Blog Widget by LinkWithin

Thursday, July 30, 2009

Resepsi: Fadzlin & Ridzuan @ Shah Alam


Salam,

Kali ini nak update pasangan cute dan comel iaitu Fadzlin dan Ridzuan. Majlis resepsi berlangsung di dewan Shah Alam. Aku tak ingat Seksyennya. Tapi majlis berlangsung dekat Shah Alam. Majlis berlangsung 1 hari dimana disebelah pagi, majlis akad nikah diadakan di masjid yang berdekatan dan majlsi bersanding di dewan yang berdekatan dengan tempat surau tu. Majlis yang sederhana dan meriah. Majlis yang ringkat dan tak nampak 'berat'. Aku enjoys amik shot ni sebab kedua2 mempelai mmg best. Ok enjoy the pics.







aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Tuesday, July 28, 2009

The Gardens @ Mid Valley


Salam,

Dalam banyak2 lens yang ade di market seperti zoom lens, wide lens/ultra wide lens, prime lens, macro lens dan etc, hanya wide lens yang paling aku gemar. Aku rasa wide lens tu melengkapkan gambar setiap yang aku ambik. Mmg aku mabuk wide lens dan yg selalu melekat kat body DSLR aku bila aku wat shoot kat luar mmg wide lens. Salah satu sebab aku minat wide lens ialah setiap gambar yang diambil akan mempunyai background yang menarik. Setiap gambar potrait bila dihiasi dengan background yg menarik mmg gambar lagi bertambah lain. Mmg setiap photographer mempunyai taste yg tersendiri. Sometime kita kena nampak kelainan dengan gambar yang diambil. Kalau gambar penuh dengan muka dan badan sometimes rasa boring gak. hehehe.

Baru2 ni aku g mid valley. Layan ambil gambar senibina. Best. Okeh layan okie.









aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Sunday, July 26, 2009

Resepsi: Nadira Dan Haikal @ TTDI, KL


Salam,

Kali ni nak update pasangan yang "cute mute" (bukan bisu hehehe) iaitu Nadira dan Haikal. Majlis diadakan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Majlis ni diadakan di dewan serbaguna TTDI. First time jugak aku datang TTDI ni, selalu singgah One Utama jerk dan nampak signboard TTDI. Kali ni masuk kawasan perumahan TTDI. Sebaik ade pakcik "GOOGLE" yang tolong tunjuk arah kawasan majlis perkahwinan ini. Hehehe.

Majlis sungguh meriah dengan kehadiran tetamu. Tapi yang best adalah makanan dia sebab ayam goreng dia still panas. Perghhh terangkat beb. Ayam panas macam lepas di goreng tapi majlis di buat secara catering. Tak pernah seumur hidup aku makan ayam goreng panas yang disediakan secara katering.

Ape2 pun majlis mmg hebat dan ade klas sendiri. Siap ade video pre-wedding lagi pulak tuh. Mmg cool. Enjoys the pics ok.






Nota Kaki : Thanks to Parchie walaupun dia tak sempat nak pakai aku punya 80-200mmF2.8
aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Saturday, July 25, 2009

Jom Movie! The Last House On The Left



Salam,

Aku nak buat review sikit mengenai citer 'The Last House On The Left'.

Khamis baru2 ni aku pergi Pasar Malam AU Keramat and singgah beli DVD. Aku beli citer ni lepas aku tengok review dia kat wayang Mid Valley. Semalam layan citer ni. Aku bagi 4 bintang dari 5 bintang.

Jalan cerita ringan dalam citer ni tetapi mempunyai aksi jahat yang agak menarik dan menakutkan. Ala2 ganas seperti SAW.

Mengenai sekumpulan penjahat dimana ketuanya berjaya melarikan diri dari polis dan bertemu semula dengan rakan jahat yang terdiri dari 2 lelaki dan 1 sorang perempuan. Kumpulan penjahat ni telah membunuh dan merogol 2 gadis yang secara kebetulan berkawan dengan anak ketua penjahat. Gadis ini telah terperangkan dalam kumpulan penjahat ini secara kebetulan. Hanya seorang gadis sahaja sempat melarikan diri dan sorang lagi dibunuh dan ibu-bapa gadis tu telah merancang untuk membalas dendam terhadap kumpulan tersebut kerana menyebabkan anak gadis mereka dirogol dan diseksa. Aksi pergaduhan biasa2 sahaja cuma gaya penyeksaan yang dilihat seperti kita pun naik bengang. Terdapat aksi bogel wanita penjahat tersebut dan masa bergaduh pun dalam keadaan bogel. Hahaha. So citer boleh dikategorikan sebagai 18SX. Hehehe.

Ok enjoys the movie di hujung minggu.

