Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, April 29, 2009

Dah declare pendapatan lum??


Tinggal sehari je lagi untuk kita semua yang berpendapatan tak kira samada makan gaji or bekerja sendiri kena declare sumber pendapatan kita. Elok la declare secara online. Tak yah dah nak tunggu dan beratur kat LHDN office utk declare.

Selamat buat declaration. Jangan tipu aaaaaa. Nak hidup kenkadang kena tipu gak (tipu sunat).. Hehehe..

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com




Monday, April 27, 2009

BTB : Aperture + Shutter Speed



Back To Basic (BTB). Jumpa di salah satu forum photography. Untuk rujukan kepada mereka yang :

1. Baru plan nak beli DSLR.
2. Dah beli DSLR dan masih belajar mengenali setting.
3. Ingin memahami dengan cepat aper itu aperture dan shutter speed dan hubungkaitnya.
4. Plan nak beli lens F2.8 atau F3.5 (Starting Aperture).
5. Dah lama pegang body DSLR tapi masih terkial2 nak belajar. Gear jer yang hebat tapi teori tak mantap.

Jadi rajin2 la belajar dari web ini. Memang bagus dan cepat paham.
Link web tersebut:
Click Me BTB - Aperture & Shutter Speed

Untuk video, aku paste kan sini :

Kalau tak paham2 lagi, korang google la yer.

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Sunday, April 26, 2009

Jom Makan! Restoran Cosy Place, Wangsa Maju


Salam,

Ruangan JOM MAKAN! kali ni adalah restoran makan yang baru dibuka dikawasan tempat aku bekerja iaitu di Wangsa Maju (KLSC), Kuala Lumpur. Nama restoran ni adalah COSY PLACE. Nama restoran pun nampak macam eksklusif jer kan. Aku sebenarnya kalau lunch jarang makan kat restoran nie. Sebabnya MAHAL. Bayangkan kalau setiap hari kena bayar RM13 untuk lunch sahaja. Hehehe. Bukan berkira tapi kena berjimat cermat. hehehe.

Tapi untuk sekali sekala ape salahnya kan. Secara kasarnya, untuk makanan seperti nasi goreng, mee goreng dan lain2, harga adalah sekitar Rm8 sepinggan. itu belum campur air. Restoran ni mmg eksklusif dan sesuai untuk pengunjung yang inginkan suasana rileks dan 'harmoni. Restoran ini dihiasi dengan hiasan yang cantik dan tersusun. Ade aircond. Dan mmg patutlah harga yang perlu dibayar adalah mahal. Tapi untuk orang berduit dan inginkan kelaianan, boleh la datang selalu disini. Makanan yang dimasak mmg secukup rasa.

Restoran ini terletak dekat kawasan perniagaan wangsa maju (berdekatan dengan carrefoure, restoran maju terus, restoran pizz san francisco dan etc). Korang ronda2 la kawasan disekitar wangsa maju KLSC tuh. Gerenti jumpa.




Note : Gambar ini menggunakan camera HP sahaja.

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Thursday, April 23, 2009

Selamat Hari Lahir....Isteriku



Aku ingin mengucapkan selamat hari Lahir kepada Isteriku....Semoga sayang murah rezeki, mencapai ape yang dihajati dan berkongsi suka dan duka dalam melayari bahtera rumahtangga yang kita bina ini.....


I LOVE U SO MUCH..........



aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Monday, April 20, 2009

Macro With Reverse Lens

Exiff Data: FStop=f/0, Shutter Speed=1/500, ISO=200

Reverse Lens, konsep ni aku baru belajar last week. Aku ade tanye photographer CS, mcm mana dia boleh ambil gambar cincin kahwin, guna macro lens ke. Aku tanya lagi, selalu aku guna 50mm then crop gambar tue, lepas tu dia balas, dia pun guna 50mm tapi reverse lens. Then aku terdiam dan termenung sebentar. Reverse lens?? Macam mana yea??? Then ape lagi, aku google dan masuk dalam forum photoskool. Search dalam forum tue, aku dapat la ape yang aku nak cari. Terus aku amik 50mm lens aku dan practise, terasa jugak kejanggalan guna reverse lens nie. Mananya tidak, selalu kita pegang body sahaja, ni dengan lens kena pegang. Then aku main dengan aperture lens tue, 50mm ni boleh set aperture secara manual pada aperture ring yang ade pada lens. Bila kita ON body dan lense dalam keadaan terbalik, nilai aperture tidak boleh diubah pada body. Yang hanya boleh diubah adalah nilai shutter speed. Jadi hanya lense tertentu yang boleh kita tukar aperture secara manual melalui aperture ring kat lense.

