Blog Widget by LinkWithin

Monday, June 29, 2009

Transformers..............Ulasan


Salam,

Jumaat malam, aku dah booking tiket untuk tengok movie Transformers, Revenge Of The Fallen. Aku book through TGV phone call. Mula2 aku try booking untuk tayangan di TGV KLCC atau GSC Mid Valley. But sungguh hampa sebab, dua2 line situ bz. Aku cuba dengan booking dari internet dan ia mengecewakan jugak. Punya la amik masa untuk loading page HOME, belum lagi page yang lain2. Then aku decide, aku kena booking pawagam lain selain kat KLCC dan Mid Valley. TGV mines jadi pilihan sebab dekat jugak dengan rumah aku. Dapat tiket pukul 11pm. Aku, wife dan adik aku sahaja yang follow.

Transformers, walaupun aku ni bukan pengulas movie yang terbaik, but aku dapat merasakan sesuatu cerita tu best atau tak. Hehehe. Dari 5 bintang aku bagi 4 setengah bintang. Mana ade movie yang perfect dan sebab tuh aku bagi rate macam tuh. Kelainan watak yang aku rasa ade perubahan adalah Megan Fox, Optimus Prime dan megatron. Why? (Ini pendapat aku jerk)

Megan Fox - Watak yang dibawa kali ini sungguh ringan dan seperti 'penyibuk' dalam filem kali ini. Selain dari wajah yang seksi, body yang mantap, watak yang dibawa alar kadar sahaja. Kali ini, megan fox berperanan untuk mencari dan memenangi cinta si Hero. Dan membawa si 'penderhaka' team megatron ke hulur ke hilir.

Optimus Prime (OP) - Masa filem pertama, watak ini aku lihat macam lembik sahaja. Walaupun ia ketua kumpulan, tetapi masa berlawan dengan megatron, OP kelihatan seperti budak belasahan. Teruk dikerjakan oleh megatron walaupun akhirnya OP yang menang. Tetapi untuk filem kedua nie, berlaku sebaliknya dan OP kelihatan gagah dan belasah megatron dan konconya.

Megatron - Seperti kena budak belasahan dengan Megatron. Tak seperti filem pertama yang ia kelihatan kuasa gelap yang kuat.

Seperti biasa, pengarahnya mempunyai kreativiti yang tersendiri dengan menggunakan teknik yang berkesan dan menarik. Masa babak terakhir dimana kapal perang kena serang, teknik tu seperti filem Pearl harbour. Memang best filem nie. Aku plan nak tengok kali kedua. Dibawah ade imej megan fox untuk tatapan. Aku dapat gambar ni dari email aku. So saje nak show kat korang rupa megan fox di luar set filem. Banyak tompok-tompok tahi unta. hehehe

Satu lagi, sape yang tak tengok rugi dan sape yang belum pernah tengok, elok cari DVD Transformers part 1. Kang terkinjal-kinjal tak paham asal usul cerita.







aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Friday, June 26, 2009

(Breaking News) Michael Jackson Died......



Petikan dari berita asing

"(NECN/ABC) - Los Angeles Fire Department paramedics arrived at singer Michael Jackson's home just before one o'clock Thursday afternoon. They say Jackson wasn't breathing when they arrived, and they immediately began giving him CPR, then took him to the UCLA Medical Center about six-minutes from the house. He never recovered."

"
News broke this afternoon that legendary singer Michael Jackson was rushed to the hospital from his Holmby Hills, California home at about 12.12 p.m. Pacific Time. As crowds started gathering outside of the hospital, news started leaking out that he was in a coma and then that he was dead. About 3 p.m. Pacific Time it was finally officially confirmed that Michael Jackson had died on June 25, 2009."

"
June 25, 2009 -- Pop star Michael Jackson has died at age 50 after suffering a cardiac arrest, according to media reports.

Los Angeles TV station KTLA reports that Los Angeles fire officials said they responded to a 911 call at Jackson's home and that Jackson wasn't breathing when they arrived; paramedics performed CPR and rushed him to UCLA Medical Center, although the hospital, due to privacy rules, could not confirm that."


"Jermaine Jackson, who broke out onto the world stage with his brother Michael in The Jackson Five, is sharing details about Michael Jackson's finals hours with ET.

"My brother, the legendary King of Pop, Michael Jackson, passed away on Thursday, June 25, 2009, at 2:26 p.m. It is believed he suffered cardiac arrest in his home. However, the cause of his death is unknown until results of the autopsy are known," Jermaine tells ET.

"His personal physician, who was with him at the time, attempted to resuscitate my brother, as did paramedics who transported him to Ronald Reagan UCLA Medical Center. Upon arriving at the hospital at approximately 1:14 p.m., a team of highly skilled doctors, including emergency physicians and cardiologists, attempted to resuscitate him for a period of more than one hour but were unsuccessful. Our family requests that the media respect our privacy during this tragic period of time," Jermaine said."

Michael Jackson leaves us with a legacy of No. 1 hits, top awards and astounding dance moves. Let's remember the King of Pop.

Lagenda Pop dalam kenangan : Michael Jackson Best Dance Moves





aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Thursday, June 25, 2009

Amazing Unanswered

Salam,

Just nak share something yang menarik untuk kita pikirkan. Ade jugak nak tergelak dengan soklan-soklan begini. Tapi aku tak tahu jika korang semua dah pernah baca soklan-soklan macam nie. If korang semua ade jawapan dan jawapan tu betul dan ade logiknya maknanya korang semua telah optimumkan penggunaan otak korang tuh. Sape yang rasa tak tahu jawapn, biar lah kan ia, jgn sampai pening. Hehehe.

Aku dapat ni pun dari email yahoo aku yang dah lama bersarang dan berlambak2 yg lama aku dah tak bukak. Hehe. If ade jawapan, jangan segan2 share dengan aku sekali. Huhuhu.

Soklan soklannyer adalah:

1. If all the nations in the world are in debt (i am not joking. Even US has got debts), where did all the money go? (weird).

2. When dog food is new with improved tasting, who tests it? (to be given a thought).

3. What is the speed of darkness? (absurd).

4. If the "black box" flight recorder is never damaged during a plane crash, why isn't the whole airplane made out of that stuff? (very good thinking).

5. Who copyrighted the copyright symbol? (who knows).

6. Can you cry under water? (let me try).

7. Why do people say, "you've been working like a dog" when dogs just sit around all day? (I think they meant something else).

8. Why are the numbers on a calculator and a phone reversed? (God knows.)

9. Do fish ever get thirsty? (let me ask and tell).

10. Can you get cornered in a round room? (by ones eyes).

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sisipan gambar kenangan : Black N White Version lagi. Hehehe




aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Tuesday, June 23, 2009

Jom Jalan! @ Bandar Muar



Assalammualaikum,

Aku tak ingat bila tapi aku rasa last 2 weeks, aku pertama kali turun bandar MUAR...Sebelum ni pernah pergi Muar tapi tak singgah Bandar Muar. Kali nie aku, wife, ya chu la dan Nana ikut serta. Tujuan utama turun Muar ni adalah nak menghadiri perkahwinan kawan wife aku. Kalo aku tak silap diaorg ni satu geng atau satu kepala masa sekolah atau masa belajar kat universiti. Jadi alang-alang turun Muar, aku singgah bandar Muar.

Selain dari menghadiri perkahwinan kawan wife aku tue, tujuan kedua iaitu mencari port untuk makan mee bandung Muar nie. Banyak jugak blog2 yang aku baca mengulas pasal mee bandung Muar nie. Next topic aku citer dan bukak pasal mee bandung Muar.

Bandar Muar, dikira besar dan membangun jugak bandar nie. Sekali imbas aku lihat bersih jugak bandar Muar nie. Semua kemudahan lengkap la jugak. Dah macam setanding dengan bandar Seremban. Aku tak dapat pusing lama2 kat situ sebab masa yang terhad. But aku rasa bandar Muar ni best dikunjungi. Maybe if ade masa or ade event, maybe aku stay sana satu malam. Insyaallah.



aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Saturday, June 20, 2009

Ayah Ku... Selamat Hari Bapa....


Selamat hari bapa kepada ayahku yang berada dirumah dan yang sudah pencen. Tiada hadiah dari anakmu ini cuma yang ader kasih sayang kami sekeluarga.

Dari kami anak dan menantu:
aTan, Niza, Anom, Fendi, Azura

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Friday, June 19, 2009

Broadband atau Berukband......

Salam,

Hari ini aku nak citer pasal berukband....eh silap broadband....tapi aku bukan nak citer pasal mcm mana nak mantapkan lagi connectivity broadband korang nie tapi just nak citer dan share masalah2 blogger yang guna broadband nih. Di Malaysia nie, pelbagai jenis syarikat telekomunikasi menawarkan service broadband tanpa had a.k.a unlimited beb. Hehe. Kita ade Maxis, Streamxy, Celcom, Digi, Wimax P1 dan U-Mobile (tapi aku tak sure U-Mobile ni ade tak ditawarkan broadband di Malaysia). So sebagai rakyat Malaysia, kita sangat beruntung sebab kita boleh buat pilihan yang mana kita suka dan sanggup bayar.

Bermacam-macam package yang disediakan bagi menarik perhatian orang ramai. Cakap jer nak package yang mana yang bersesuaian dengan budget anda, semua di tanggung beres asalkan anda sanggup bayar setiap bulan. Hehehe.

Kebanyakkan blog yang aku masuk dan baca, mesti ade story pasal broadband dia orang terutama masalah internet slow yang melampaui batas. Sebab tulah dia tukar nama broadband kepada berukband. Agaknya dah sampai darah naik ke kepala sebab tu nama tu dah bertukar sebagai tanda bengang giler dengan broadband nie. Ade yg kate Maxis lembap nak mampus, celcom pun sama dan yang lain-lain pun sama. Jadi sebagai kesimpulan semua broadband mempunyai masalah yang tersendiri.

Bagi aku secara peribadi, kelajuan internet bergantung kepada kawasan anda, semakin ramai kawasan sekeliling anda yang pakai broadband yang sama jenis macam anda, lagi slow la anda akan menerima data internet tuh. Fakta ini aku dapat dari orang telekomunikasi jugak. Ini adalah fakta penting yang perlu anda pegang selamanya. Dan mungkin ade masalah2 lain jugak yg menyumbang kepada slownya internet.

Aku pula guna Maxis broadband, dah hampir setahun aku guna dikawasan rumah aku dan selama aku pakai, alhamdulillah internet connectivity memuaskan hati aku. Maksud aku bukan setiap hari selama 24 jam internet aku OK tapi memuaskan la. Kira berbaloi jugak aku bayar Rm68 sebulan tuh. Daripada bayar Rm100 sebulan tapi internet slow nak mampus nak buat aper kan. Hehehe.

Nasihat akhir aku hanyalah Bersabar...Hehehe

...........................................................................................................................................................................

Pics sisipan : Family aku melepak jenjalan dan makan laksa penang kat JJ mini food court Midvalley. Antara tempat favorite aku makan laksa. Kalau korang pergi mid valley dan masuk JJ, naik ke tingkat atas sekali, food court mini ni terletak kat bahagian orang jual cadar, bantal, selimut. Okeh. Aku dah 'gila bayang' dengan black and white. hehehe





aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Tuesday, June 16, 2009

Photoshop : Black and White Conversion


Salam,

Aku kadang-kadang teruja tengok gambar photographer yang telah diedit. Pelbagai cara dia orang edit gambar sampai gambar tue makin menarik. Kadang-kadang aku cemburu jugak tengok hasil-hasil kerja dia orang nie. Dah laaa gambar yang di capture tue cantik. menarik, elok komposisinya. Dengan ditambah hasil kerja editing yang sungguh teliti, gambar tersebut lagi bertambah menarik.

Entah macam mana, hari ni aku cuba menukar gambar aku kepada warna black and white. Sometime bila tengok gambar dalam berwarna pun jemu jugak. So kita tukar cara yang lain sikit. Aku google dan bermacam teknik nak tukar gambar kepada black and white ditunjukkan. Ade cara yang senang dan simple yang hanya melibatkan beberapa step sahaja dan ade juga yang tunjuk cara complicated. Aku pilih yang senang dahulu. Aku ambik step yang agak mudah supaya senang dalam kepala otak aku nie, aku ingat step ni untuk editing akan datang.

