Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Saturday, July 2, 2016

Nasihat kepada orang yang ada anak dari orang yang takde anak. Wanita ini meluahkan.



[ YE, KAMI BELUM ADA ANAK SENDIRI..... ]
- Memang la boleh berbelanja lebih, tak ada anak lagi kan..
- Memang la rumah kemas jer, tak ada anak yg nak sepahkan..
- Memang la boleh cuti raya lama, tak ada anak sekolah kan..
- Memang la boleh pergi bercuti selalu, tak payah susah2 nak bawak anak kan..
- Memang la boleh gambar berdua sweet2, tak ada anak yg kacau kan..
- Memang la boleh pergi umrah awal, tak perlu fikir nak tinggalkan anak lama2 kan mana kan..
Sekarang ni Zana nak tanya,
"Salah ke kami suami isteri dapat rasa semua nikmat rezeki tu di saat perkahwinan kami diuji dengan ketiadaan anak? Atau awak rasa ada anak tu membataskan kehidupan awak?"
Jangan ingat yg tak ada anak ni semuanya boleh belanja mewah, kita tak tau belanja dan simpanan dia macam mana.. Kita tak tau apa perancangan hidup mereka.. Kita tak tau apa2 sebab kita orang luar.. Kita tak tau apa perasaan mereka setiap kali soalan "bila nak ada anak?" tu ditanya..
Kebanyakan pasangan yg masih menanti rezeki anak ni, sangatlah bahagia.. Diberi rezeki utk lebih mengenal hati pasangan.. Sebab tu secara automatik kita akan nampak pasangan ni lebih mesra sebab memang rutin seharian mereka semuanya dilakukan berdua..
Sedih? Tipu kalau tak ada rasa sedih tu, tapi jarang sekali dan selalunya perasaan sedih tu sekejap sangat.. Selebihnya, mereka lebih suka memilih untuk teruskan kehidupan normal seperti biasa, berusaha, berdoa dan percaya dengan ketentuan rezeki drpd Allah..
Percaya tak hampir semua yg belum ada anak ni, bila diasak dengan soalan "bila nak ada anak" ni akan rasa lagi teruk sedihnya daripada rasa sedih menerima hakikat masih belum ada anak.. Sebab soalan2 tu la kebanyakan mereka jadi sayu hati, rajuk hati, menjauh diri dan rasa rendah diri..
Lagi sedih bila soalan tu ditanya di hadapan orang ramai.. Diusik seolah2 suami isteri ni berdosa berkahwin tanpa anak.. Diketawakan seolah2 pasangan ni serba kekurangan..
Maaf yer.. Zana bukan minta simpati, cuma minta kita semua sama2 belajar menghormati..
Hormati perasaan orang sekeliling kita.. Letakkan diri kita di tempat orang lain sebelum berkata sesuatu.. Bila kita cuba jaga hati dan air muka orang lain, insyaAllah Allah akan jaga hati, diri dan maruah kita..
Yang dah kahwin, bersyukur ada pasangan hidup.. Bayangkan kalau kita masih belum ada pasangan hidup.. Bayangkan kalau kita tiba2 kehilangan pasangan hidup..
Yang belum kahwin, bersyukur dan bersabar. Mungkin Allah nak bagi kita peluang lebih berbakti lama kepada ibu dan ayah..
Yang dah ada anak, bersyukur ada anak.. Anak adalah saham akhirat kita.. Betapa bertuahnya mempunyai anak yg mampu mendoakan kita setiap hari.. Bayangkan hidup kita kalau masih belum dikurniakan anak..
Yang belum ada anak, bersyukur Allah bagi nikmat rezeki bersabar.. Bayangkan jika kita ada anak, adakah hati kita boleh sesabar itu? Allah bagi peluang kita utk lebih meluangkan masa bersama insan yg sudi terima baik buruk diri kita.. Allah bagi kita masa lebih utk lebih dekat kepada-Nya..
Yakinlah Allah bagi apa yg kita perlu dan bukan apa yg kita mahu.. Kita merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang.. Allah Maha Mengetahui sedangkan kita tidak..
Kita sebagai hamba-Nya memang selayaknya diuji.. Setiap di antara kita berbeza ujiannya.. Tapi percayalah yg Allah menguji sesuai dgn kemampuan diri kita..
Belajar menerima Qada dan Qadar Allah.. InsyaAllah semuanya akan jadi lebih indah..
Zana & Adiey,
Trying To Conceive (TTC) for 6 years.