Berikut step2 yang aku guna: Maybe korang boleh google jugak.

1. Pastikan camera OFF. Jika lens disambung pada body, tanggalkan lens selepas OFF power pada body camera.
2. Terbalikkan lens dari kedudukan biasa. Rapatkan lens yang diterbalikkan ke body. Pastikan rapat betul agar cahaya tidak menembusi yg boleh menyebabkan gambar jadi overexpose.
3. ON kan power camer. Didapati hanya nilai shutter speed boleh diubah. Nila F akan diset menjadi 0. Sekiranya menggunakan lens yg mempunya aperture yg boleh ditukar secara manual, ubah nilai aperture mengikut keadaan cahaya.
4. Setkan mode pada body kepada MANUAL.
5. Gerakkan body kedepan dan kebelakang untuk mendapatkan fokus yang bersesuaian. Press shutter setelah mendapat focus yg sesuai.
6. Pastikan kurang gegaran pada tangan.
7. Gunakan blower dan bersihkan habuk atau zarah halus yang melekat pada lens dan body.

Berikut adalah contoh gambar yang aku ambil menggunakan konsep reverse lens. Saiz subject/file adalah original. Tiada cropping dilakukan pada gambar. Hanya edit dari segi warna (level + contrast)
Exiff Data: FStop=f/0, Shutter Speed=1/640, ISO=200

Exiff Data: FStop=f/0, Shutter Speed=1/320, ISO=200

Exiff Data: FStop=f/0, Shutter Speed=1/320, ISO=200

Exiff Data: FStop=f/0, Shutter Speed=1/2000, ISO=250

Exiff Data: FStop=f/0, Shutter Speed=1/800, ISO=250

Exiff Data: FStop=f/0, Shutter Speed=1/320, ISO=200

Exiff Data: FStop=f/0, Shutter Speed=1/400, ISO=200

Dengan menggunakan konsep reverse lens, ia menjadikan satu alternatif utk mengambil gambar macro. Harga lens macro di pasaran adalah mahal. Dalam Rm3000 keatas hanya untuk ambil gambar macro. Buat masa nie, aku tak perlu macro lens dan mungkin suatu hari aku akan pertimbangkannya.

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Saturday, April 18, 2009

Jom Makan! Nasi Kandar Penang @ KL


Salam,

Last week, aku, wife dan adik2ku merayau2 dan shoping kat area SOGO dan Jalan TAR. Macam biasa, bila tengahari, perut pun dah lapar. Memang aku nak cari nasi jugak kat sekitar nie. Jadi aku spot satu kedai nasi kandar kat depan SOGO. Dulu pernah jugak nampak kedai nie, tapi tak teringin pergi makan kedai nie sebab maybe masa tu aku belum gemar dengan nasi kandar. Parents aku dah berkali cuba kedai nie sampai mak aku pun dah suka makan kedai nie. Mmg kat KL ni banyak kedai nasi kandar, maybe kedai tu yg paling dekat aku jumpa dan perut pun dah 'menyanyi dengan nyaringnya' hehehe.

Aku mcm biasa makan kari kepala ikan . Mmg favourate aku. Isteriku makan rojak. Adik aku makan nasi dengan ayam goreng dan sorang lagi adik makan mee goreng.

Aku boleh bagi 3 setengah bintang dari 5. Yang kurangnya, kari dia tak 'kick', hampir nak 'kick' cuma tak sampai level 'kick. hehehe. korang pepaham je la maksud aku. Hehehe. Kedai dia mmg berhadapan dengan sogo. Kena seberang jalan dari sogo. So korang leh cuba. Gambar bawah, ade nama kedai tuh. Enjoy yoo..

Nota kaki : Teringat masa bulan madu dulu, makan nasi kandar line clear...Perghhh...Bila le nak g sana lagi....

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Thursday, April 16, 2009

Tak Nak Cakap Banyak....