Berikut adalah cara yang paling mudah. Aku menggunakan Adobe Photoshop CS3:

1. Bila dah load CS3 software tue, bukak file gambar yang ingin di tukar kepada black and white. Bila gambar dah di load kedalam CS3, di sebelah bahagian layer, gambar tersebut akan jadi layer background.

2. Duplicate layer background. Click pada layer background. Tekan Alt + "J" serentak dan secara automatik "Layer 1" akan di auto create. Click "layer 1" tadi.

3. Pergi menu diatas, select menu "Layer" -> "New Adjustment layer" -> "Hue/Saturation". Satu window akan pop-up dan di menu mode, pilih "color" dan click OK. Window "hue/saturation" akan pop-up dan click OK. satu layer baru akan di auto create.

4. Pergi ke menu "Layer" -> "New Adjustment layer" -> "Hue/Saturation", satu window akan pop-up dan click OK terus. Window "hue/saturation" akan pop-up pula. Ubah nilai saturation kepada "-100". Click OK. Perubahan color gambar akan bertukar.

5. Select layer yang ketiga (atas "layer 1") double click simbol (seperti bola) sebelah kiri pada layer tersebut. Window "hue/saturation" akan pop-up dan ubah nilai "Hue" kepada "-166". Then click OK.

6. Dah siap. Senang sahaja.


Harap teknik penukaran kepada black and white ni dapat korang ikut. Simple je teknik dan tak susah dan senang nak melekat kat kepala otak. Mungkin teknik ni bukan cara profesional tapi at least aku dapat belajar sesuatu hari nie. Berikut adalah gambar yang aku dah edit jadi black and white.




aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Sunday, June 14, 2009

Musim durian........Kembali dowh....


Salam,

Setiap tahun aku tak pasti bilakah bulan yang sebenar musim durian akan datang lebih-lebih lagi disebelah selatan nie. Bagi tahun nie, bulan nie atau bulan lepas, musim durian dah 'menjadi2' di sebelah selatan. Di negeri sembilan, musim nya dah bermula dan di kawasan rumah mertua aku pun durian dah mula gugur. Musim durian macam menjadi petanda musim buah yang lain juga. Kalau tak silap aku, selepas musim durian, akan ade rambutan dan manggis. Perghhhh start bulan nie, setiap kali balik kampung, mmg siang malam makan buah-buah 'buatan' Malaysia.

Semalam semasa aku on the way pergi Muar dan balik dari Muar, sepanjang jalan dah mula bukak kedai menjual durian. Perjalanan aku dari exit Tangkak dan terus ke Muar. Sepanjang jalin sehingga sampai bandar Muar, tak lekang mata tengok orang berhenti membeli dan memilih buah durian. Lebih-lebih lagi musim cuti sekolah. Murah rezeki kepada peniaga. Sape yang ade dusun durian, kalau tak habis makan durian tu dan dari biar ia busuk, baik jual. Masyukkkk tuhh skang. hehehe.

Family aku mmg 'hantu' durian, dari ayah aku sehingga anak buah aku yang berumur 2 tahun lebih tue. Tapi parents aku dah kurang makan sebab ade kencing manis. So kena la kawal skit. Yang paling kaki durian adalah adik aku nombor 2. Hehehe. Ni sedikit petua orang tua2 yang aku nak share, org selalu kata kalau makan durian, dalam badan akan panas. So selepas makan, minum air durian. Eh bukan durian tu dikisar jadi durian. Letak air kosong pada bekas durian tuh. Minum dari hujung sepihan durian tuh. Kalau tak faham, korang tanya la pada mereka yang tua2 tuh.. hehe... Ok enjoys..


aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Friday, June 12, 2009

Esok Pergi Muar...Cari mee Bandung jugak....

