Salam,
Terbaru kontroversi twitter azwan ali dan adiknya ummi hafilda. Hari ini azwan ali dan ummi hafilda duduk satu meja dan buat sidang akbar dan menerangkan dan memperbetulkan apa yang berlaku. Setelah azwan ali di panggil ke balai polis untuk beri keterangan kerana twitter yang berbau ugutan dari azwan ali ke atas ummi hafilda.
Nampak gaya macam dah berdamai dua-dua orang nie. Tapi dalam hati siapa yang tahu kan. Tapi yang penting, talian darah adik beradik takkan putus. Takkan kerana ds anwar ibrahim punya masalah, adik beradik kita nak putus saudara kan.
Berikut adalah komen dan sidang akbar yang di laporkan. Antara komen azwan ali:
Di situ Azwan membuat aku janji dan memohon maaf secara terbuka kepada Ummi, para pemimpin politik dan para artis yang tersinggung dengan mesej twitternya yang balon sana sini.
Dia juga berjanji tidak akan lagi hantar twitter mengenai politik dan isu-isu semasa.
Azwan juga mengaku dia termakan hasutan dari pelbagai sudut orang yang berkepentingan politik ketika menghantar tweet balon pemimpin politik - Barisan Nasional.
Dia juga mengaku pernah canang abangnya Azmin Ali bakal jadi Menteri Besar Selangor kerana ketika itu rasa ghairah dan bangga apabila maklumat itu diberitahu sendiri oleh 'seseorang dalam kerajaan Selangor"
Berikut gambar dari sidang media azwan ali dan ummi hafilda tersebut.








0 comments:
Post a Comment