a Comment