Blog Widget by LinkWithin

Sunday, April 26, 2009

Jom Makan! Restoran Cosy Place, Wangsa Maju


Salam,

Ruangan JOM MAKAN! kali ni adalah restoran makan yang baru dibuka dikawasan tempat aku bekerja iaitu di Wangsa Maju (KLSC), Kuala Lumpur. Nama restoran ni adalah COSY PLACE. Nama restoran pun nampak macam eksklusif jer kan. Aku sebenarnya kalau lunch jarang makan kat restoran nie. Sebabnya MAHAL. Bayangkan kalau setiap hari kena bayar RM13 untuk lunch sahaja. Hehehe. Bukan berkira tapi kena berjimat cermat. hehehe.

Tapi untuk sekali sekala ape salahnya kan. Secara kasarnya, untuk makanan seperti nasi goreng, mee goreng dan lain2, harga adalah sekitar Rm8 sepinggan. itu belum campur air. Restoran ni mmg eksklusif dan sesuai untuk pengunjung yang inginkan suasana rileks dan 'harmoni. Restoran ini dihiasi dengan hiasan yang cantik dan tersusun. Ade aircond. Dan mmg patutlah harga yang perlu dibayar adalah mahal. Tapi untuk orang berduit dan inginkan kelaianan, boleh la datang selalu disini. Makanan yang dimasak mmg secukup rasa.

Restoran ini terletak dekat kawasan perniagaan wangsa maju (berdekatan dengan carrefoure, restoran maju terus, restoran pizz san francisco dan etc). Korang ronda2 la kawasan disekitar wangsa maju KLSC tuh. Gerenti jumpa.




Note : Gambar ini menggunakan camera HP sahaja.

aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





0 comments: