Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tuesday, September 30, 2014

Hebatnya kerinduan Bilal Bin Rabah Terhadap Rasulullah saw

Siapa tahu pemilik bunyi derapan kaki di syurga?
Di dunia dia hitam..
Di dunia dia hamba..
Dia dunia dia tak punya apa apa..
Beliau kasihkan Rasulullah..
Rasulullah kasihkan beliau..

Bilal beriman kepada Allah walau disiksa dengan teruk sekali..
Selepas Rasulullah wafat dia pindah dari Madinah kurang sikit kerinduan nya.. tapi lagi kuat rindunya..
Nak bagitahu kat sini yang Bilal punya rindu kat Rasulullah tak sebanyak kita rindu Rasulullah..
Bilal sampai tak nak azan sebab sebak..
Sebelum dia azan..
Dia akan kejut Rasulullah dari tidur..
Kalau tak dia.. Rasulullah yang kejut kan dia..
Rasulullah selalu tunggu dia dari menara lepas dia azan..

Rasulullah sambut dia..
Mana mungkin dia tak rindu..
Bilal takut..
Takut di tinggal Rasulullah..
Sebab dia rindu..
Hebat bilal ni..
Lepas dia keluar dari Madinah tu.. Dia ke syam rasanya
Dia ingat dia dapat kurangkan rindu..
Tp lagi bertambah rindunya..

Satu malam tu bilal bermimpi Rasulullah..
Rasulullah tanya knpa dia dah lama tak melawat Rasulullah..
Mana bukti dia rindu Rasulullah..
Pastu bilal terkejut.. Dia nangis.. Nangissss beria ria.. Sangat..

Sampai keluarga dia tanya "kenapa bilal kenapa kamu menangis"..
Bilal cakap "aku bermimpi Rasulullah"..

Pastu esoknya dia balik semula ke Madinah..
Dlm perjalanan tu dia menangis..
Menangis sebab rindukan Rasulullah
Dlm hati dia cuma satu.. 
Kepulangan dia cuma nak melepaskan rindu pada kekasihnya..
Sampai suara dia tak ada
Sampai shja dekat maqam Rasulullah..
Dia memberi salam dalam suara yg lemah dengar tak je suara..

Sbb dia nangis terlampau sangat.. Sbb rindu yg kuat sgt..
Dia beri salam.. "Assalamualaika ya Rasulullah, assalamualaika ya habiballah"

Masa tu khulafa ar rasyidin tepuk kepala bilal.
Masa tu saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar..
Lupa antara salah seorang tu ckp kat bilal
"Wahai bilal, ingatlah airmata yang menangis kerana rindukan Rasulullah itu.. Takkan ditinggalkan Rasulullah"
"Dan engkau adalah orang yang tidak pernah ditinggal Rasulullah"..

Pernah tak awk nangis kerana rindu Rasulullah??
Jwb sendiri..
Pastu bilal tanya "benarkah begitu?"
Khulafa ar rasyidin pun menjawab.. "Benar"..
Pastu bilal terus peluk mereka
Airmata kurang dah.. 
Sbb gembira dgr Abu Bakar kata begitu..

Allah Allah Allah..
Lepastu Abu Bakar kata..
Sudah beradanya kamu di madinah.. Bagaimana kalau kamu azan..
Lepas tu bilal toleh kat menara..

Bilal teringat Rasulullah
Airmata yg tadi dah berenti, datang balik..

Bilal nangis lg..
Bilal berkata..
"Tidak Abu Bakar tidak wahai Umar.. 
Aku tidak kuat lagi untuk azan"..

Lepas tu, datang dua anak kecil
Sorang pegang tgn kanan sorang pegang tgn kiri..

Teka siapa anak kecil dua orang itu????
Kanan Saidina Hassan kiri Saidina Hussin..
Lepas tu Bilal terus lahir rasa syukur sbb Allah hadir kan anak kecil yg merupakan orang yang dikasihi Rasulullah..
Wajah Hassan mirip Rasulullah..
Kaki Hussin mirip Rasulullah..
Bilal tengok wajah Hassan dan tengok kaki Hussin byk kali..
Lepas Bilal tengok Saidina Hassan dan Hussin..Bilal peluk mereka.. Jelas.. 
Bilal terbau bau Rasulullah..