Friday, July 1, 2016

Lelaki ini menceritakan 'kebebasan' hiudp tanpa internet dan tv. Apa cerita di sebaliknya ?




Entah kenapa ketika aku balik rumah emak kelmarin, TV tidak boleh turn on. Internet pula tiada connection.
.
Habislah. Gerenti mati kutu anak aku. Laptop, TV, tablet semua macam cacat fungsi. Aku sudah terbayang anak akan tarik muka panjang berpintal. Boring.
.
Last-last, semua duduk kat sofa pandang satu sama lain. Habis ikhtiar. Tidak bercakap apa. Moment yang jarang aku tengok. Rare.
.
Yang kakak bangun cari sesuatu di celah rak. Nampak buku dan mula baca.
.
Yang abang entah dari celah mana jumpa lighter pulak. Ya Tuhan! Dia bakar tisu meja lepas tu ambil ayam lebihan sahur dan panggang. Aku biar aje.
.
Yang adik jumpa kayu. Ajak main pedang, gusti, karate,tendang bola.
.
Tiba-tiba semua jadi busy buat hal sendiri. Lepas magrib aku tengok hero-hero mula tumbang tidur awal. Yang kakak malam tu pula pergi terawih di surau ikut Opah dia.
Ohoi! Sejuk hati aku.
.
First time aku rasa mereka boleh hidup tanpa internet, tablet atau TV. Dan sekarang aku sudah ada trik rahsia.
Jangan kau bagitau anak okeh.
.
1. Aku padamkan internet untuk beberapa hari. Buat macam alasan, internet kena potong la, kabel hilang la. Rosak la. Lepas tu aku on balik la. Risiko orang tua pulak yang meroyan pun ada.
.
2. Kalau tiada internet, mesti layan kartun. Jadi aku buat benda yang sama dengan TV. Lock channel, atau limit subscription. Channel yang ada cuma Berita Jam 10 dan Dokumentari.
.
3. Kena keluar dari rumah. Pergi camping atau panjat bukit. Biar berpeluh. Biar tiada coverage handphone lagi baguih. Aku bawa diorg pergi pejabat tanah haritu. Anak aku main kejar-kejar depan kaunter. Gasak.
.
4. Aku layan cuci tangga dan basuh rumah. Kau suruh anak pancut air, tabur sabun dan sental. 5 minit lepas tu kau tengok anak kau tukar lantai jadi gelanggang skating dan mandi bawah tangga.
.
5. Selalu present dalam hidup anak. Not only exist tapi participate. Ambil bahagian. Layanlah anak main kuda, pedang dan jawab semula soalan dia macam orang dewasa.
.
Tapi serius memang rasa penat. Lagi senang kau bagi gajet, lepas itu buat hal sendiri. Tulang belakang aku macam tak boleh lurus. Lenguh tongkeng. Aku pun tak tahu mana energy diorang dapat. Ke aku dah makin tua? Koh..koh..
.
Tapi berbaloi. Bila aku teringat aku masa kecil dulu, semua benda lagho ini belum pun wujud. Tapi hidup kita gembira. Rasa lebih bermakna. Bahagia je. Lebih caring.
.
Atau kita mungkin lupa kadang kita perlu ada masa untuk 'divert' sekejap. Banyak je kita tengok keluarga duduk satu rumah tapi semua tidak ramah. Kita dok control anak main gajet, tapi kita ni pun sibuk update status. Camne?
.
Bak kata iklan, 'Disconnect to reconnect'.
Catatan akhir Ramadhan
Irwan Dahnil
Acah Pemutus Internet
Selayang, Malaysia

Berpendapatan RM10K sebulan tetapi masih rasa tidak cukup. Lelaki ini beri penyelesaiannya. Simple jer.



Back in 2008 I was earning about RM10K monthly which was a lot at the time. I had so much money that my wife was able to quit her job as a teacher to take care of our 4 kids full time. Life was good and I was happy. Fast forward to 2010, I found myself in financial ‘difficulties’. For some reason money was never enough. My wife and I were constantly arguing about our lack of money leaving me angry and frustrated.