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Wednesday, July 22, 2009

IPhone 3G'ASS' ooopss 3GS la...


Salam,

Aku adalah salah satu peminat Iphone tetapi masih tidak membeli Iphone. Minat sahaja yang lebih tapi minat nak beli belum ader sebab minat beli Lens lagi lebih. Hehehe. Kebanyakan dah tahu yang Maxis akan melancarkan Iphone Version 3G'ASS'...oh bukan.... 3GS pada bulan julai nanti. Iphone ini adalah version terbaru darpida Iphone 3G sekarang. Kita tengok ape kelebihan dan ape yang diupgrade berdasarkan version lama. Kita tunggu.

Rumors: Harga permulaan Rm3,500. Biar betik!!!!!.....Baik beli LENS idaman lagi bagus. Macro lens, here i come....

:p
aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com



Tuesday, July 21, 2009

Me + Wife 'dating' @ Bukit Jalil


Post sebelum ni aku tulis yang aku pergi tengok training Man Utd tu dengan wife aku. Sempat aaa aku dating dengan wife kat stadium tuh. hehe. Jarang hari jumaat dapat dating melainkan hari tuh.. Wakakaka.. Ade beberapa peristiwa yang agak kelakar dan bengang jugak waktu kat stadium tuh. Tapi peristiwa tue normal la bila ia terjadi pada hari yang istimewa.

Peristiwa #1 - Harga makanan mahal.
Wife aku terkejut, harga makanan dekat situh mahal gilos. Time2 begini dan event macam ni memang kenaikan harga dapat dilihat dengan ketara. Harga air secawan yang boleh kita dapatkan RM1 sahaja di pasar malam tapi kat situ RM2 hinggit. Tu belum makanan lain. Kenaikan harga ni maybe disebabkan beberapa sebab. Sebab #1, Harga sewa tapak berniaga berdekatan dengan stadium mahal. Dan sekaligus harga sewa tuh perlu ditanggung oleh pembeli juga. Sebab #2, pembeli tiada pilihan untuk membeli makan ditempat lain, so peniaga maybe mengambil kesempatan dengan keadaan itu. Jadi harga dinaikkan sesuka hati dia org jerk.

Peristiwa #2 - Makanan tak boleh bawak masuk stadium
Wife aku beli burger dan air mineral, semua dalam Rm7 hinggit. Plan beli sebab nak makan dalam stadium. Sampai jer pintu masuk statium, pak guard yg tak bertauliah halang bawak makanan masuk. So terpaksa la buang begitu sahaja makanan tu tanpa disentuh. Training plak dah nak start. Bengang!!! wife aku. Tapi ade logik gak sebab tak pasal2 rooney and ferdinand or ferguson kena balinng botol mineral. Tapi bukan fans MU yang baling tapi 'musuh' dalam selimut. Wakaka.. Peace.

Peristiwa #3 - Lapar
Lepas tengok training tu perut lapar!!!!!... Singgah pekena cendol kat sg besi. SEDAPPPP GILERRR the best cendol in town. Nanti aku bukak citer ni. Hehehe

Itu je la peristiwa aku dan wife.. So enjoys the pics. Salam.








aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Sunday, July 19, 2009

Man Utd Training @ Bukit Jalil


Salam semua rakan-rakan,

Satu malaysia khabarnya tahu yang Man Utd akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan pilihan Malaysia Sabtu semalam. Game yang berkesudahan Man Utd menang tipis 3-2. Ramai yang tak sangka Malaysia dapat score dengan jumlah jaringan macam tuh. But syabas Malaysia, jangan lepas ni 'leka diulit intan plak'. Hehehe. Game tuh aku tak dapat 'cover' (cewahhhh) sebab aku balik kampung mertua. Dan aku pun tak dapat tengok LIVE game ni sebab 'bz' dekat kampung dengan aktiviti kampung.

Jumaat lepas, member office offer aku pass masuk stadium bukit jalil pukul 5:30pm untuk tengok Man Utd training sebelum perlawanan esok harinya. Aku sambar 2 pass untuk wife aku jugak. Walaupun wife aku fanatik kat team LIVERFOOL, aku bawak la dia jugak supaya dia sedar yang team Man Utd better dari Liver'fool'. Wakakaka. Jadi aku pun pergi la kat stadium tue. Aku bawak tokina 11-16mmF2.8 aku dan Nikkor 80-200mmF2.8 aku tuh. Selain dari nak tengok training Man Utd, boleh aku test shot untuk sports. Hehehe
Ok, tak nak citer banyak enjoys the pics. MU rocks!!!!!!









aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Friday, July 17, 2009

Teaser : Rooney @ Bukit Jalil?