Sollu alan nabiy!
Macam tu sekali cintanya Bilal pada Rasulullah..
Tak lama selepas itu..
Hassan dan Hussin berkata..
"Bilal aku rindu mahu mendengar suara kamu melaungkan azan"

Mereka minta Bilal azan.. 
Bilal toleh pada Abu Bakar dan Umar..
Abu Bakar suruh Bilal lakukan..

Masuk waktu.. Ramai orang tunggu Bilal untuk dgr Bilal azan..
Ramai dah bertanya "di mana Bilal? Mana Bilal?"..
Lepas tu terpancar satu cahaya dari susuk tubuh yang gelap..

Bilal mmg gelap..
Tp dari kegelapan kulitnya terpancar satu cahaya yang menunjukkan cahaya pertama dia mencintai Rasulullah..
Bilal mula berdiri ditempat yang biasa beliau berdiri..
Semua orang menangis kerana teringat kenangan bersama Rasulullah..
Bilal terus berjalan untuk naik ke menara..
Masa naik tu Bilal nangis lagi
Bilal teringat Rasulullah..

Bilal terlihat dimata tempat Rasulullah menghantarnya menunggunya ketika dia azan..
Orang ramai yang menyaksikan Bilal ketika itu pakat menangis..
Sehingga dikatakan tiada tangis sebanyak tangis ketika waktu itu di Madinah..

Akhirnya bilal terus memulakan azannya
الله اكبر الله اكبر
Dengar shja suara Bilal azan..
Semua jemaah menangis..

Menangissss sedih.. 
Rindu Rasulullah..
Rindu kekasih.. 
Rindu kekasih Allah..
Bilal teruskan juga azannya..

Masa tu jemaah ada yang menangis.
Jatuh..
Malah ada yang pengsan..
Knp mereka nangis??..
Knp mereka jadi lemah?
Knp mereka jd camtu?
Sebab teringat kenangan bersama Nabi Muhammad SAW..

Sehingga orang yang diluar masjid pun terkejut dgr Bilal azan.
Ada yang bertanya..
"Adakah Rasulullah dibangkitkan lagi, dibangkitkan semula?"
Sebab dulu bila dgr suara Bilal, mesti ada Rasulullah..
Jadi bila mereka terdengar suara Bilal..
Yang sudah lama tak kedengaran..
Seolah Rasulullah ada disitu..
Sbb tu mereka bertanya adakah Rasulullah dibangkitkan lagi..

Dijawab orang yang kat situ "Tidak, Itu suaranya Bilal"..
Lepastu mereka menundukkan kepala..
Masa azan Bilal bin Rabah sampai di kalimah Syahadah..

Makin ramai yang menangis..
Sehingga tangisan itu didengari..
Bilal juga menangis.. 
Sampai suaranya hilang..

Masa menyebut nama Muhammad.. Bilal terus pengsan
Kemudian Bilal tersedar..

Bilal berkata, 
"Lanjutkan.. aku tidak mampu melanjutkan"..

Di saat kalimah MuhammadarRasulullah,
Bilal jadi lemah..

Allahu Rabbi...
Macam tu lah kerinduan Bilal kepada Rasulullah..
Ketika menyebut nama Rasulullah..
Itu yang Bilal rasa..
Rindu.. 
Rindu sampai lemah.. 
Tak terdaya..

Tp bila kita sebut nama Rasulullah.. Muhammad saw..
Apa yang kita rasa?
Apa yang kita rasa wahai sahabat ku semua ??

Dan pernah terfikir apa perasaan Baginda kalo tengok keadaan kita sekarang ..?
Bangga kah baginda dgn solat kita ? Aurat kita ? Ikhtilat(pergaulan lelaki perempuan) kita ?

Fikir sendiri, jawab sendiri.
**tiru dan lekat. 
Moga Allah jadikan kita orang yg benar2 mencintai baginda Rasulullah, bkn setakat lafaz dibibir.
Sollu 'alannabiy 

Ketika perut rasulullah saw berbunyi



KETIKA PERUT RASULULLAH BERBUNYI


Suatu ketika Rasulullah SAW menjadi imam solat. Para sahabat yang menjadi makmum di belakangnya mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Rasulullah bergeser antara satu sama lain.



Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai sholat, ”Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, apakah Anda sakit?” Namun Rasulullah menjawab, ”Tidak. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”



Mendengar jawapan ini Sahabat Umar melanjutkan pertanyaannya, ”Lalu mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…”



Melihat kecemasan di wajah para sahabatnya,Rasulullah pun mengangkat jubahnya.
Para sahabat amat terkejut. Ternyata perut Rasulullah yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil untuk menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali tubuh Rasulullah bergerak.



Umar memberanikan diri berkata, ”Ya Rasulullah! Adakah bila engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan, lalu kami hanya akan tinggal diam?”



Rasulullah menjawab dengan lembut, ”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu ini. Tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya?” Para sahabat hanya terpegun.



Rasulullah melanjutkan, ”Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”



MasyaAllah betapa cintanya Rasulullah kepada umatnya.
Semoga kelak di akhirat nanti kita mendapatkan Syafa'atul Udzmah di Yaumil Qiyamah nanti..dan kita di kukuhkan keimanan serta keIslaman kita agar terus meneladaninya...

Monday, September 29, 2014

Siapakah yang akan mendapat naungan daripada ALLAH swt ?


Sabda baginda Rasulullah SAW, “Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.
(1) Pemimpin yang adil, 
(2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah SWT, 
(3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, 
(4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah SWT, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, 
(5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’, 
(6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta 
(7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya basah kerana menangis.” 
(HR: Abu Hurairah, Sahih Bukhari)

Menghapus dosa dengan berbuat baik kepada ibu bapa



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". 
(Al-Ahqaaf 46:15)


Mereka (yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji seperti itu) ialah orang-orang yang Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya; (mereka akan dimasukkan) dalam kumpulan ahli Syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka. 
(Al-Ahqaaf 46:16)

Wednesday, September 24, 2014

(Video) Sekiranya ajal belum tiba.

Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Kamilah yang kekal memiliki segala-galanya. (Al-Hijr 15:23)


Monday, September 22, 2014

Tips mudah memikat hati isteri



Seorang suami kerja jurutera jumpa saya sedih kerana katanya dia sayang isterinya tapi segalanya dah tawar, hambar, dan masing bawa diri masing-masing. Sebumbung dan sebantal tapi mimpi lain-lain. Lebih malang jadi macam musuh.
4 tahun bersama isterinya malas, tak solat dan isterinya asyik mengamuk jer. Dia rasa nak lari dari rumah..
Abang ada berapa orang anak? 1 orang.
Saya dah buat pelbagai usaha. Saya rajin pergi kuliah agama..ajak dia tapi dia tak nak ustaz. Dah merata doa dan air penawar saya minta. Saya tegur semua tak mahu dengar.
Allah sayang saudara. Pasti saudara sayangkan isteri..
Saudara buat beberapa amal ini. Hati ini segalanya..Hati manusia dalam genggaman Allah. Bila-bila masa Allah boleh tukar hatinya dan jauh lebih baik dari kita. Hati ini raja. Bila dapat hati kita dapat semuanya..saya pernah praktikkan dan ramai yang ada masalah begini Allah mudahkan buat mereka..Itulah harga hidup ini Redha Allah