One day I sat thinking, what the hell happened? How come I had a lot of surplus previously and now I never have enough even though my salary was increasing every year? After giving it a lot of thought, I realized that there was one BIG thing that I used to do in the past that I wasn’t doing anymore.

In 2008, a friend told me that as Muslims we are supposed to give 10% of our money away to charity. I couldn’t remember where his reference came from but it sounded reasonable and I trusted him. So every month I would give away at least RM1,000 to charity organizations such as Rumah Anak Yatim, Yayasan Amal Pahang, etc. Then there was one time in 2009, I was cheated by one of these organizations. That experience pissed me off which made me stop giving completely. And that was when all my problems started.

So after realizing this, I resumed my 10% giving. And all my money ‘problems’ seemed to melt away like magic. At the end of every month, I would always have more than enough money. After that ‘discovery’, I did a lot of research on this subject and found that many other people around the world have the same experience. There is a Universal Law that the Mat Salleh’s have called The Law of Giving. This law is universal because it applies to any one and any place at any time. Many books have been written on this subject and easily available on the internet.

I have shared my knowledge with many friends but each time the response has been the same. 10% is way too much for most people. There’s car loan and mortgage to be paid, etc. But let me ask you a question? Why are there people earning so much less and yet seem to have everything? And why are there people earning so much more and yet never have enough? I have friends earning more than RM30K monthly and they still complain it is not enough. It doesn’t make sense.
What I shared above is just the tip of the iceberg to open your mind and make you think. Giving always lead to receiving. The more you give, the more you receive.

Monday, June 27, 2016

Anda ada emas dan ingin pajakkan emas, lelaki ini beri tips bila masa pajakan yang sesuai dan menguntungkan.

eat this google: pajakan emas, untung ke pajakan emas, tips pajakan emas, bila pajakan emas, lokasi mana pajakan emas, bagaimana pajakan emas, nasihat pajakan emas, tip menguntungkan pajakan emas, pajakan emas terbaru, pajakan emas terkini, beli jual pajakan emas, untung pajakan emas, rugi pajakan emas


BILA WAKTU SESUAI PAJAK EMAS?
-----------------------------
.
Salah satu kelebihan simpan emas, kita senang dapat pinjaman segera bila perlukan duit tunai. Tapi kena hati-hati, sebab kos pajakan bukan murah, iaitu sekitar 1.15% sebulan atau sekitar 14% setahun. Selalunya, ianya berbaloi kalau digunakan sebagai pinjaman jangka pendek.
.
Setakat pemerhatian saya, ada beberapa ketika yang sesuai memanfaatkan kemudahan pinjaman bercagarkan emas, antaranya;
.
1. ROLLING BISNES - Nak guna duit untuk rolling bisnes dalam jangka pendek i.e. kurang 12 bulan seperti peniaga yang dapat job "project basis".
2. ROLLING PELABURAN LAIN - Nak guna untuk rolling dalam pelaburan lain yang boleh cover kos pajakan 1.15% sebulan seperti peluang membeli hartanah jauh di bawah market value e.g. lelongan.
3. BACKUP BELANJA HANGUS - Dijadikan backup untuk belanja hangus supaya duit simpanan tak turut sama hangus. Sebelum pajak, kenalpasti dulu sumber duit untuk bayar pinjaman dan kos pajakan.
4. TAMBAH STOK PENIAGA EMAS - Bila harga emas jatuh mendadak, itu waktu bagus untuk peniaga emas tambah lagi stok emas mereka. Stok itu akan dijual bila harga emas kembali normal.
.
Selain daripada tujuan ini, kena hati-hati dan kena teliti sebelum gunakan kemudahan pajakan...
.
‪#‎tipspelaburanemas‬ ‪#‎tipspajakemas‬ ‪#‎pajakemas‬ ‪#‎simpanemas‬



Saturday, June 25, 2016

Adakah anda rasa bersedekah ini mengurangkan harta anda? Kisah wanita ini ada jawapannya.

sedekah, cerita sedekah, keajaiban sedekah, cerita benar sedekah, balasan sedekah, kisah benar sedekah, tauladan sedekah, kisah terbaru sedekah, cara sedekah, tempat sedekah, lokasi sedekah