Untuk topik ni aku tak nak banyak......
Buat ape aku nak cakap banyak.....
Nanti ade penyokong yang baju merah 3 garisan putih tu emo plak......
Tue la poyo giler dia orang tuh..........
Jangan ingat kalahkan Man Utd, dah boleh menang Champion League....
Pirahhhhhhhhh.........
Korang yang tak masuk semifinal duk diam2.....
Plan g jenjalan sorang2 musim nie.... hahahahahaha.....
Satu lagi.....Jangan harap nak cium piala EPL....
You will walk alone brother........... peace

Tuesday, April 14, 2009

Bertunang : Hidayah dan Azrul @ Sg Besi


Salam,

Seperti yang aku janjikan, hari ini aku akan update majlis pertunangan Hidayah dan Azrul di Sg Besi Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan pada tarikh 11.04.2009. Hidayah ini telah book aku melalui Suhaily dimana aku pernah cover majlis pertunangan Suhaily di putrajaya. Kalau korang tak ingat KLICK DISINI....PERTUNANGAN SUHAILY LEPAS....

Hidayah ini adalah sepupu kepada bakal suami suhaily. Last minute (minggu pertunangan) suhaily inform aku yang hidayah perlukan photographer pada majlis pertunangan dia. Sebaik aku free time tue dan takde plan pada pagi tue. Dan satu lagi, majlis ni pula terlalu lah dekat dengan rumah aku. Kalau jalan kaki, ade la dalam 7 minit sampai. Kalau naik kete, 3 minit dah sampai.

Cuma aku tak dapat ambil gambar untuk time make-up dan persiapan. Sebabnya hidayah bersiap di rumah sedara dia dan bukan di rumah majlis tersebut. Jadi enjoy the pics and video.

SESIAPA YANG NAK SAYA JADI PHOTOGRAPHER MAJLIS PERTUNANGAN DENGAN HARGA YANG TERSANGATLAH BERBALOI, EMAIL/SMS/CALL SAYA SEGERA.







aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Monday, April 13, 2009

Coming Soon : Hidayah & Azrul

Salam,



Majlis pertunangan Hidayah and Azrul. Tunggu update seterusnya.

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Sunday, April 12, 2009

Jom Makan! Laksa & Mee sup @ Setiawangsa

Salam,

Kali ni nak share kat korang tempat makan laksa dan mee sup yang boleh aku katakan istimewa juga. Tempat nie kat Setiawangsa, Kuala Lumpur. Sebenarnya tempat ni dah selalu aku kunjung dulu iaitu masa sebelum kahwin. Kadang-kadang tempat ni tempat aku melepak dengan awek aku (isteri aku skang) selepas waktu keje dan minum petang. Tempat ni terletak dekat food court taman setiawangsa dan dekat juga dengan sekolah rendah setiawangsa. Takpe, nanti aku letak map.

Nama kedai nie adalah PAK DIN SELERA UTARA.Kat kedai ni, aku selalu makan Laksa Utara dia. Laksa ni memang favourate aku kecuali laksa johor.

Mmg tuan punya kedai dari utara. Laksa PAKDIN ni boleh tahan. Aku bagi 3 setengah bintang dari 5 bintang, bagi aku kuah laksa dia memang syok, pekat dan ikan2 dikisar dengan betul. Tidak mcm kat tempat lain, ikan yg digunakan dikisar dengan kasar. Cuma kekurangan skit pada laksa pakdin nie adalah kuah dia rasa tawar. Kalau letak garam sikit, mmg dah terangkat laksa nie. Mee laksa OK ngam, tak mcm mee laksa kat Jalan TAR, kat sana mee dia bersaiz besar. Tak syok. Macam Laksa pakdin nie, mee laksa bersaiz standard. Mmg ade beza rasa sedap bila guna mee laksa yang kureng bagus dan yang bagus.

Wife aku plak suka makan mee sup. Dia mmg favorite dia makanan yang bersup. Mee sup dia boleh tahan juga. Ade beberapa campuran mee sup yang ditawarkan iaitu mee sup campur ayam atau daging atau kedua2nya dicampur. Untuk rasa aku bagi 3 bintang dari 5 bintang. Cuma bila mee sup campur daging, daging dia liat sikit. Maybe ari tu mmg daging dia liat sikit kot. Kat sini juga ade sediakan cili kicap, so sesiapa nak kasi 'UP' kepedasan, boleh tambah sendiri ikut suka.