Dulu saudara mengorat dan dah dapat anak seorang. Sekarang saudara mengorat ,menawan, menggoda dia kerana Allah. Kerana dakwah. Ini semua dapat pahala korban. Berjuang itu manis buat seorang daie yang ikhlas
1) saudara selalu beli hadiah atau bunga buatnya..buat kejutan..beli bunga bagi masa di pejabatnya. Depan orang ramai..saya pernah bagi di luar dugaan isteri saya. Dia ingat ulang tahun perkahwinan mesti dapat 1 bunga besar..saya bagi 2...satu beri di rumah mertua..1 bagi di tempat kerjanya..sekali sekala masuk rumah suh dia pejam mata dan pakaikan gelang untuknya..kadang-kadang masa tiada duit beli sekuntum jer bunga..
2) Bagi dia duit bulan-bulan ikut kemampuan saudara..bagi secara mengejut jika dapat bonus...
3) Buat-buat macam lupa tarikh penting tarikh lahir dan anniversary. Buat-buat tak tahu rupanya kita telah siap sedia buatnya. Wanita teruja begitu
4) Hargai ibubapanya dan adik beradiknya. Ambil cuti hantar ibuayahnya jika sakit. Beri khidmat..buat seperti mak ayah kita..
5) Picit kaki dan tangannya...terima kasih sayang jaga anak-anak dan uruskan rumah buat abang..
6) Beri paling kurang 7 pujian dan 7 pelukan sehari...wanita terutamanya dahagakan kasih sayang dan belaian....
7) Hidupkan Ta'lim rumah bersama isteri pada waktu tetap..
8) Banyak menangis waktu malam doakannya..sekali sekala doa kuat sikit dengan bersungguh dan menangis supaya dia tahu.kita serius nak dia berubah..
9) Masuk rumah senyum, bagi salam, terus peluk dukung isteri dan anak-anak
10) Tolong kerja berat seperti buang sampah yang berat atau pindahkan barang berat.
11) Sediakan telinga dengar apa dia cakap...jangan jawab atau tambah..wanita selalu jatuh hati pada orang suka mendengar..
12) Ajak makan berdua di bawah bulan purnama..hee..candle light Dinner..suap-suap sikit. Lagi elok masa rindu sgt..nanti bahasa lagi manis yang keluar masa tu.
Selepas itu insyaAllah abang ajak dia.belajar agama, berada di jalan Allah, menangis dalam tahajud semuanya mudah..
Dia mulakan dalam masa 1 bulan isterinya berubah. Kini isterinya yang baca hadis dan ajak beliau berjuang di jalan Allah.Buat wanita pun sama jika suami kurang kesedaran...isteri pula buat seperti di atas. Jika benar ikhlas cinta kerana Allah..
Orang berjaya ialah mereka yang bermuhasabah diri.Hidup ini bertolak ansur satu sama lain.Pegang tangan mereka dan bawa masuk syurga.-ebit lew 

Saturday, September 20, 2014

Kisah Lucu Dan Sedih Umar Kepada Rasulullah saw


Kisah Lucu Dan Sedih Umar RA Kepada Rasulullah
Suatu ketika Rasulullah SAW berkumpul dengan para sahabatnya, Rasulullah berkata pada Umar RA,
"Cuba ceritakan kepadaku kisah yang membuat aku ketawa dan membuat aku menangis."
Kemudian Umar RA pun bercerita. "Dahulu sebelum aku mengenal Islam, aku membuat patung berhala dari manisan. Lalu aku pun menyembah patung manisan itu."
"Demi Lata Uzza Mannat Engkau lah yang mulia, beri aku makanan sebagai rezeki darimu." Kataku. Waktu itu aku menyembah patung namun perutku sedang lapar. Selesai menyembah berhala aku menuju ke dapur, tidak aku dapatkan makanan di sana lalu aku kembali ke ruangan persembahyangan. Tidak ada makanan selain Tuhan sembahanku, akhirnya dengan rasa sesal aku memakan Tuhanku sendiri yang ku sembah-sembah sebelumnya. Aku memakan berhala tersebut bermula dari kepalanya, terus tangannya hingga habis tidak tinggal. "
Mendengar cerita Umar Rasulullah tertawa hingga kelihatan gigi gerahamnya, Baginda bertanya,
"Di mana akal kamu masa itu?"
Umar Menjawab, "Akal kami memang pintar tetapi sembahan kami yang menyesatkan kami."
Lalu Rasulullah berkata kepada Umar,
"Ceritakan kepadaku hal yang membuat aku menangis"?
Umar pun memulakan ceritanya "Dahulu aku punya seorang anak perempuan, aku ajak anak tersebut ke suatu tempat, tiba di tempat yang aku tuju, aku mula menggali sebuah lubang. Setiap kali tanah yang aku gali mengenai bajuku, maka anak perempuanku akan membersihkannya."
"Dia tidak mengetahui sesungguhnya lubang yang aku gali adalah untuk menguburnya hidup-hidup, untuk persembahan berhala. Selesai menggali lubang, aku mencampakkan anak perempuanku ke dalam lubang. Burrr .... dia menangis kuat sambil menatap wajahku. Masih terngiang-ngiang wajah anakku yang masih tidak mengerti apa yang dilakukan ayahnya sendiri dari bawah lubang. "
Mendengar cerita itu menitislah air mata Rasulullah. Begitu juga dengan Umar menyesali perbuatan jahiliyyahnya sebelum dia mengenal Islam.