Tunggu update seterusnya minggu depan. Happy weekend!!!!.

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Wednesday, July 15, 2009

Polis Malaysia & Mitsubishi Evo


Salam,

Korang dah pernah tengok kereta Mitsubishi Evo Polis Malaysia. Mesti dah pernah kan tapi aku pulak belum pernah tengok selain tengok dalam suratkhabar atau blog orang. Last week masa photoshoot wedding kat Shah Alam, sempat aku 'face to face' dengan kete Evo polis nie.

Pergh polis skang dah dahsyat, dah ader turbo. Hehehe. Makin senang la nak kejar mat-mat turbo kat luar sana. Erk tapi boleh ke Evo ni kejar turbo kat luar sana. Aku ni tak pandai sangat bab modify kereta dan buat comparison horse power dan etc2. Kereta aku pun yang standard jerk. Hehehe. Kalau la dulu kereta peronda polis yang paling 'laju' aku rasa perdana. So sekarang adalah Mitsubishi turbo.

Agak-agak kan, kalau polis dah pakai kereta macam nie, macam mana agaknya modifikasi mat-mat turbo kat luar tu supaya bila dikejar polis, kereta dia orang mesti nak lagi laju dari Mitsubishi ini. Orang-orang kita pandai bab-bab modify nie. Terer macam engineer F1. Hehehe. Ok enjoys the pics.



aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Tuesday, July 14, 2009

Michael Jackson Dance Tribute

Memang sempoi Fan MJ nie. Korang tengok aa video youtube nie. Aku tak sure samada ia mmg dah diplan atau mmg fan MJ nie bagus hafal setiap gerak tari MJ. Hehe aku banyak kali ulang, rasa macam layan jerk. Hehehe.




aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Sunday, July 12, 2009

Coming Soon : Resepsi @ TTDI, KL



Akan diupdate cerita resepsi pasangan ini NADIRA & HAIKAL .... Keep visit...

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Friday, July 10, 2009

Resepsi : Normaliza & Faynizal


Salam,

Resepsi pasangan ini berlangsung pada hujung bulan May 2009, dan baru hari ini aku nak post dalam blog aku nie. Aku kadang-kadang memang teringat untuk masukkan majlis resepsi ni dalam blog tapi kadang-kadang terlupa la plak. Dah tua, memang kadang pelupa. Sebaik 'cik azura' (bukan adik aku, adik aku pun nama azura) mengingatkan aku kembali.

Ok, resepsi ini berlangsung di Kota, Negeri Sembilan. Pasangan yang ideal ni bernama Normaliza dan Faynizal. Normaliza ni adalah rakan guru adik aku di sekolah Gemencheh. Adik aku yang perkenalkan aku kepada Normaliza untuk melantik aku sebagai photographer majlis resepsi dia. Aku pun happy dapat merakam detik-detik manis majlis perkahwinan diaorang Majlis liza ini berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad.

Pada hari Sabtu, majlis akad nikah, malam berinai dan majlis menukar pakaian berlangsung dan pada hari ahad majlis bersanding. Layanan keluarga liza dan liza sendiri mmg best dan keluarga dan saudara liza memberikan kerjasama yang baik semasa photography berlangsung. Walaupun liza ni malu2 masa bergambar, tetapi kena jugak 'ajar' sikit supaya hilang malunya tuh. Kalau tak gambar nanti tak berapa best, sape yang rugi, mesti la pengantin rugi. Sebaik jugak ade wife aku ikut aku masa bergambar, wife aku tolong aku serba sedikit dan ade jugak teman nak berborak. Hehehe

Harap you all enjoy dengan pics dan slide show. Thanks to Liza kerana happy dan suka dengan album yang dihasilkan. Kalau ade yang mencari photographer, jangan lupa promote la saya. Hehe. Thanks. Salam.











Slide Show :


aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Wednesday, July 8, 2009

70-200mm F2.8 Lens


Nikkor 70-200mm F2.8 VR
Salam,

Alhamdulillah, sejak aku mula ceburi bidang photography untuk wedding dan pertunangan, dapat la aku duit tambahan. Selain dari hobi, dapat la jugak aku mencari rezeki tambahan untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Bukan target aku untuk jadi jutawan macam Otai SaifulNang (SN) tue (kalo jadi pun best gak), target aku untuk menceburi bidang ini adalah untuk mencari modal untuk membeli barang-barang photography lebih-lebih lagi lens. Kegilaan dan ketagihan untuk beli lens selalunya ader pada setiap diri photographer. Kegilaan untuk mengumpul koleksi, testing power dan jual beli berlaku dalam dunia photography. Setiap photographer menginginkan lens yang 'mantap'.