Ok, harap korang boleh test kat sana, aku mmg rekomen sangat. Selain dari laksa dan mee sup, ade lagi pilihan lain iaitu mee kari, BeeHoon Kari/Sup, Keu tiew Kari/Sup, sup tulang/ayam/campur. Harga berpatutan. Korang boleh pegi sini utk minum petang. Ok. Selamat mencuba. Kat bawah ader map ke arah kedai PAK DIN LAKSA UTARA tue. Dalam Map ikut jalan ke arah penanda warna MERAH tue.


aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Thursday, April 9, 2009

DSLR : Nikon or Canon


Ramai jugak rakan-rakan lama, rakan-rakan office, rakan-rakan blog, rakan-rakan forum tanya aku samada di antara DSLR Nikon or Canon mana yang bagus, gambar cantik, murah, best dan sebagainya. Soalan-soalan macam ini memang biasa dan akan kita dengar. Di sini aku akan bagi jawapannya. Antara soalan yang biasa:-

a. Antara DSLR Nikon and Canon, mana yang bagus??
Jawapan : Dua - dua bagus dan dua - dua tak bagus pun ader. Tiada jawapan yang tepat mengenai jawapan ini kerana ia bergantung kepada jawapan individu.

b. Antara DSLR Nikon dan Canon, gambar mana yang lawa dan cantik??
Jawapan : Persoalan ini sgt subjektif kerana faktor lawa, cantik adalah bergantung kepada ILMU yang ade pada photographer. Sekiranya kita pandai dan faham kegunaan shutter speed, aperture, focal length, RO3, komposisi, ISO, speedlight dalam ape jua keadaan, semua gambar kita akan cantik dan lawa walaupun kita pakai Nikon, Canon, Olympus dan etc. Jadi penuhkan dada dengan ILMU. Dan satu lagi, kalau kita pandai guna software utk edit gambar mcm Adobe Photoshop, lagi bertambah lawa juga lah gambar tue. Jangan anda tertipu di laman web dengan gambar yang begitu cantik. Kebanyakan gambar tersebut telah diedit terlebih dahulu. Anda percaya?? Lu pikir la sendiri.

c. Body model Nikon/Canon ape yang patut dibeli?
Jawapan : Dalam market Malaysia nie, nikon/Canon mengeluarkan pelbagai jenis model body yang boleh dibeli oleh pelbagai golongan. Body dibahagi kepada 3 kalau aku tak silap iaitu body level beginner (Nikon D40, D40x, D60), level pro-mid profesional(Nikon D80, D90) level profesional (D300, D700, D3, D3x). Untuk body murah mmg kena beli yang body beginner dan seterusnya kalau byk duit belilah model profesional tuh. Body DSLR bukan murah, yang paling murah RM1600++ sehingga Rm24k pun ader. Jadi pikirkan lah ape tujuan beli DSLR tersebut. Adakah hanya utk suka2, buat bisnes dan sebagainya. Tetapi sekiranya duit tidak menjadi masalah, beli la yang paling mahal. Ini semua bergantung pada anda.

Ini panduan aku. Kalau korang nak ikut atau tak terpulang :

1. Banyakkan membaca info DSLR dan jenis nya dan advantage/disadvantage untuk Nikon dan Canon. Baca dengan faham dan insyallah anda akan dapat 'merasa' model ape yang patut anda pilih iaitu Nikon atau Canon. Google kat internet, masuk forum photography, tgk flickr dengan hasil gambar nikon or canon. Borak dengan rakan-rakan photography dan tanya mereka mengenai perkara ni.

2. Sediakan budget anda dan tentukan budget. Dengan tahu budget, kita akan kecilkan scope untuk pemilihan dan menentukan model DSLR Nikon/Canon yang mana satu kita beli. Sebagai contoh, kalau ade budget RM3000, takkan kita nak nilai Nikon D3x or Canon EOS Mark II. So ukur badan sebelum beli kainnya.

3. Apabila kita membeli body baru, kita mesti buat survey lebih dari 2 kedai atau at least 3 kedai dan compare harga yang ditawarkan dan tengok free gift yang diberi. Contoh free gift seperti Free 2GB memory card, beg, tripod. Setiap kedai akan tawarkan free gift yang sama atau yang lain-lain. Make sure kad wararnty dicop dengan nama kedai dan jangan anda tulis info anda dalam kad tersebut kerana sekiranya anda plan untuk jual body tu kepada buyer lain. Sekiranya membeli body second hand, tentukan berapa lama warranty yang tinggal, berapa shutter count yang dah diguna, condition luaran masih cantik, ade receipt pembelian. Ini akan menentukan harga yang sepatutnya ditawar utk body second hand.

4. Akhir sekali bila dah dapat DSLR, penuhkan dada dengan ILMU photography. Jangan nak main snap jerk. Setiap DSLR ade default setting (Auto, Sport, Potraiture, etc) dan manual setting (Apertue priority, Shutter Priority, Programmed Priority dan Manual). Explore dan expert setiap setting, bila dah expert belajar komposisi, RO3, speedlight, pencahayaan, ambient dan etc. Tengok setting gambar2 yang disnap oleh photographer lain. Rajin tengok gambar orang. Dan last sekali, jangan hangat-hangat taik ayam. hehehe.