Saturday, September 13, 2014

Jangan bersedih wahai diri (bahagian 1)

" Wahai anak adam ! Jangan engkau bergembira dengan kekayaan atau bersedih dengan kemiskinan dan janganlah engkau berdukacita dengan ujian dan bergembira dengan kerehatan.

Sesungguhnya emas yang baik diketahui bila diuji dengan api dan hambanya yang soleh itu diketahui bila diuji dengan ujian."


~ Saidina Ali ~



Wednesday, September 10, 2014

Tips perancangan sebelum berhenti kerja

Segala Puji-pujian Bagi ALLAH. Tuhan Sekalian Alam.

Muhammad saw.

Salam,

Alhamdulillah. Sudah lebih 3 bulan aku berhenti makan gaji dan memulakan langkah bekerja sendiri dengan buat bisnes. Satu keputusan yang agak sukar tetapi keinginan untuk berbisnes makin meninggi apabila umur semakin meningkat. Memang dalam target, sebelum umur 40 tahun aku nak ada bisnes sendiri. Jatuh dan bangun sesuatu bisnes aku yang tanggung. Jadi macam mana persediaan aku sebelum berhenti kerja makan gaji kepada bisnes. Adakah aku main terjah berhenti sahaja ? Bagaimana dengan sumber kewangan aku untuk masa akan datang. Di sini aku nak ceritakan sedikit tips dan langkah-langkah awal sebelum aku membuat keputusan  berhenti kerja makan gaji kepada bidang perniagaan.

Niat dalam hati kerana ALLAH swt.
Pertama aku niat dalam hati semua keputusan yang aku ambil adalah kerana ALLAH swt. Setiap niat kita dan perancangan masa depan kita hanya kerana ALLAH swt. Ini kerana segala perancangan kita tidak akan menjadi sekiranya ALLAH tidak membantu kita. ALLAH akan bimbing kita sekiranya kita ikhlas dan berniat baik kerana ALLAH swt. Jadi apa niat aku untuk berniaga? Sudah tentu ingin mendapat keuntungan dan menanggung keluarga. Tetapi jangan lupa sertakan niat itu, jika perniagaan itu maju, aku ingin membanyakkan bersedekah dan menolong orang lain yang perlu di tolong.

Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu. (Al-Muzzammil 73:9)

Kukuhkan simpanan yang mencukupi.
Buat perniagaan ini ada turun dan naiknya. Tidak menentu. Banyak cabaran, dugaan dan ujian. Ada yang banyak kali jatuh dan ada juga berjaya setelah banyak kali jatuh dalam dunia perniagaan. Jadi sebelum kita nak berhenti kerja. Kukuhkan sebanyak mungkin kewangan anda. Kewangan bukan sahaja untuk modal perniagaan tetapi menanggung diri dan keluarga anda. Perbelanjaan rumah masih perlu di tanggung seperti barangan rumah dapur, bil dan pinjaman perumahan. Jadi kewangan kukuh dapat membantu anda sekiranya perniagaan masih belum menghasilkan keuntungan yang di kehendaki dan ia tidak akan effect perbelanjaan keluarga.

Cari kerja tambahan ( part time ).
Bagaimana nak kukuhkan sumber kewangan dalam simpanan. Macam aku, aku ada 3 sumber yang datangnya duit simpanan aku semasa aku berkerja makan gaji dulu. Pertama dari duit baki gaji bulanan aku. Kedua dari duit claim elaun kerja aku. Setiap baki dan duit elaun aku simpan ke dalam ASB. Kena disiplin menyimpan. Sebab bila kita ada niat untuk jangka masa yang panjang, kita automatik akan berdisiplin untuk menyimpan. Ketiga sumber kewangan aku adalah wedding photographer. Alhamdulillah dengan minat dan hobi aku jadikan ia sumber tambahan simpanan aku. Setiap keuntungan kerja photography itu aku masukkan dalam ASB. Gunakan skim pelaburan ASB sebagai tempat menyimpan kerana setiap tahun ia boleh memberi pulangan yang menguntungkan dan menambahkan simpanan kita. Jadi cari sumber kewangan tambahan dengan kerja part time. Ia hanya bertujuan mempercepatkan simpanan kewangan aku.