Salam,

Esok aku pergi Muar. Bukan untuk amik gambar kawin tapi pergi jemputan orang kahwin. Tapi lepas hadiri orang kahwin, aku plan nak jenjalan kat bandar muar nie. Aku nak cari mee bandung kat area bandar Muar tuh. Ramai kata mee bandung sana sedap dan dalam rancangan warung kita kat astro prima pun ade buat ulasan berkenaan ni. Aku ni kira 'hantu' mee bandung jugak. Memang best mee bandung nie. Kalau dapat kedai yang pandai buat mee bandung ni dengan adunan resepi yang betul, mmg kedai tu la aku tuju setiap kali makan kat luar. Tapi kat KL ni aku tak sure lagi mee bandung yang terbaikkk.

So aku dah google dan baca blog yang ade menceritakan mee bandung nie. So dah ade dalam list kedai yang aku nak cari. List ni bukannya ape, mana tahu satu kedai susah nak jumpa, ade backup utk cari kedai lain. Tak lupa jugak nak bawak balik bungkus, kot2 terasa nak makan lagi bila sampai kat KL nanti.

So nanti aku update lagi pasal mee bandung ni sekiranya aku singgah mana2 kedai yang aku makan nanti. Adios. Selamat bercuti di hujung minggu.

Nota kaki: Ahad ni mmg highway bertali arus dan jem bangat........

Wednesday, June 10, 2009

Coming Soon : Normaliza & Faynizal


Reception yang diadakan pada 2 minggu lepas di Negeri Sembilan. Oleh kerana terdapat permintaan dari adik kepada pengantin perempuan iaitu CIK ZURA. Beliau menanyakan bila gambar kakaknyer nak diupdate dalam blog nie. Untuk tidak menghampakan pertanyaan cik zura nie, saya letakkan 3 keping gambar sebagai permulaan. Selepas pemberian album kepada pengantin, baru la saya akan update gambar baki termasuklan slide show. Enjoy the pics Ms ZURA dan semua rakan bloggers......



aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Monday, June 8, 2009

Lagi gambar kat Pakistan

Salam, Maaf pada semua pembaca blog aku. Seminggu aku tak update blog aku dengan cerita-cerita terbaru. Alasan biasa adalah BZ.

Ok disini aku nak sharekan beberapa lagi keping gambar semasa aku berada di Islamabad, Pakistan. Dikawasan ini adalah kawasan perumahan yg dikatakan tahap elit dimana setiap rumah disini berharga RM1juta keatas. Maklumat ini orang sana yang beritahu aku. Dari segi luasnya rumah aku percaya la jugak rumah disini harga RM1 juta ke atas. Masalahnya kawasan keliling rumah seperti bukan kawasan elit. Korang boleh nilai sendiri.








Korang boleh nilai sendiri, kalau korang ade rumah begini, nak ke korang tgk keadaan keliling rumah macam penempatan haram jerk. Hehehe.

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

Monday, June 1, 2009

Jom Makan! Subway, The Garden


Last 2 weeks, aku, wife dan adik aku (ya chu la) jalan jalan kat The Garden Mid Valley. Dah lama aku tak masuk the Gardens. Ade pernah sekali aku masuk the gardens sewaktu mula mula pembukaan rasminya. Lepas tuh tak pernah pergi sana walaupun dah banyak kali masuk Mid Valley nie.

Sambil jalan jalan kat The Garden, adik aku suruh aku try makan kat Subway. Dia kate boleh layan makan kat situh. So aku agreed nak cari la Subway kat situ. Sampai sana, banyak pilihan menu or size yang ader. Korang boleh pilih roti panjang or roti separuh dan setiap roti ade pelbagai rasa dan jenis. Aku tak ingat berapa banyak jenis roti yang ader. Di isi dengan pelbagai campuran sayur di mana korang boleh pilih yang mana korang suka. Nak bubuh semua pun takde masalah. Then dimasukkan dengan daging. Daging kambing, lembu, hotdog dan macam2 ade lagi la. Harga pun boleh tahan.




Maybe next time, aku nak rasa campuran lain plak. Hari tuh aku makan entah ape nama resepi dia pun aku tak ingat. Korang boleh re-fill air balik dengan hanya tambahan bayaran RM1. So masa tuh, aku order satu cawan berkongsi tiga orang dan re-fill balik. Kira nak berjimat la tuh. Wakakaka. Okeh selamat mencuba. Enjoy the pics.




aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com