Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, April 7, 2009

Jom Makan! Cendol Leman Dawi



Salam,

Korang ade yang ingat atau pernah terdengar cerita pasal CENDOL LEMAN DAWI. CENDOL LEMAN DAWI ni pernah tersiar di majalah 3 beberapa bulan lepas. Terdapat laporan eksklusif dari TV3 yang menceritakan tentang CENDOL LEMAN DAWI. Tak sangka cerita cendol pun boleh dapat cover dari TV3. Ape salahnye kan kalau perkara-perkara begini disiarkan dan lebih elok untuk perlancongan juga.

Di mana lokasi Cendol Leman Dawi nie?? Lokasi Cendol Leman Dawi ni senang sahaja, siapa yang familiar dengan jalan-jalan di Seremban atau jalan ke arah Melaka mmg dapat agak dimana lokasinya. Tapi untuk yang tak biasa pun tak sukar kalau nak mencari jalan ke CENDOL LEMAN DAWI nie. Kalau dari Kuala Lumpur, guna highway Seremban-KL dan exit kat Seremban/Senawang/Port Dickson tol. Selepas exit dari tol tersebut, cari papan tanda jalan negeri (jalan lama) ke arah Tampin/Rembau/Rantau. Ikut jalan negeri (jalan lama) tersebut. Anda terus drive sehingga selepas simpang ke Rantau, selepas simpang tersebut anda terus lagi dalam 1-2km anda akan jumpa CENDOL LEMAN DAWI ni sebelah kiri kalau ke arah tampin/rembau. Kedai dia seperti gambar diatas. Memang jelas kelihatan kedai leman dawi nie sebab dia ade buat Banner besar lagi, so tak sukar untuk kesan lokasi kedai nie.




Keunikan Cendol Leman Dawi ni ade DUA (ini pendapat aku) :
1. Kepetahan Leman Dawi. Leman dawi ni mmg pandai bercakap dan pandai fakta sesuatu negeri atau perkara. Walaupun aku sendiri tak pasti samada fakta tersebut adalah benar atau yang terkini. Tapi bab kepetahannya mmg tak boleh disangkal. Kedai Cendol tak sunyi dengan 'ceramah' yang di beri oleh Pak Leman. Sebab tu ramai pengunjung tergelak, tersenyum bila dengar kepetahan Pak Leman. Ade jugak yang tergamam. hehehe.
2. Cendol Tambahan FREE (FOC) : Yang ni memang tak pernah atau jarang kita dengar sekiranya kita nak tambah, semua tambahan tu adalah FREE (FOC). Tak kira berapa banyak Cendol yang kita nak makan, kita boleh tambah sebanyak mana pun yang kita nak. Bukan setakat cendol, air barli dan air kosong pun FREE. Tapi bagi aku yangg dah minum cendol kat sana, semangkuk cendol setengah pun bagi aku dah cukup buat aku kembong. pengunjung pun boleh siap bungkus lagi. Perghhhhhhhhh.




Bagaimana dengan taste CENDOL?? Bagi aku dari 5 bintang, aku boleh bagi 3 bintang sahaja. Aku compare ni dengan cendol yang pernah aku minum dekat Pekan Sungai Besi Bawah Pokok berdekatan dengan Pejabat Pos. Ini nanti aku updatekan. Kekurangan Cendol Leman Dawi bagi aku, ais cendol tidak dikisar dengan halus seperti ABC tapi dalam bentuk ketul2. So sukar jugak nak hirup CENDOL nie bila air tu berketul2. Gula yang digunakan tidak berapa manis dan gula tu tak berapa 'kick'. Air CENDOL terasa lemak dia juga. Itu pendapat aku dan pendapat korang berlaianan jugak nanti.



Tentang harga korang boleh tengok kat gambar yang aku postkan tue. Secara general CENDOL LEMAN DAWI ni boleh tahan dan kalau hujung minggu memang ramai orang yang berpusu2 tak kira hujan atau panas dan ade yang sanggup beratur panjang. Kalau tak percaya tgk la gambar yang aku letakkan.







aTan aHmad
Photographer
HP : +6012.303.9685
YM: budakpizza@yahoo.com
FaceBook : Atan Ahmad
Official Website : http://atanahmad.blogspot.com





4 comments:

:: lurv_cheese_cake said...

Macih Atan tuk info ni.Aritu ada gak tgk Majalah 3.Siap plan nak pegi singgah lagi kalo ade menghala arah sana.Tapi Atan dah bagi 3 bintang cam patah semangat skit nak merasa cendol Pak Leman ni.

Cendol tersedap pernah kiter makan kat Melaka....slrpppppppppp....dia punya gula melaka tu terasa beb...

aTan said...

Hehe.. Itu pendapat saya.... Maybe kalo bila awak singgah, mana tahu berbeza dgn pendapat saya.

Tapi better if g try sekali, tak rugi n tak mahal pun. Then leh decide nak g lagi atau tak.

Tapi sy mmg tak plan nak g lagi. Nanti sy update cendol kat sg besi tuh.. Mmg layan. Hehe..

peijan said...

teringin gak nak g.. nnt ade job area sane nak try ah.. huhu.. cendol atas meja boleh tambah hak milik kekal...

aTan said...

Hehehe..Tak rugi kalau cuba....Kalau sedap leh promote lagi..