Setlekan atau meminimumkan hutang terutama kad kredit.
Kalau ada hutang piutang seperti rumah/kereta/motosikal/kad kredit/pinjaman peribadi, elok di setlekan semua hutang dulu atau meminimumkan hutang tu. Cuma hutang rumah memang agak sukar kita nak habiskan dalam masa terdekat kecuali korang ada caranya.Tapi hutang lain selain rumah, aku cadangkan korang semua setlekan la secepat mungkin. Elak berhenti kerja sebelum hutang-hutang itu setle. Macam aku semua hutang aku dah setle kecuali rumah dan kad kredit. Tetapi kad kredit, aku dah meminimumkan hutang aku dan insyaallah hujung tahun ni selesai dan boleh potong kad tu. Bukan apa, bila aku nak berniaga nanti, aku takde la tertekan sangat apabila setiap bulan nak bayar hutang. Kalau untung berbisnes kurang takde la tertekan nak bayar hutang-hutang tu. Jadi kalau ko ada kereta yang dah habis bayar, elok la jangan buat hutang baru. Macam aku. Sejak habis bayar hutang kereta 7 tahun lepas, hidup aku alhamdulillah tidak tertekan dengan hutang. Pakai apa yang ada. Janji ia selamat boleh bawa kita ke lokasi yang kita nak pergi. Kalau kita susah siapa yang nak tolong kan?

Susun balik style kehidupan
Kalau dulu korang selalu makan luar, elok la di kurangkan. Praktis masak dan makan di rumah. Dulu kalau korang suka melancong setaip minggu or bulan, mungkin boleh di kurangkan. Dulu kaki tukar gadget, sekarang maintain la apa yang ada dulu. Apa sahaja style kehidupan korang yang boleh kurangkan kos korang dari berhutang, elok kurangkan semasa masih makan gaji. Praktis kehidupan sebagai seorang yang baru nak berbisnes. Takut nanti korang "terkejut" dengan kehidupan selepas tidak makan gaji. Selain itu ia boleh melatih korang hidup sederhana dan tidak membazir. Kehidupan kita ni bagaikan roda. Tidak selalu di atas atau bawah.

Aku rasa itu aku amalkan sebelum aku nak berhenti kerja. Syukur walaupun perubahan style kehidupan aku berubah, ia sedikit sebanyak tidak memberi tekanan pada aku. Sebab aku dah bersiap sebaik mungkin sebelum meletak jawatan dan memulakan buat bisnes. Walaupun permulaan bisnes aku tidak dapat keuntungan seperti gaji bulanan aku tetapi ia permulaan yang bagus dalam berbisnes.

Antara hikmah berbisnes nie, aku makin lama dekatkan diri pada ALLAH swt. Solat fardhu insyallah aku jaga sebaiknya. Campur dengan solat sunat yang di anjurkan seperti shuha, sunat subuh. Dekatkan diri dengan ALLAH swt. Baca quran dan terjemahannya. Insyaallah hati tenang. Ingat ALLAH dan ZIKIR. Mohon ALLAH swt jaga aku dan keluarga. Dan supaya aku sentiasa menerima apa sahaja takdir yang ALLAH tentukan untuk aku dan keluarga.

Fahami Firman ALLAH swt supaya kita sentiasa berserah dan bertawakal hanya pada ALLAH. ALLAH yang beri rezeki dan bukan manusia. Ingat tu.


Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia. (An-Najm 53:25)

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! (Ar-Rahmaan 55:29)

Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. (Al-Hadiid 57:5)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Al-Munaafiquun 63:9)

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! (Al-Mulk 67:14)

Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Asy-Syuura 42:12)

Tuesday, September 9, 2014

Apabila kita sukar untuk sujud pada ALLAH. Apa akibatnya kelak di akhirat.

