pengikut tegar

Thursday, January 12, 2012

Guna dakwat kekal dibenarkan untuk pilihanraya umum ke 13 (pru13)




Salam,



Nampaknya, pilihanraya umum ke 13 (pru13) akan datang akan menggunakan dakwat kekal sebagai salah satu cara untuk mengelaknya pengundi hantu sewaktu pilihanraya umum ke 13 (pru13) nanti. Penggunaan dakwat kekal sebelum ini bakal di gunakan pada pru12 2008 tetapi di batalkan pada saat akhir. Untuk pilihanraya umum ke 13 (pru13) ia bakal di gunakan dan majlis fatwa kebangsaan telah mengeluarkan fakta bahawa penggunaan dakwat kekal untuk pru akan datang adalah harus.




Sebelum ini penggunaan dakwat kekal menjadi satu isu di kalangan umat islam kerana adakah sah sembahyang sekiranya dakwat kekal masih kekal di jari sewaktu mengambil air sembahyang di lakukan. kerana adakah air sembahyang mengalir pada bahagian jari sekiranya dakwat kekal menutupi jari tersebut. 





Berikut adalah petikan kenyataan 





“Selepas mendengar pandangan pelbagai pihak termasuk, Jabatan Kimia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dakwat kekal yang diuji itu dibenarkan syarak kerana tidak menimbulkan masalah kepada umat Islam untuk melaksanakan ibadat. Dakwat kekal itu tidak mengandungi bahan najis diharamkan syarak, tidak memudaratkan kesihatan serta telap atau tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. ” – Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin



Semoga kita menjadi pengundi yang berkhemah dan tahu hak kita sebagai pengundi.





0 comments:

atan ahmad wedding photo blog