Good Luck !!!!!!

Nota kaki :
Aku minat NIKON sebab aku dapat rasa ape yang aku 'RASA' dan ape yang aku NAK.

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Tuesday, April 7, 2009

Jom Makan! Cendol Leman Dawi



Salam,

Korang ade yang ingat atau pernah terdengar cerita pasal CENDOL LEMAN DAWI. CENDOL LEMAN DAWI ni pernah tersiar di majalah 3 beberapa bulan lepas. Terdapat laporan eksklusif dari TV3 yang menceritakan tentang CENDOL LEMAN DAWI. Tak sangka cerita cendol pun boleh dapat cover dari TV3. Ape salahnye kan kalau perkara-perkara begini disiarkan dan lebih elok untuk perlancongan juga.

Di mana lokasi Cendol Leman Dawi nie?? Lokasi Cendol Leman Dawi ni senang sahaja, siapa yang familiar dengan jalan-jalan di Seremban atau jalan ke arah Melaka mmg dapat agak dimana lokasinya. Tapi untuk yang tak biasa pun tak sukar kalau nak mencari jalan ke CENDOL LEMAN DAWI nie. Kalau dari Kuala Lumpur, guna highway Seremban-KL dan exit kat Seremban/Senawang/Port Dickson tol. Selepas exit dari tol tersebut, cari papan tanda jalan negeri (jalan lama) ke arah Tampin/Rembau/Rantau. Ikut jalan negeri (jalan lama) tersebut. Anda terus drive sehingga selepas simpang ke Rantau, selepas simpang tersebut anda terus lagi dalam 1-2km anda akan jumpa CENDOL LEMAN DAWI ni sebelah kiri kalau ke arah tampin/rembau. Kedai dia seperti gambar diatas. Memang jelas kelihatan kedai leman dawi nie sebab dia ade buat Banner besar lagi, so tak sukar untuk kesan lokasi kedai nie.




Keunikan Cendol Leman Dawi ni ade DUA (ini pendapat aku) :
1. Kepetahan Leman Dawi. Leman dawi ni mmg pandai bercakap dan pandai fakta sesuatu negeri atau perkara. Walaupun aku sendiri tak pasti samada fakta tersebut adalah benar atau yang terkini. Tapi bab kepetahannya mmg tak boleh disangkal. Kedai Cendol tak sunyi dengan 'ceramah' yang di beri oleh Pak Leman. Sebab tu ramai pengunjung tergelak, tersenyum bila dengar kepetahan Pak Leman. Ade jugak yang tergamam. hehehe.
2. Cendol Tambahan FREE (FOC) : Yang ni memang tak pernah atau jarang kita dengar sekiranya kita nak tambah, semua tambahan tu adalah FREE (FOC). Tak kira berapa banyak Cendol yang kita nak makan, kita boleh tambah sebanyak mana pun yang kita nak. Bukan setakat cendol, air barli dan air kosong pun FREE. Tapi bagi aku yangg dah minum cendol kat sana, semangkuk cendol setengah pun bagi aku dah cukup buat aku kembong. pengunjung pun boleh siap bungkus lagi. Perghhhhhhhhh.




Bagaimana dengan taste CENDOL?? Bagi aku dari 5 bintang, aku boleh bagi 3 bintang sahaja. Aku compare ni dengan cendol yang pernah aku minum dekat Pekan Sungai Besi Bawah Pokok berdekatan dengan Pejabat Pos. Ini nanti aku updatekan. Kekurangan Cendol Leman Dawi bagi aku, ais cendol tidak dikisar dengan halus seperti ABC tapi dalam bentuk ketul2. So sukar jugak nak hirup CENDOL nie bila air tu berketul2. Gula yang digunakan tidak berapa manis dan gula tu tak berapa 'kick'. Air CENDOL terasa lemak dia juga. Itu pendapat aku dan pendapat korang berlaianan jugak nanti.