Salam.

Segala Pujian Bagi ALLAH.

MUHAMMAD saw.

Ini peringatan dan pemberitahuan untuk saya dan saudara islam saya. Gambar di bawah saya jumpa di wall facebook saya. Ia mempamerkan ayat al quran yang memberi peringatan di akhirat kelak dan azab seksaan dari ALLAH swt apabila kita berat untuk sujud dan beriman kepaa tuhan yang esa.

Terkenang saya dosa-dosa yang lampau, di lalaikan dengan hiburan duniawi. Tidak menitik beratkan ketaqwaan dan keimanan saya pada ALLAH swt. Sukar untuk saya percaya kelalaian saya itu sungguh besar kerugiannya pada masa lampau. Kenapa saya begitu lalai dan tidak mengendahkan peringatan dan ajaran AL QURAN.

Syukur pada ALLAH swt yang membuka hati dan jiwa ini, masih di beri peluang untuk menebus dan kembali ke jalan yang lurus agar ALLAH swt merahmati saya.

Cukup-cukup la saya mengumpul dan mengejar harta dunia ini, tak salah untuk kita kumpul harta dunia tetapi biar la kekayaan kita itu menyumbang kepada jalan ALLAH swt. Bukan kita terjatuh kepada kelalain dengan harta dunia ini.




Sunday, September 7, 2014

Rasulullah saw merindui kita sekarang.

Bismillah.

Muhammad saw

Salam.

Kalau kita tanya anak-anak kita atau kanak-kanak sekarang. Siapa kah ikon mereka ? Tanya dengan spontan. Adakah jawapan mereka Muhammad saw ?

Kalau kita tanya anak remaja kita. Siapakah idola mereka ? Tanya dengan spontan. Adakah jawapan mereka Muhammad saw ?

Pasti ada yang menyebut Muhammad saw. Dan pasti ada yang menyebut nama selain Muhammad saw. Dan yang paling di takuti, mereka menjawap mereka tidak kenal siapa Muhammad saw.

Apa yang kita boleh bayangkan kehidupan zaman sekarang. Zaman yang penuh dengan melalaikan dengan hal duniawi.

Kita di hidang dengan hiburan 24 jam.

Kita di hidang dengan teknologi.

Kita di hidang dengan kehidupan kemewahan.

Kita di hidang dengan anak yang ramai.

Cuba kita renung sejenak.

Berapa banyak selawat kita kepada Rasulullah saw ?

Berapa kerap kita mengingati Muhammad saw di ketika kita berehat ?

Sudah kah kita menyintai dan merindui baginda saw ?

Ya Rasulullah aku kerap melupakan mu.

Ya Rasulullah aku tidak mengikut sunnah mu.

Ya Rasulullah aku lalai dengan peringatan mu.

Ya Rasulullah aku lupa aku perlukan syafaat mu.

Syukur segala kepujian Ya Allah, ko sentuh hati aku untuk aku kembali ke jalan yang kau redhai.

Friday, September 5, 2014

Niat dalam diri untuk menyelesaikan hutang.

Bismillah. Muhammad saw. |

Salam sahabat.

Sejak awal tahun hari tu, aku berazam untuk selesaikan hutang. Iaitu hutang kad kredit aku. Aku dah takde hutang kereta. Alhamdulillah. Aku takde hutang pinjaman peribadi. Alhamdulillah. Aku hanya ada hutang rumah sahaja. Hutang rumah ni pun memang tak boleh nak di habiskan secara cepat melainkan aku ada duit cash setiap bulan masuk RM10k. Hehehe.

Aku dah merasa nikmat yang ALLAH beri pada aku untuk tidak menukar kereta bagi mengelak aku berhutang dengan tempoh masa yang lama. Masuk tahun ini, lebih 7 tahun aku tak bertukar kereta sejak tahun tahun terakhir aku bayaran duit bulanan ansuran kereta. Perasaan bila dah tak bayar hutang kereta ini tak terucap.

