Blog Widget by LinkWithin

Sunday, June 14, 2009

Musim durian........Kembali dowh....


Salam,

Setiap tahun aku tak pasti bilakah bulan yang sebenar musim durian akan datang lebih-lebih lagi disebelah selatan nie. Bagi tahun nie, bulan nie atau bulan lepas, musim durian dah 'menjadi2' di sebelah selatan. Di negeri sembilan, musim nya dah bermula dan di kawasan rumah mertua aku pun durian dah mula gugur. Musim durian macam menjadi petanda musim buah yang lain juga. Kalau tak silap aku, selepas musim durian, akan ade rambutan dan manggis. Perghhhh start bulan nie, setiap kali balik kampung, mmg siang malam makan buah-buah 'buatan' Malaysia.

Semalam semasa aku on the way pergi Muar dan balik dari Muar, sepanjang jalan dah mula bukak kedai menjual durian. Perjalanan aku dari exit Tangkak dan terus ke Muar. Sepanjang jalin sehingga sampai bandar Muar, tak lekang mata tengok orang berhenti membeli dan memilih buah durian. Lebih-lebih lagi musim cuti sekolah. Murah rezeki kepada peniaga. Sape yang ade dusun durian, kalau tak habis makan durian tu dan dari biar ia busuk, baik jual. Masyukkkk tuhh skang. hehehe.

Family aku mmg 'hantu' durian, dari ayah aku sehingga anak buah aku yang berumur 2 tahun lebih tue. Tapi parents aku dah kurang makan sebab ade kencing manis. So kena la kawal skit. Yang paling kaki durian adalah adik aku nombor 2. Hehehe. Ni sedikit petua orang tua2 yang aku nak share, org selalu kata kalau makan durian, dalam badan akan panas. So selepas makan, minum air durian. Eh bukan durian tu dikisar jadi durian. Letak air kosong pada bekas durian tuh. Minum dari hujung sepihan durian tuh. Kalau tak faham, korang tanya la pada mereka yang tua2 tuh.. hehe... Ok enjoys..


aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
Skype ID : atan.ahmad
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com

2 comments:

Nor Azam said...

woi lebai..mkn x bawak kat aku skett

Nor Azam said...

woi ampes..x bg skett durian koo