[ ALLAH BAYAR 'CASH' ]
Beberapa hari lepas, saya poskan sedikit sumbangan untuk asnaf di Kelantan, yang akan disampaikan oleh sahabat di sana. Sumbangan kecil dan sedikit sahaja, iaitu pakaian raya kanak-kanak yang saya tidak habis jual dulu.
Selepas suami saya sakit, memang saya niat untuk sedekahkan sahaja baju-baju itu pada orang yang kurang berkemampuan.
Selesai sahaja proses pembungkusan dan poslaju, saya terima mesej dari seseorang.
"Uda, saya ada masukkan sedikit sumbangan untuk awak sekeluarga. Buat belanja raya ya"
Allahuakbar. Perasaan saya seperti 'meremang'. Saya baru sahaja sedekah sedikit, Allah sudah membalas tanpa lengah buat kami.
Tidak berapa lama selepas itu, seorang lagi sahabat menghantar mesej di Whatsapp.
"Askm kak odah...Ada duit raya sikit yg diberi di bulan ramadhan... Dari hb aku.. Aku masuk kat maybank ko..Utk anak2 ko"
Saya sudah sebak.
Dan Allah juga menyusun, selepas itu ada seorang lagi sahabat memaklumkan, dia telah masukkan sejumlah duit buat saya dan anak-anak.
Allahuakbar. Alangkah besar rahmatNya, mengurniakan orang-orang baik di sekeliling kami.
Sungguh malu rasanya. Saya hanya sumbang sedikit ya amat. Ibadah juga tidak banyak mana bulan ini. Tapi Allah membalas tanpa henti dan tanpa tangguh-tangguh kepada kami. Allahuakbar. Rasa seperti - tak tahu mana mahu letakkan muka di hadapanNya.
Saya terkenang pada Ramadhan tahun sudah. Waktu itu di masjid dengan anak-anak.
Saya sudah niat hari itu mahu bersedekah sedikit di masjid. Terus terang, waktu itu memang betul-betul 'bajet' segala-galanya. Saya niat mahu masukkan RM20 malam itu. Kemudian, entah kenapa rasa mahu beri RM50. Rasanya ada RM50 sahaja dalam dompet saya waktu itu. Saya buka beg duit, ada dua not RM50 rupanya.
Akhirnya, saya masukkan kedua-dua not RM50 itu ke dalam tabung masjid. Allahuakbar. Saya tidak fikir apa-apa. Waktu itu cuma berdoa, mudah-mudahan menjadi asbab Allah menurunkan rahmat kesembuhan buat suami. Saya hanya ada tawakkal, yang Allah akan mencukupkan semuanya bagi kami. InsyaAllah.
Esoknya di Bangi, ada kenalan datang berziarah.
Katanya, "Kak Uda, ini RM500 untuk Kak Uda. Ini semua untung saya meniaga semalam. Saya memang niat nak bagi Kak Uda dan Abang Wan semuanya."
Ya Allah. Bagaimana kami boleh menemui insan yang sebaik ini?
Dan petang esoknya, datang seorang kenalan lama bisnes kami dari Melaka. Kakak itu menghulurkan sejumlah wang dalam sampul surat.
"Buat belanja" katanya.
Saya membuka sampul itu setelah dia pulang. MasyaAllah. Di dalamnya ada RM1,000.00.
Sungguh, jika saya kenang-kenangkan, terasa meremang dan takjub dengan kuasa Allah. Jika orang kata, sekarang kalau buat jahat ke apa, Allah akan bayar 'cash'. Tapi sebenarnya 'cash' yang lebih berlipat ganda Allah beri pada kita, iaitu jika berbuat kebaikan, iaitu bersedekah.
Saya banyak sangat belajar dari bab sedekah ini. Walaupun saya sedekah hanya sedikit, tetapi Allah mengajar saya sungguh banyak. Saya percaya juga, ini hanyalah secebis kisah. Setiap dari kita pasti ada cerita masing-masing tentang keajaiban bersedekah ini.
Sememangnya Allah tidak pernah memungkiri apa yang telah disebutkan dalam firmanNya :
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” (Al Baqarah : 261)
Terima kasih membaca catatan ini. Mohon maaf jika ada tersalah kata.
Wallahu'alam
Raudzah Arippin
Catatan 20 Ramadhan 1437H