Tak ketinggalan aku untuk mengumpul sebanyak yang boleh koleksi lens. Dan antara list lens yang dijangka akan aku miliki adalah lens 70-200mmF2.8. Wauuuu lens yang menjadi idaman ramai. Bagi lens Nikkor, 70-200mmF2.8 VR adalah pilihan yang terbaik. Untuk 3rd party lens pada range yang sama adalah Sigma 70-200mmF2.8 dan Tamron 70-200mmF2.8. Perbezaan harga antara lens Nikkor dan lens 3rd party diatas sangat la berbeza. Separuh harga lens Nikkor 70-200mmF2.8 boleh dapat 2 unit lens Sigma 70-200mmF2.8 (kalau aku tak silap). Daari segi performance, sememangnya Nikkor 70-200mmF2.8VR adalah yang paling mantap diikuti dengan Sigma 70-200mmF2.8 dan Tamron 70-200mmF2.8. Fakta diatas aku dapat setelah membaca pelbagai komen dari pelbagai forum dalam dan luar negara.

Sigma 70-200mm F2.8
Insyaallah, sebelum bulan lapan, aku target untuk memiliki antara 2 lens ini iaitu Sigma 70-200mmF2.8 or Tamron 70-200mmF2.8. Untuk Nikkor 70-200mmF2.8VR, harga terlalu mahal dan tak mampu aku memilikinya. Sekarang aku masih lagi survey tentang harga, performance, kelemahan, kualiti untuk Sigma dan Tamron.


Tamron 70-200mm F2.8

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Sunday, July 5, 2009

Coming Soon : Fadzlyn + Ridzuan


Salam,

Semalam aku photoshot pasangan pengantin kat Shah Alam. Aku ajak 2 orang kawan photographer aku lagi ber'TAG' dengan aku. At least takder la rasa bosan sorang-sorang mengambil gambar. Ade jugak la peneman nya dan boleh berukar idea dan ilmu. Kalau member aku tak ikut, aku ajak wife aku ikut. Sorang-sorang amik gambar wedding ni takde masalah cumanya takde teman nak borak2 jer. Ok atas adalah satu gambar perkahwinan sebagai permulaan. Nanti aku update detail event nie. Tak adil plak update gambar byk2 tapi pengantin tak tengok lagi. Biar gambar dan album dia orang siap then baru update kat blog nie.

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Wednesday, July 1, 2009

Dah 10,000.....


Salam,

Dalam 'sekelip mata' rasanya, dah setahun aku berblog. Tak sangka jugak minat berblog yang takde pada diri aku dahulu, sekarang
dah macam 'ketagih' nak berblog dan follow blog blogger yang lain. Dulu masa waktu permulaan nak berblog, selalu terfikir samada ade ke orang yang di luar sana nak baca blog aku dan mengetahui aktiviti harian aku. But seperti kate orang dahulu "tak cuba mana nak tahukan". Dan akhirnya aku bermulalah berblog pada July 2008.

Pada mulanya, aku hanya sebarkan URL blog aku pada kawan office. So ade la jugak member yang baca blog aku nie. Kebanyakan cerita berkisar dengan kehidupan peribadi aku. Then aku mula 'jual' blog aku dengan memasukkan URL blog dalam forum2 yang terkenal. Jadi masa berforum tuh dan setiap komen dalam forum, aku selitkan URL blog aku nie. Then aku mula rajin memberi komen dalam blog orang2 lain dan aku selitkan jugak URL blog aku nie. Dan ade pelbagai cara lain aku nak advertise blog aku ni supaya dia org boleh visit blog nie. Kalau tak buat cara macam tuh, berjanggut la nak tunggu orang baca blog aku. So senang citer "aku syok sendiri berblog".

Maybe masa bulan Jun/Mei 2009, angka 10,000 kali blog aku dilawati oleh pelawat di luar sana tercapai. Jumlah sebenar pelawat unik yang melayari blog aku nie aku tak tahu. Cuma angka 10,000 ni menunjukkan blog aku dah dilawati sebanyak 10,000. So aku happy sangat dan berterima kasih kepada pelawat diluar sana yang melawat/membaca/komen pada setiap topik yang aku pos. Harap korang continue baca blog nie. Kalau tak komen pun takpe asalkan ade orang yang sudi baca posting aku.

Style penulisan topik aku akan maintain seperti biasa. Setiap posting aku akan selitkan gambar yang aku tangkap dan tak semestinya setiap gambar tu ade kena mengena dengan topik. Gambar tu hanya untuk 'memeriahkan' topik tersebut.

Dengan ini aku ingin berterima kasih lagi kerana sudi singgah ke 'teratak buruk' aku nie. Keep visit DOWH!!!.... Salam... Terima kasih....



aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com