Tentang harga korang boleh tengok kat gambar yang aku postkan tue. Secara general CENDOL LEMAN DAWI ni boleh tahan dan kalau hujung minggu memang ramai orang yang berpusu2 tak kira hujan atau panas dan ade yang sanggup beratur panjang. Kalau tak percaya tgk la gambar yang aku letakkan.







aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Monday, April 6, 2009

Fast And Furious 4


Semalam, aku layan citer nie... Best giler compare dengan Fast and Furious 1,2 and 3... Aku layan movie nie kat GSC Terminal One Seremban. Kat KL kalau nak tengok citer nie lebih-lebih lagi hujung minggu dan awal bulan memang payah laaa.. Time ni awal bulan mmg ramai yang dah masuk gaji. Sebaik aku minggu ni balik kampung kat RANTAU. Boleh lah aku layan movie nie. Aku tak sangka takde pulak orang yang beratur panjang beli tiket citer nie. Kat GSC Terminal One Seremban nie, hanya ade 4 hall jer untuk tengok wayang dan ini dikategorikan sebagai kecik jugak. Aku pergi dalam pukul 6PM dan aku dapat beli citer ni utk pukul 650pm.

Kelainan citer nie berbanding part 1, 2 dan 4:

1. Kereta yang dibawa tidak se'sporty' part terdahulu tapi still ganazzzz jugak.

2. Aksi berlumba di jalanan dalam bandar sangat menarik kerana pemandu tidak tahu arah jalan yang perlu dilalui semasa berlumba, ketika berlumba pemandu perlu alert arahan membelok. So bayangkan tengah drive laju ditengah2 bandar, tiba2 arahan suruh amik drift kanan or kiri. Gempak jugak.

3. Aksi berlumba kereta dalam terowong bawah tanah. Aksi ni kalau diikutkan tak logik tapi mmg best giler berlumba bawah tanah. Scene ni mmg layan. Laluan jalan yang sempit. Takde lampu jalan hanya ade lampu kereta sahaja. Kereta bergerak dengan jarak yang dekat anaara satu sama lain. Rasa macam ko tengah drive. Race bawah tanah ni idea baru dan ini dapat menarik penonton tgk movie nie.

Dari 5 bintang, aku bagi 4 setengah bintang. So enjoy the movie. Rasa nak g tengok lagi sekali la...



Friday, April 3, 2009

Bye Pak Lah....Hye Najib

Selamat tinggal Pak Lah..... Jasamu DiKenang.........


Pendapat peribadi aku, Pak Lah sememangnya pemimpin yang baik...Tetapi beliau terlalu baik sehingga ade orang yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan beliau...Semoga Pak Lah sehat selalu dan diberkati.....Tak payah nak campurtangan dalam hal pentadbiran kerajaan lagi...Rilek bersama keluarga dan banyakkan beramal kepada Allah yang Maha Esa....


Semoga Berjaya Najib.....Jasa mu kami tunggu......
Harapan peribadi aku pada pentadbiran Najib :

1. Memperkuatkan dan mempertahankan ISLAM dan BANGSA MELAYU, bersuara dan bertindak dengan tegas kepada orang-orang yang cuba mengelirukan fakta dan sejarah. Jangan hanya bercakap "jgn main api dengan orang islam","jangan menaikkan kemarahan orang melayu". Tunjukkan ketegasan dan keberanian dan bukan keberanian dengan kata-kata.

2. Kawal harga barang. Kalau harga naik biar berpatutan dan mengikut perkembangan semasa, kalau keadaan semasa membolehkan harga barang turun, make sure harga tu turun. Pantau harga barang dengan lebih kerap.

3. Jangan kayakan KRONI...Bela rakyat miskin....


Harap2 DS Najib baca blog aku nie... Hehehe...

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





Wednesday, April 1, 2009

IBS Futsal Team




IBS nie nama company aku, IBS Technology Sdn Bhd... Korang google la kalau nak tahu lebih lanjut pasal company aku. Aku bukan nak cerita pasal company aku tapi team bola futsal kami yang unik dan special. Hehehe. Merujuk gambar diatas, itu adalah pemain-pemain futsal lelaki dan perempuan yang mewakili IBS semasa hari Kelaurga syarikat induk kami iaitu System Consultancy Service Sdn Bhd (nie pun google sendiri kalau nak tahu lebih details) di A'Famosa resort. Uniknya pertandingan futsal kali ni ialah team yang terlibat mesti berpakaian yang menarik dan bukan berpakaian seperti orang main futsal yang sebenar. Disebabkan syarat tue, team IBS tak kering idea untuk menghasilkan idea yang kreatif nie. Hahaha.

Keputusan akhir futsal nie pun sangat menarik. Team lelaki dan perempuan adalah JUARA bagi kategpri masing-masing. Tahniah kepada pasukan futsal IBS. Untuk pasukan lain, cuba lagi di lain masa. Peace..... ;p



aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com