Memang di akui, bila tengok rakan-rakan tukar kereta, kereta sekarang pulak ada yang model-model baru yang aku berkenan, tetapi alhamdulillah aku dapat elak dari menukar kereta dan menambah hutang. Biar lah aku pakai kereta lama tu. Jimat perbelanjaan aku bulanan. Tak pening nak fikir kos maintenance. Barang ganti mudah nak dapat dan ramai bengkel-bengkel boleh baiki kereta aku tu. Jadi alhamdulillah ia menyenangkan aku.

Ada juga rakan-rakan 'push' aku tukar kereta. Alasan mereka, aku dah penat-penat kerja, kena la rewards diri dengan kereta baru. Bagi aku beli kereta baru dengan hutang baru bukan me'reward'kan diri tetapi melukakan jiwa dan raga. Hehehe. Tapi aku tak menyalahkan mereka, masing-masing ada pendapat dan pandangan masing-masing. Yang penting hormat dan tidak perlu perlecehkan pandangan orang lain.

Walau apa pun orang nak cakap, aku tetap dengan pendirian aku. Aku dan isteri pun dah bersepakat untuk tidak menukar kereta. Kereta isteri aku pun dah habis bayar. Kami nak rasa nikmat tanpa hutang kereta selama yang boleh. Kami nak tumpu pada amalan-amalan bersedekah dan membantu orang susah atau anak-anak yatim. Bekalan kami di akhirat. Kami tak nak nak bagi bekalan kami di bank-bank. Hehehe.

Semalam terbaca satu blog berkenaan dengan semakin ramai rakyat malaysia bankrap di sebabkan hutang kereta. Lihat gambar statistik di bawah. Di salin dari blog PAKDI.




Aku tak nak termasuk dalam statistik di atas. Ingat lah, hidup kita bagaikan roda, bukan sentiasa di atas. Bila kita berada di atas, kena lah beringat dan bersedia sekiranya kita akan jatuh kebawah pula. Bila kita bersedia apabila kita berada di bawah, insyaallah kita akan sentiasa berada dan menjalani kehidupan dengan tenteram juga.

Bagi mereka yang baru melangkah ke dalam dunia pekerjaan. Nasihat saya yang dah lalui semua itu. Nasihat ini berdasarkan pengalaman 15 tahun yang lepas dan ada perkara yang terasa rugi bila tidak melaksanakannya pada waktu mula-mula bekerja.

  • Yang paling UTAMA. Ingat ALLAH. Solat. Jangan syirikkan ALLAH. Jaga Ibu-Bapa. Cari kawan yang betul. Banyakkan bersedekah/beristighfar.
  • Menyimpan duit gaji. Selalu orang cadang 10% dari duit gaji. Kalau boleh lebihkan. Simpan dalam ASB atau instrumen pelaburan yang boleh bagi return bonus setiap tahun. Biar duit atau orang yang bekerja dengan duit kita.
  • Beli EMAS sedikit demi sedikit. Beli emas fizikal dan sentiasa konsisten membeli emas. Ko akan tahu selepas 15 tahun nanti berapa emas yang kau miliki dan betapa beruntungnya kau miliki emas. Orang kata memiliki emas bagus sebab daya penarik kekayaan. Tak tahu la. Yang penting ALLAH yang beri rezeki.
  • Jika ada duit lebih, beli rumah atau hartanah. Bukan beli kereta baru. Cari rumah yang mampu milik. Kalau tak menyewa kat orang lain, at least kau ada harta. Kau takkan menyesal bila kau beli rumah waktu muda.
  • Memiliki kereta. Zaman sekarang mmg kena ada kereta kan. Beli yang mampu milik dan jangan habiskan duit gaji kau dengan membayar hutang kereta. Katakan gaji kau RM3000. Beli kereta terpakai/baru yang bayaran bulanan RM400 ke bawah. Aku suggest beli kereta proton saga. Hehehe.
Itu lah serba sedikit nasihat aku tak seberapa nie. Jika kau lakukan perkara di atas di awal waktu muda, selepas 15 tahun kau bekerja, kau akan rasa betapa beruntungnya kau buat perkara-perkara di atas. Mungkin sebelum umur kau 40 tahun, kau dah boleh goyang kaki dan boleh tumpukan pada amal ibadat dan amal soleh.

Terasa dah tua pulak bila bagi nasihat pada orang muda. Wohaaaaaa !!!